Kehidupan manusia tidak beku,tidak kelu bahkan ianya sering berubah dan bersedia untuk berubah .Namun , dalam merentasi kehidupan ini manusia sering alpa dengan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di dunia bahkan lebih dahsyat bila manusia lupa asal-usul kejadian mereka , manusia adalah hamba .
Nafsu manusia begitu rakus dalam menentukan jalan yang dilalui manusia .yang penting nafsu takkan sekali-kali redha melihat manusia asyik taat kepada Allah . Maka tidak hairan kalau dilihat manusia seakan-akan hilang pertimbangan dalam menentu hala-tuju kembali kepada Allah sang pencipta .
Walaupun kita manusia berkali-kali goyah dengan pujukan manis nafsu , ingatlah jalan taubat itu tersangat luas untuk menerima kita .Sebesar mana pun dosa dan noda yang pernah manusia lakukan maka pengampunan Allah tiada batas untuk menerimanya kembali .Tiada istilah "tiada maaf untukmu" .Allah sangat teruja dengan manusia yang bertaubat dikala tersilap dan terjebak dalam dosa .sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang bertaubat .Selagi mana dosa itu tidak men"dua"kan Allah yang Esa .
Imam Ibnu Atoillah diawal-awal Hikamnya menekankan kepada kita , jangan sekali-kali bergantung dengan situasi keadaan kita , baik maupun buruk , itu menandakan kita lemah pegangan dan harapan dengan Allah . Ketika baik jangan kita syok dengan situasi itu kerana kebaikan bukan untuk dibangga-bangga tapi untuk disyukuri .Ketika buruk jangan merasa pintu taubat itu tertutup kerana mungkin keburukan dan dosa itu akan membawa manusia kedarjat yang lebih tinggi .taubat .
Aku berlindung denganMU Ya Allah dari godaan nafsu dan syaitan...
Pintu itu terbuka
| author: mohd hafizuddin hasanselawat syifa'
| author: mohd hafizuddin hasanassalamualaikum...
Alhamdulillah diatas segala nikmat yang tidak terhitung bilangannya . selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W yang membebaskan manusia daripada awan kejahilan kepada sinar islam .Baru-baru ini ada seorang sahabat memohon penjelasan mengenai selawat syifa' adakah ianya syirik atau tidak?.Dengan rendah hati saya ingin berkongsi dengan saudara sekalian mengenai permasalahan ini .
HUKUM ADALAH SATU CABANG DARIPADA GAMBARAN SESUATU
Dalam keghairahan untuk mencari kebenaran dan mencegah kebatilan jangan pula kita terlalu gopoh menghukum sesuatu perkara sehingga mensyirikkan dan mengkafirkan seseorang atau sesuatu amalan tanpa kajian yang benar-benar teliti .Sesungguhnya hukum itu mestilah didasari kajian yang amat-amat halus dan berhati-hati .Besar kesalahannya menghukum tanpa asas yang kukuh .
Selawat syifa' adalah satu amalan yang sangat masyhur lebih-lebih lagi ditanah air kita . ianya seakan mendarah daging dalam tubuh alim-ulama serta masyarakat awam , lebih-lebih lagi sekira seseorang itu adalah perawat atau bahasa kampung dipanggil tok bomoh .Mengikut tajribah atau riyadah para pengamal selawat ini mereka mengatakan ianya amat mujarab dalam rawatan menyembuhkan penyakit atau amat berkesan menyejukkan kepanasan yang menimpa seseorang .
BENARKAH SELAWAT SYIFA' SYIRIK?
Sebelum melanjutkan perbincangan ini , sebaiknya kita fahami sebenar-benarnya makna syirik . Syirik adalah suatu perkara yang berlawanan dengan tauhid . Tauhid adalah kita menyembah , meminta dan berdoa hanya semata-mata kepada Allah S.W.T , manakala syirik adalah kita menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripadanya dalam ibadah , doa dan sebagainya .
Justeru apabila kita fahami makna syirik maka jelaslah kepada kita adakah orang yang beramal dengan selawat syifa' ini beriktikad atau memohon selain daripada Allah?jawabnya pasti tidak .Mana mungkin seorang muslim yang waras boleh memohon kepada selain Allah .Tanyalah kepada pengamal selawat ini adakah mereka beriktikad sedemikian rupa? saya yakin tidak seorang pun beriktikad begitu .
TAKWILLAH SESUATU DENGAN HALUS
Selawat syifa' dikatakan syirik kerana salah faham terhadap ayat "طب القلوب" yang dikatakan nabi adalah penyembuh hati-hati . Kalau kita merujuk kepada asal kalimah "طب" kita akan menjumpai maknanya ialah "علاج" dengan makna rawat bukan makna penyembuh .Maka difahami daripada makna ini bahawa selawat adalah satu cara untuk merawat hati . justeru , dimana salahnya jika makna ini digunakan?disudut manakah ianya membawa kepada syirik?.
Kita sering menggunakan ayat "panadol ini ubat yang elok untuk merawat demam" atau "akar kayu ini mujarab untuk penyakit ini".adakah kita akan syirik dengan berkata begitu sedangkan kita beriktikad hanya Allah adalah penyembuh?kalau syirik siapalah yang masih beriman kepada Allah agaknya?
Ada setengah ulama mentakwilkan ayat diatas dengan mengatakan disana terdapat maf'ul mutlak yang dihazaf , maka taqdirnya ialah "اللهم صل على محمد صلاة طب القلوب" . Jika disambung dari awal selawat ianya bermaksud "ya allah cucuri keatas nabi Muhammad selawat yang boleh merawatkan hati-hati dan menjadi ubatnya".ini bermakna selawat adalah satu cara untuk merawat hati-hati bukannya nabi yang menyembuhkan .
Namun bagi saya tidak salah kalau kita tidak mentakwilkan begitu . Apa salahnya kalau kita menganggap nabi juga adalah ubat atau perawat kepada hati-hati manusia?bukankah kedatangan nabi telah merawat hati manusia ketika itu dari segala penyakit jahiliyyah .Namun yang menyembuhkan penyakit itu hanyalah Allah S.W.T jua .Bukankah bahasa itu kaya dengan ayat majaz , kinayah dan sebagainya . Tidak salah kita mengatakan nabi adalah perawat dan penyembuh secara majaz namun yang hakiki adalah Allah jua .
JANGAN BIMBANG UNTUK MENGAMALKAN SELAWAT SYIFA'
Mungkin bila kita mendengar ada orang yang mengatakan selawat syifa' syirik dan satu kekufuran , terdetik dihati untuk meninggalkan amalan ini dan kita juga akan menyebarkan fatwa tersebut .Saya ingin melontar satu soalan , jahilkah ulama kita sehingga soal syirik pun tak mampu dibezakan?apakah mereka yang selama ini berjuang menghapuskan syirik , kurafat dan sebagainya sanggup melakukan perbuatan syirik juga?
Amallah , usah pedulikan mereka yang berkata begitu , najis yang sikit takkan menajiskan air yang banyak , perkataan segelintir manusia takkan menggugat pendapat kebanyakan ulama' .Itulah ibarat yang saya boleh nyatakan .
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan menjadi pencetus yang menyemarakkan lagi rasa cinta kita untuk memperbanyakkan selawat keatas nabi Muhammad S.A.W .wallahua'lam .
360 sedekah yang mesti dilangsai setiap hari
| author: mohd hafizuddin hasan
Assalamualaikum semua .Puji dan puja itu sememangnya layak hanya bagi Allah tuhan pencipta . Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad s.a.w , keluarganya , sahabatnya sekalian .Kehidupan diatas dunia ini bukanlah kehidupan semata-mata , namun ia menuntut kita membalas budi Allah s.w.t yang menghidupkan kita , memberi makan-minum kepada kita dan sebagainya .Bahkan Allah pernah merakamkan hikmah IA mencipta manusia adalah untuk melihat siapakah antara mereka yang terbaik amalannya .
Itu jika dipandang kepada konteks kita dengan Allah s.w.t . Namun sesungguhnya kita juga mempunyai hutang ataupun sedekah yang mesti ditunaikan setiap hari .Dan sedekah itu nilainya 360 .Dimanakah muncul bilangan sedekah ini?
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :
maksudnya : pada setiap manusia itu ada tiga ratus enam puluh sendi , maka wajib keatas setiap manusia untuk bersedekah keatas setiap sendi itu dengan satu sedekah .
Lanjutan dari hadis ini , para sahabat bertanya kepada nabi s.a.w siapakah yang mampu menunaikan 360 sedekah ini?jawab nabi : ludahan yang kamu lihat didalam masjid dan kamu tanamkannya atau sesuatu yang kamu alihkan dari jalan manusia itu sudah memadai . namun jika tidak mampu melakukan perkara itu , dua rakaat dhuha memadai untuk kamu menunaikan sedekah keatas setiap sendi itu .
Wah...lihatlah bagaimana mudahnya ajaran islam .Islam tidak sekali-kali menganjurkan sesuatu diluar kemampuan manusia .Namun ganjarannya berlipat kali ganda .Dua rakaat dhuha menyamai 360 sedekah?subhanallahil 'azim...
Lantaran itu , marilah sama-sama kita memupuk hati sanubari kita untuk melaksanakan solat dhuha walaupun dengan 2 rakaat .Untuk mendapat ganjaran yang lebih , sayugia ditambah kepada 4 , 6 atau 8 rakaat . Itulah bilangan rakaat sunat dhuha , paling kurang 2 paling banyak 8 .
Disana terdapat beberapa faedah yang terdapat dalam solat sunat dhuha . Antaranya :
1-boleh mengawal diri dari godaan syaitan .
2-menghapuskan doda-dosa kecil .
3-berada dalam payungan Allah .
4-murah rezki .
5-melangsai 360 sedekah sendi manusia .
Para ulama' ada mengesyorkan doa solat sunat dhuha yang seeloknya dibaca oleh kita semua :
Itulah sedikit coretan yang dapat dikongsi bersama mudah-mudahan ia bermanfaat dan menjadi bekalan kita disana nanti insyaallah...wallahua'lam.
LAGAKNYA LAKSANA TUHAN
| author: mohd hafizuddin hasan
Dunia kini digemparkan lagi dengan serangan komando israel keatas rombongan konvoi gaza yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat palestin .sesungguhnya perbuatan ini diluar tindakan seorang manusia yang berperikemanusian .
Yahudi ataupun Bani Israel telahpun diketahui kedegilan dan kebabilan mereka . Sejak zaman para anbiya' hinggalah sekarang tabiat dan feel mereka tidak berubah . zalim !!!
Inilah punca bila manusia sudah lupa asal-usul mereka . Mereka sudahpun memakai sifat ALLAH . Sedangkan hanya ALLAH yang layak menyarung sifat " KIBRIYA' " pada zatnya yang esa .Namun natijahnya dapat kita lihat bila sifat " KIBRIYA' " ini disarungkan ketubuh badan manusia . zahirlah kekejaman yang luar biasa .Manusia yang berhati perut sudah tentu tidak akan tergamak menghalang konvoi bantuan kemanusian ke gaza ini .Apakah kamu sememangnya binatang?!!!
Kami umat islam punyai ALLAH untuk mengadu . Kami yakin dan percaya ALLAH tidak buta dari kezaliman kamu itu .Buatlah apa yang kamu mahu .Tapi ingat , ALLAH bukan tunggul kayu yang tidak berdaya melakukan apa-apa . DIA lah tuhan sekalian alam . DIA lah yang menaikkan sesiapa yang ia kehendaki dan DIA juga yang menjatuhkan sesiapa sahaja . Mulia dan hina seseorang adalah urusan ALLAH .
Kami juga meyakini bahawa ALLAH itu sangat hampir dengan kami . Pertolongannya pasti hadir jua .Apalah nak dihairankan dengan kuasa yang ada pada kamu jika dibandingkan dengan kuasa sang pencipta .Walau tidak bersenjatakan senjata api , kami mempunyai senjata yang amat bisa menghancurkan kezaliman kamu yang bisa menyembamkan kamu tersungkur kebumi yang hina ini .
YA ALLAH KAMI SERAHKAN MUSUH-MUSUH KAMI KEPADAMU ,KAMI BERLINDUNG DARI KEZALIMAN MEREKA . YA ALLAH HANCURKAN MEREKA , RANAPKAN IKATAN MEREKA , LEBURKANLAH PENJANJIAN MEREKA , GONCANGKAN TAPAK MEREKA , LEPASKANLAH TENTERA-TENTERA MU KEATAS MEREKA . WAHAI TUHAN YANG MAHA PERKASA , YANG MAHA ANGKUH ,YANG MAHA MEMBALAS DENDAM . YA ALLAH TUHAN YANG MENURUNKAN KITAB , YANG MENGERAKKAN AWAN,YANG MENGHANCURKAN PAKATAN AHZAB , ENGKAU HANCURKANLAH YAHUDI DAN SEKUTUNYA DAN BANTULAH KAMI .
misalan imtihan dengan hari bangkit dan balasan
| author: mohd hafizuddin hasan1-walau kita tahu tarikh imtihan dah dekat tapi masih buat relaks...begitulah tahu kiamat dah dekat , kata nabi s.a.w tempohnya antara jari telunjuk dengan jari hantu je tapi kita abaikan.
2-dah tahu nak berjaya tak boleh main-main kena muroja'ah betul-betul...samalah dah tahu nak masuk syurga kena buat amal banyak-banyak tapi pergi buat maksiat jugak, malas-malas nak buat amal soleh.
3-pensyarah dah pesan nak lulus madah aku kena buat gitu-gini tapi tak endah...macam jugak Allah kata nak syurga kena islam dan ikhlas tapi tak ikut jugak.
4-nak jawab periksa kena ada isi kalau takda nak jawab apa...nak berat amalan soleh kena lah buat amal soleh.
5-nak mendapat pertolongan orang buatlah apa yang orang tu nak...nak dapat syafaat nabi ikutlah syariat nabi.
macam-macam lagi lah kalau nak tulis...
apa itu mantuq?
| author: mohd hafizuddin hasanDengan nama Allah yang amat pemurah dan amat mengasihani hamba-hambanya yang beriman . selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta sahabat dan ahli keluarganya .sudah lama rasanya tidak mencoret sesuatu diruang ini untuk santapan bersama ,mudah-mudahan kita akan diberkati Allah .
Kali ini saya hanya ingin berkongsi mengenai pengajian usul fiqh . sukatan tahun dua syariah dumyat adalah berkisar tentang tajuk mantuq dan mafhum . maka kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca , apa itu mantuq? ,mengenai mafhum insyaallah akan dijelaskan nanti . sebelum itu ada baiknya saya menerangkan tentang ilmu usul fiqh serba ringkas . ia adalah satu ilmu untuk kita mengkaji tentang lafaz-lafaz al-quran dan hadis nabawi supaya dapat dikeluarkan hukum-hakam syara' daripadanya .
Mantuq ialah satu ayat yang difahami maksudnya dengan dilihat semata-mata kepada lafaz-lafaznya .makanya ia terbahagi kepada empat jenis mengikut pada lafaz-lafaz yang diguna pakai didalam al-quran dan hadis nabawi .
1-Nas .
Nas ialah suatu lafaz yang mengandungi makna dan tidak boleh ditakwilkan . contoh , lafaz
bilangan 1 tidak dikatakan maknanya dua , faras(kuda) tidak dikatakan selainnya .
2-Zahir .
Zahir ialah suatu lafaz yang mengandungi dua makna tetapi makna salah satunya adalah lebih rajih (kuat) dan cepat ditangkap oleh akal .contoh lafaz solat ia mengandungi dua makna pertama disegi bahasa iaitu doa , kedua disegi syara' iaitu sembahyang .maka bila kita menjumpai lafaz solat , kita akan faham solat adalah sembahyang .
3-Muawwal .
Muawwal diambil daripada lafaz takwil .maknanya ialah gunakan lafaz zahir(yang disebut diatas) mengikut makna yang marjuh(lemah) disebabkan wujudnya dalil yang menjadikan makna marjuh tadi sebagai makna yang rajih(kuat) .contoh ayat al-sariqu wa al-sariqotu , maka ia mengandungi dua makna , pertama(yang kuat) mencuri kadar yang sedikit , kedua(yang lemah) mencuri kadar yang banyak .maka makna yang kedua ini pada asalnya adalah makna yang lemah tetapi telah datang dalil yang menguatkannya iaitu hadis yang menyatakan pencuri hanya dipotong tangannya apabila mencuri sesuatu yang sampai nilaian satu perempat dinar .
4-Mujmal .
Mujmal ialah suatu lafaz yang mengandungi dua makna tetapi kedua-dua makna tersebut tiada yang kuat , dan kedua-dua makna tersebut boleh diguna .contoh lafaz "quru'" pada permasalahan suci edah perempuan yang dicerai .kerana ia mempunyai dua makna iaitu masa suci atau masa datang haid .
wallahua'lam ,
al-faqir ilallah
mohd hafizuddin bin hasan
CATATAN MENGENAI SIFAT KALAM
| author: mohd hafizuddin hasanalhamdulillah syukur kepada allah diatas segala limpah rahmat dan inayahnya , selawat dan salam diatas penghulu kita nabi muhammad s.a.w ,keluarganya serta para sahabatnya . sudah lama rasanya saya tidak mencoret sesuatu diruangan blog ini , justeru itu ingin saya mencatit sedikit beberapa perkara penting mengenai sifat kalam allah s.w.t yang disampaikan di majlis tafaqquh fiddin dumyat pada pagi tadi 23.2.2010 .
SIFAT KALAM
sifat kalam merupakan salah satu sifat ma'ani yang tujuh , yang mana hanya sifat-sifat ma'ani sahaja yang benar-benar wujud pada zat allah s.w.t , atau dengan bahasa kitab kuning diibaratkan sebagai sifat yang sungguh ada pada zat allah s.w.t , seandai allah s.w.t membuka hijab dari pancaindera kita pasti kita mampu untuk melihat sifat-sifat tersebut .
para ulama' jawi kita telah menterjemahkan sifat kalam ini dengan makna yang berkata-kata , namun syeikh ismail al-fatani atau lebih masyhur dengan gelaran pak do eil mekah telah mengkritik terjemahan tersebut , bahkan dia menterjemahkan sifat kalam didalam kitabnya bakurotul amani sebagai pekata bukannya yang berkata-kata . ini kerana yang berkata-kata adalah makna bagi sifat KAUNUHU TA'ALA MUTAKALLIMAN .terjemahan ini disokong oleh murid-muridnya seperti syeikh abdul qodir sekam didalam kitabnya taqribul ikhwan dan tuan guru haji abdullah lubok tapah didalam kitabnya risalah persediaan bagi sekalian mukallaf.
sifat kalam adalah satu sifat yang qadim , yang ada pada zat allah s.w.t , tidak berhuruf tidak bersuara , tiada dahulu tiada kemudian , tiada i'rab dan bina' .
KALAM LAFZI DAN KALAM NAFSI
didalam perbincangan sifat kalam ini , sayugia kita membuat perbezaan diantara kalam lafzi dan kalam nafsi .kerana kebanyakan kita tidak mampu membezakannya maka terjatuh kedalam fitnah yang besar iaitu mengatakan kalam allah adalah makhluk .
KALAM LAFZI/KALAM HISSI
para ulama' telah membuat definisi kalam lafzi atau kalam hissi :
1-kalam lafzi ialah kalam yang diciptakan oleh allah s.w.t yang diletakkan di luh mahfuz .
2-kalam lafzi ialah kalam yang berhuruf , bersuara . namun makna kalam lafzi ini adalah sebahagian daripada makna kalam nafsi yang qadim yang ada pada zat allah s.w.t .
KALAM NAFSI
kalam nafsi ialah diri sifat kalam allah s.w.t yang qadim .
PERBEZAAN
perbezaan yang mudah untuk kita fahami ialah kalam nafsi ialah sifat kalam yang dengannyalah allah s.w.t mampu untuk berkata-kata .manakala kalam lafzi merupakan takluk ataupun kesan daripada tugas sifat kalam allah s.w.t .
contoh : kita juga mempunyai sifat kalam .maka sifat kalam kita juga tidak berhuruf dan bersuara,itulah dipanggil kalam nafsi .namun apabila kita bercakap itulah dipanggil kalam lafzi .(contoh ini bukan untuk mentasybihkan allah dengan makhluk).
ADAKAH AL-QURAN KALAM ALLAH ATAU MAKHLUK?
persoalan ini telah menjadi suatu fitnah yang amat dahsyat pada suatu ketika dahulu .dimana imam ahmad bin hanbal telah dipenjarakan semata-mata mengatakan al-quran adalah kalam allah yang qadim bukan baharu .imam al-bukhari mengikut satu riwayat dikatakan telah lari daripada pemerintah ketika itu lalu berdoa kepada allah : wahai tuhanku ambillah nyawaku ini dalam keadaan tidak ditimpa fitnah ini(fitnah mengatakan al-quran itu makhluk) .
jawapan : ya al-quran adalah kalam allah dengan makna tiada seseorang pun dikalangan makhluk ini yang menyusun ayat-ayat yang ada didalam mashaf sekarang ini , bahkan semua adalah daripada ciptaan allah s.w.t .
ulama' asyairoh pula menghuraikan permasalahan ini dengan mengatakan : al-quran yang berhuruf ,yang dibaca , yang ada surah-surah ,ayat-ayat adalah baharu namun makna ayat-ayat quran tersebut adalah qadim .
namun kata-kata sebegini tidak boleh diucapkan melainkan didalam majlis menuntut ilmu sahaja .
catatan ini diambil daripada ; kitab kifayatul awam serta hasyiah tahqiqul maqam ,hasyiah syeikh ibrahim al-baijuri diatas matan sanusiah , bakurotul amani , taqribul ikhwan , risalah persediaan bagi sekalian mukallaf .
wallahua'lam....
KALIMAH ALLAH DIGUNA BUKAN KERANA KEPERCAYAAN BAHKAN KETERPAKSAAN
| author: mohd hafizuddin hasanassalamualikum...
kini negara kita bingit dan kelam-kabut dilanda isu penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan bukan islam .ramai hamba-hamba allah yang memberi komentar . ada yang bersetuju dan ada yang tidak .yang bersetuju ada hujjah begitu juga yang tidak .
bagi saya kalimah ALLAH ini hanya milik kita ummat islam .tidak layak sama sekali lidah-lidah orang bernajis kufur untuk membasahkan lidah mereka dengan kalimah ALLAH ini .kerana maksud ALLAH ialah nama bagi zat yang wajib ada , yang tidak berhajat kepada sesuatu selainNYA dan berhajat semua perkara kepadaNYA ,yang bersifat dengan segala kesempurnaan dan suci ia dari segala kekurangan .
sayugia kita fahami bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan kuffar sebenarnya bukanlah akibat kepercayaan mereka tetapi kerana keterpaksaan dengan kata lain kerana kehabisan modal untuk menjawab soalan bertubi-tubi yang datang dari pihak islam .
kalau kita melihat kepada ayat-ayat quran jelas sekali jawapan mereka ini terbit selepas islam membawakan hujjah allah yang mencipta langit dan bumi , allah lah yang menghidup dan mematikan makhluk ini .oleh kerana kuffar tidak menemui jawapan yang boleh diterima golongan islam maka terpaksalah mereka mengatakan ALLAH adalah pencipta alam semesta ini .
pun begitu jawapan mereka ini bukanlah menunjukkan keimanan mereka kepada allah tapi semata-mata jawapan kosong yang lahir tanpa keimanan sedikit pun .As-sayyed Muhammad 'alawi al-maliki al-hasani didalam kitabnya "HUWA ALLAH" menegaskan sekiranya mereka benar-benar mengucapkan kalimah ALLAH dengan keimanan terhadap allah pasti mereka akan beriman , menyembah semata-mata kepada allah .tetapi dalam masa mereka TERPAKSA menutur kalimah ALLAH mereka tetap mempersenda-sendakan ALLAH . ini jelas menunjukkan mereka bukanlah menutur kalimah ALLAH dengan kepercayaan dan tulus ikhlas .ini juga menunjukkan sebenarnya tiada konsep dan tidak betul kiranya kita mengatakan golongan kuffar ber" TAUHID RUBUBIYYAH" iaitu beriman dengan bahawa ALLAH adalah pencipta .sekali lagi saya ulang tidak betul kita mengatakan mereka berTAUHID RUBUBIYYAH kerana mereka bukan menjawab ALLAH dengan rela hati tetapi terpaksa .
saya merujuk "TAFSIR AL-QURTUBI" dan "TAFSIR AL-FUTUHAT AL-ILAHIYYAH" didalam mentafsirkan ayat 25 surah luqman , dan melihat bahawa penggunaan kalimah allah ini menunjukkan kepada kita bahawa golongan kuffar sebenarnya kalah hujjah dengan islam dan mereka menuturkan ALLAH bukan kerana keimanan .kerana itu selepas jawapan kuffar ليقولن الله itu kita mendapati allah menyebut قل الحمد لله memerintahkan kepada nabi muhammad dan ummat islam agar memuji allah kerana kebenaran adalah dipihak islam .
saya memohon kemaafan kerana menulis dalam kekalutan persiapan imtihan .doakan kami agar sentiasa mendapat taufiq dan inayah allah .wallahua'lam...
TAHUN BARU TAPI MASA ITU SEMAKIN HAMPIR
| author: mohd hafizuddin hasanassalamualaikum...
segala puji hanya milik allah , selawat dan salam keatas penghulu kita nabi muhammad s.a.w ,ahli keluarga serta para sahabatnya .sememangnya dunia ini sentiasa bergerak dan berputar dan selama-lama sedemikian hinggalah datangnya ketetapan allah s.w.t .
tahun 2009 telah berlalu tanpa menoleh menunggu kita ,2010 pula datang tanpa dipinta sesiapapun itulah dia hakikat alam . ada yang datang ada yang pergi . namun sebagai ummat islam sewajarnya kita merenungi , menghitung dan menyusun apakah amalan-amalan yang telah dan yang akan dilakukan sementara nyawa masih dikandung badan .
disaat ummat manusia mabuk mengejar dunia tanpa ada batasan , hanyut dengan keindahan sementara , kita ummat islam hendaklah membataskan kehidupan ini sejajar dengan tuntutan islam . lakukan apa sahaja tapi ingat selepas mati nanti pembalasan sedang menunggu .yakinlah bahawa sesudah kehidupan dunia sementara ini akan ada satu kehidupan yang hakiki ianya adalah benar bukannya dogengan .disanalah kayu ukur kebahagian atau kecelekaan seseorang .
allah s.w.t telah menegaskan didalam al-quranul karim :
ingatlah kembali apakah tujuan dan hikmah allah s.w.t mencipta kita . adakah untuk berfoya-foya , berseronok atau untuk menjadi seorang yang taat patuh pada perintah agama .ya allah tetapkan kami diatas jalanmu....
saya mengharapkan serta berdoa agar tahun baru ini akan membawa kehidupan ini kearah yang lebih baik , ya allah pimpinlah kami kearah kebaikan sesungguhnya engkaulah pemilik segala urusan orang-orang soleh...
HARI 'ASYURA'
| author: mohd hafizuddin hasanbismillahir rahmanir rahim...
alhamdulillah selaut kesyukuran saya panjatkan , selawat dan salam keatas junjungan besar nabi muhammad s.a.w , sahabat-sahabat serta ahli keluarganya . sesungguhnya diciptakan jin dan manusia agar mereka menjadi hamba kepadaNYA .amma ba'du...
hari 'asyura merupakan salah satu hari yang agung didalam kalendar hijriyyah , pada harinya terdapat fadhilat-fadhilat yang istimewa dan juga terdapat beberapa iktibar yang dapat kita renung-renungkan bersama .
APA ITU HARI 'ASYURA
1-ia merupakan hari kesepuluh bulan muharram .
2-ia merupakan hari dimana allah s.w.t melepaskan nabi musa alaihissalam dan pengikutnya dan ditenggelamkan firaun dan tenteranya didalam laut .
dari ibnu abbas radiyallahu anhu berkata : tatakala rasulullah s.a.w tiba di madinah ia mendapati kaum yahudi berpuasa pada hari 'asyura lalu ia bertanya kepada mereka , kamu berpuasa pada hari ini sempena apa? jawab mereka : ini adalah hari yang agung yang mana allah s.w.t telah melepaskan nabi musa dan pengikutnya serta menenggelamkan firaun dan tenteranya . lalu nabi musa telah berpuasa pada hari ini('asyura') kerana bersyukur pada allah dan kami berpuasa kerana menta'zim(mengagungkannya) . lalu rasulullah s.a.w menjawab : maka kami lebih layak dan utama untuk mengikut nabi musa berbanding kamu , lalu nabi berpuasa dan mengesyorkan supaya berpuasa pada hari tersebut .
3-ia juga merupakan hari diselamatkan bahtera nabi nuh alaihissalam . pada satu riwayat hadis diatas ada menambahkan : dan ini adalah hari berlabuhnya bahtera nabi nuh diatas bukit judi maka nabi nuh dan musa alaihimassalam berpuasa kerana bersyukur pada allah s.w.t .
JAHILIYYAH QURAISY DAN 'ASYURA'
jahiliyyah quraisy juga berpuasa pada hari 'asyura' . ini diceritakan oleh saidatina aisyah : hari 'asyura' merupakan hari orang-orang quraisy berpuasa pada zaman jahiliyyah dahulu .dan adalah nabi berpuasa pada hari itu . setibanya nabi dikota madinah ia juga berpuasa pada hari asyura' dan memerintahkan para sahabatnya agar berpuasa . namun apabila diturunkan ayat mengenai wajib puasa dibulan ramadhan lalu baginda meninggalkan puasa pada hari asyura' dan bersabda barang sesiapa yang ingin berpuasa silakan dan sesiapa yang tak mahu berpuasa silakan .
'ikrimah pernah ditanya apakah sebab jahiliyyah quraisy berpuasa pada hari tersebut , jawabnya : orang-orang quraisy pernah melakukan satu dosa dizaman jahiliyyah maka mereka rasa amat bersalah , lalu mereka bertanya bagaimana cara untuk bertaubat ? dijawabnya : agar berpuasa pada hari kesepuluh bulan muharram .
HUKUM PUASA HARI 'ASYURA
puasa pada hari kesepuluh muharram termasuk dalam puasa-puasa sunat . kerana tiada puasa yang wajib melainkan puasa dibulan ramdhan ataupun kerana sebab-sebab tertentu seperti nazar , kaffarah atau sebagainya .
1-dari ibni abbas radiyallahu anhu berkata :
maksudnya : bahawa rasulullah s.a.w berpuasa pada hari 'asyura dan memerintahkan dengan berpuasa pada hari tersebut .
maksudnya : bahawa rasulullah s.a.w ditanya mengenai puasa hari 'asyura , jawabnya : ia menghapuskan dosa setahun lepas .
disunatkan bagi mereka yang ingin berpuasa pada hari 'asyura agar berpuasa pada hari tasua' iaitu hari kesembilan muharram .
maksudnya : rasulullah s.a.w bersabda jika aku hidup lagi pada tahun hadapan pasti aku akan berpuasa pada hari kesembilan .
wallahua'lam....
pelajaran serta iktibar
| author: mohd hafizuddin hasanalhamdulillah , selawat dan salam keatas junjungan kita nabi muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabatnya sekalian .semalam saya sempat membelek-belek kitab "al-sirah al-nabawiyyah durus wa ibar" . makanya saya tertarik dengan beberapa kalam nasihat yang dilontarkan oleh syeikh mustafa al-siba'ei kepada para pemuda pemudi yang bergelora jiwa mereka untuk menyampaikan dakwah islam serta mengislahkan masyarakat . antaranya :
1-seorang da'ei yang berketurunan mulia mampu merubah masyarakatnya , kerana sudah lumrah manusia ianya akan tertarik dan menerima apa sahaja yang disampai dan diseru oleh orang yang mulia .inilah juga yang berlaku keatas batang tubuh nabi s.a.w . raja hirqal pernah menyoal abu sufyan , bagaimanakah nasab keturunan baginda? jawab abu sufyan walaupun masih syirik ketika itu : nasabnya adalah semulia-mulia nasab dikalangan kami .dengan itu raja hirqal berkata : memang aku menyangka ianya dari keturunan mulia kerana allah tidak memilih seorang nabi melainkan dari kaum yang mulia dan keturunan yang mulia .
2-seorang da'ei mesti menjiwai kehidupan anak yatim , golongan fakir miskin dan sebagainya .dengan ini para da'ei akan sentiasa memikirkan masalah masyarakat dengan perasaan kasih dan sayang serta mampu membuahkan dakwah yang berkesan .
3-para da'ei tidak dapat tidak , mesti menjalani susah payah bermusafir , bergaul dengan masyarakat serta mengetahui selok belok kehidupan mereka .kata syeikh mustafa al-siba'ei : para pendakwah yang hanya mengenali manusia melalui kitab dan pembacaan tanpa bergaul dengan kehidupan mereka adalah pendakwah yang gagal dalam mengislahkan masyarakat . katanya lagi : sesiapa yang ingin mengislahkan orang-orang beragama wajib ia bergaul dengan mereka di masjid , majlis ilmu dan segala perhimpunan ilmu . sesiapa yang ingin mengislahkan pekerja dan petani wajib keatasnya membiasakan diri dengan golongan tersebut samada turun bersama mereka , makan bersama mereka ataupun mendengar luahan isi hati mereka .
sungguh benar satu kata-kata yang ma'thur : bercakaplah dengan manusia mengikut kemampuan akal mereka .
4-yang paling penting , para da'ei mesti menetapkan satu masa untuk ia bermunajat , bermuhasabah dengan sang penciptanya . dengannya para da'ei mampu membuang segala sifat-sifat yang tercela dari dirinya .
berkata ibrahim bin adham sejurus tahajjudnya : kami berada dalam satu kelazatan yang mana jikalau raja-raja mengetahuinya pasti mereka memerangi kami untuk mendapatkan kelazatan ini .
wallahua'lam...
perumpamaan orang munafiq
| author: mohd hafizuddin hasanalhamdulillah selaut kesyukuran kepada allah s.w.t . selawat dan salam diatas junjungan nabi muhammad s.a.w .sesungguhnya allah s.w.t menurunkan al-quran bukanlah semata-mata untuk tatapan , bacaan ,ambil berkat dan sebagainya, namun disana ada tujuan yang tersangat besar daripada semua itu iaitu untuk mengeluarkan manusia daripada kehambaan sesama makhluk seterusnya menyerahkan jiwa raga mereka hanya kepada sang pencipta .
PERUMPAMAAN ORANG-ORANG MUNAFIQ
didalam al-quran allah s.w.t banyak menceritakan sifat-sifat orang mukminin , kuffar dan juga munafiq . sejumlah enam ribu enam ratus lebih itu terdapat ayat yang menyebut tentang perumpamaan orang-orang munafiq .antaranya :
1-seperti orang yang menyalakan api .
ini jelas disebut didalam surah al-baqarah ayat ke-17 yang bermaksud :
perumpamaan mereka(orang-orang munafiq) samalah seperti orang yang menyalakan api , tatakala api tersebut menerangi sekelilingnya allah s.w.t memadamkan cahaya mereka itu dan dibiarkan mereka dalam kegelapan tanpa dapat melihat apa-apa disekitarnya .
maksud disini ialah allah s.w.t. ingin menegaskan bahawa al-quran ataupun agama islam itu diibaratkan seperti obor bercahaya yang mampu menerangi dunia bahkan diakhirat nanti . dengan islam maka allah akan menghilangkan segala zulumat(kegelapan) samada gelap kekufuran , nifaq dan sebagainya . namun apabila orang-orang munafiq hanya mengambil islam tanpa disertai keluhuran hati lalu allah s.w.t memadamkan obor islam itu diakhirat kelak , tinggallah mereka dalam kegelapan , ketakutan serta di azab oleh allah 'azza wa jalla .
2-pekak , bisu dan buta .
firman allah surah al-baqarah ayat ke-18 yang bermaksud :
mereka adalah orang yang pekak , bisu dan buta dan mereka tidak mampu kembali kepada jalan yang benar .
walau disegi zahir mereka bukanlah orang yang cacat pancaindera , justeru menolak obor islam mereka dianggap pekak , bisu dan buta .pekak untuk menerima kebenaran islam , bisu daripada mengakui benarnya islam dan buta untuk melihat cahaya islam .
3-seperti orang ditimpa hujan .
firman allah didalam surah al-baqarah ayat ke-19yang bermaksud :
ataupun mereka ini umpama orang-orang yang ditimpa hujan yang turun dari langit , padanya ada kegelapan , guruh petir dan kilat lalu mereka memasukkan anak-anak jari mereka ke dalam telinga agar dapat menghindari dentuman petir itu kerana khuatir akan mati disebabkannya .
pada ayat ini allah s.w.t memberikan tamsilan bahawa al-quran merupakan hujan pembawa rahmat kepada manusia . didalam al-quran terdapat ayat yang menyebut tentang kekufuran ,ancaman bagi mereka yang kufur serta dalil bukti diatas kebenaran islam . ketiga-tiga perkara itulah maksud kepada kegelapan , guruh petir dan kilat didalam ayat diatas .apabila al-quran diturunkan para munafiqin akan berasa gementar dan takut untuk mendengarnya lalu mereka memekakkan telinga mereka , membisukan mulut mereka serta membutakan mata mereka mengenai islam .ini semua berlaku kerana mereka tidak mampu untuk melawan kebenaran islam .
KEBENARAN ISLAM TIDAK DAPAT DITANGKIS
sebenarnya hakikat kebenaran islam ini akan di akui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akal yang waras .begitulah juga para munafiqin , mereka tertarik dengan islam namun dek kerana ada ajaran-ajaran yang tidak selari dengan jiwa raga seperti berjihad , menunaikan zakat dan sebagainya mereka meninggalkan islam dan menerimanya kembali ketika bersesuaian dengan kehendak naluri mereka .
wallahua'lam...
dihalalkan segala yang baik untuk kamu...
| author: mohd hafizuddin hasanalhamdulillah segala puji bagi allah diatas segala-gala nikmat yang dikurniakan ini . kali ini rasanya nak kongsi sedikit ilmu yang ditimba di kuliah hari ini . bendanya bukanlah suatu yang baru tetapi rasanya ada baiknya saya coretkan benda ini agar ianya senantiasa melekat dibenak fikiran kita .
firman allah di dalam surah al-maidah ayat ke-4 , maksudnya :
mereka(orang-orang beriman) akan bertanya kepada engkau(wahai muhammad) apakah yang dihalalkan kepada mereka?maka katakanlah wahai muhammad dihalalkan kepada kamu segala toyyibat(segala perkara yang baik) , dan buruan yang ditangkap oleh anjing-anjing yang diajar oleh kamu dengan sesuatu ajaran daripada allah , makanlah kamu daripada buruan yang ditangkap oleh anjing-anjing itu dan ucapkanlah nama allah ketika melepaskannya, bertaqwalah kamu kepada allah, sesungguhnya allah amat pantas menghitung perbuatan manusia .
SEBAB NUZUL
sebab nuzul ayat ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu abi hatim daripada said bin jabir menyatakan bahawa 'adi bin hatim dan zaid muhalhil yang kedua-duanya dari qabilah thoiyi' bertanya kepada rasulullah s.a.w : wahai rasulullah sesungguhnya allah s.w.t telah mengharamkan bangkai , maka apakah makanan yang halal kepada kami?lalu turunlah ayat tersebut .
NABI BERTUTUR BERPANDUKAN WAHYU
di dalam ayat ini jelas kepada mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi nur iman bahawa nabi tidak bercakap , tidak menjawab apa-apa soalan dengan sesuka hati sekiranya soalan tersebut diluar pengetahuannya . ini jelas jika kita perhatikan rangkap "mereka(orang-orang beriman) akan bertanya kepada engkau(wahai muhammad) apakah yang dihalalkan kepada mereka?" ianya dikemukakan oleh orang-orang mukmin .manakala rangkap "maka katakanlah wahai muhammad" merupakan jawapan daripada allah s.w.t yang menyuruh agar nabi muhammad s.a.w menjelaskan kepada golongan orang-orang beriman mengenai makanan yang halal kepada mereka.jelaslah kepada kita bahawa nabi tidak sekali-kali bertutur mengikut hawa nafsunya tetapi ia bertutur mengikut wahyu allah s.a.w .inilah yang menakjubkan saya ketika mendengar syarahan doktor muhsin semasa muhadharah hari ini,amat jarang sekali saya mendengar syarahan seperti ini .
MAKNA TOYYIBAT
toyyibat disegi bahasa bermaksud sesuatu yang baik . justeru itu lafaz toyyibat ini digunakan kepada dua makna :
pertama : setiap perkara yang disukai oleh manusia yang normal tabiat mereka dan tidak memudharatkan manusia samada di dunia mahupun akhirat .
kedua: setiap perkara yang dihalalkan oleh allah s.w.t walaupun ianya tidak digemari oleh sesetengah manusia .
ANJING YANG DIAJAR
di dalam ayat di atas menyatakan bahawa buruan yang ditangkap oleh anjing-anjing yang diajar boleh dimakan . justeru fahamlah kita bahawa allah s.w.t telah meletakkan syarat anjing-anjing tersebut mestilah terpelajar .maka ulama' menjelaskan kepada kita apakah tanda ataupun alamat untuk kita mengenali bahawa anjing-anjing itu sudah terpelajar , katanya anjing-anjing ini dianggap terpelajar apabila tuannya melepaskannya ia akan pergi memburu , apabila tuannya memanggil ia akan kembali , apabila ia menerkam buruan ia akan membawa atau menahan untuk diberikan kepada tuannya tanpa ia memakan buruan tersebut .dan para fuqaha' meletakkan syarat bahawa keadaan itu mesti diuji beberapa kali untuk memastikan bahawa anjing-anjing itu benar-benar terpelajar .
UCAPLAH NAMA ALLAH
pun begitu , bukanlah setiap buruan yang ditangkap dan dibunuh anjing-anjing tersebut halal begitu sahaja .namun di sana allah s.w.t meletakkan syarat yang amat penting untuk memastikan buruan tersebut halal mahupun tidak . syarat tersebut ialah mengucapkan lafaz bismillah ketika melepaskan anjing-anjing tersebut.dengan ini bermakna sekiranya buruan telahpun ditangkap oleh anjing dan dibunuhnya tanpa diucapkan lafaz bismillah ketika melepaskannya maka buruan itu tidak halal bahkan haram untuk memakannya .
TAQWALAH KEPADA ALLAH
mengapakah allah s.w.t mengingatkan kita dihujung ayat ini agar kita bertaqwa kepadanya?kerana di sana terdapat manusia yang membunuh binatang sesuka hati ataupun dengan kata lain membunuh tanpa ada sebab dan juga terdapat golongan yang amat leka ketika berburu sehingga meninggalkan kewajipan mereka kepada allah dan keluarganya .dengan sebab itulah allah mengingatkan orang-orang beriman agar buatlah sesuatu dengan berpandukan batasan yang telah ditetapkan olehnya jangan sesekali melampauinya kerana allah amat pantas untuk menghitung segala perbuatan kita .
semoga kita dapat mengambil istifadah daripada tulisan yang serba kekurangan ini .wallahua'lam.
kemulian hanya dengan ilmu,sedarlah!!!
| author: mohd hafizuddin hasansyukur yang tak terhingga kepada allah s.w.t diatas segala kurniannya , selawat dan salam diatas junjungan nabi muhammad s.a.w .setelah sekian lama universiti al-azhar bercuti ,sekarang ianya kembali kelam-kabut geger-gegok dengan mahasisiwa yang datang untuk mencari ilmu .
alhamdulillah , hari ini baru saya berkesempatan masuk kuliah walaupun ia telah bermula lebih kurang 2 minggu lalu . minggu pertama hanya kita sahaja yang menunggu , pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan arab masih tak datang ,minggu kedua ada program kutub sittah dan hal-hal yang perlu diselesaikan . syukur yang tak terkira rasanya bila dapat masuk muhadarah doktor...
ILMU DAN GURU...
sesungguhnya ilmu bukanlah suatu yang terlalu sukar dan bukan juga terlalu senang .namun kalau kita tersilap langkah ilmu itu takkan masuk ke lubuk hati kita .justeru itu saya menekankan bahawa wasilah yang paling penting dalam menuntut ilmu ialah berguru . untuk menjamin kesahihan ilmu mestilah kita berguru seperti kata hukamak "sesiapa yang belajar tanpa guru maka syaitanlah gurunya".
dalam fatrah pengajian kita di al-azhar ini guru kita ialah para pensyarah dan juga doktor-doktor . maka sudah tentu bila mereka adalah guru kita , sewajarnya penghormatan mesti kita tunjukkan kepada mereka .caranya ialah dengan kita menghadirkan diri ke kuliah dan mendengar muhadarah yang disampaikan mereka .ingatlah ilmu takkan datang kepada orang-orang yang tidak menghormatinya dan ahli-ahlinya . syair arab ada menegaskkan "ilmu sangat bermusuh dengan pemuda yang angkuh , seperti air banjir bermusuh dengan tempat yang tinggi".
JANGAN ANGKUH!!!
namun saya pernah terdengar suara-suara sumbang yang berbunyi "ahh tak masuk kuliah pun tak per , baca sendiri jer kitab kuliah tu bukan susah sangat , janji najah imtihan" .sekali dengar suara begini sedap juga tetapi persoalannya beginikah cara menuntut ilmu?.janganlah kalian tertipu dengan bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan kata-kata sedemikian .
satu lagi suara sumbang yang pernah saya dengar ialah" kitab-kitab doktor ni tak payah belajar tak pe , asal kita bertalaqqi kitab-kitab turath". ya , tidak dinafikan kitab turath adalah sumber asli kepada ilmu islam namun kita perlu sedar ilmu turath ini mesti digabungkan dengan ilmu-ilmu moden . saya masih teringat kata-kata guru saya "antum kena sambung ke mesir , gabungkan ilmu pondok dan ilmu disana , tengok tuan guru nik abdul aziz dia hebat kerana mampu mengabungkan kedua-dua ilmu tersebut".itulah kata-kata yang penuh tawaduk yang lahir dari guru saya walaupun beliau mampu menguasai kitab-kitab turath namun beliau mengakui kurangnya beliau dalam ilmu-ilmu muasorah .
KITA???
sekarang saya ingin menyedarkan sahabat semua , usirkanlah bisik-bisikan syaitan itu .sudah-sudahlah berpada dengan bacaan kalian . yang hairannya orang yang lebih alim daripada kita pun pergi kuliah kenapa pula kita yang serba kekurangan ini boleh senang hati meninggalkan kuliah dan muhadarah .
ulama' bukan semestinya yang berjubah , berserban dan yang berkopiah merah . sedarlah para pensyarah dan doktor di kuliah juga ulama' .janganlah kalian menyempitkan minda dengan menganggap ulama' dan masyaikh hanyalah yang berserban , berjubah dan berkopiah merah!!!
ayuhlah ke kuliah , buangkan segala khowatir-khowatir syaitoniyyah itu . ingatlah syaitan sentiasa membisik-bisik sesuatu yang disukai oleh nafsu kita .andai kalian suka tinggal kuliah dengan kata-kata seumpama diatas yakinlah kalian telah termakan bisikan syaitan....sudah pasti syaitan bergelak ketawa melihat kalian begitu...ingin saya meninggalkan sahabat-sahabat dengan kata-kata dibawah :
semarakkan ilmu
| author: mohd hafizuddin hasanterasa kerdilnya diri ini bila berbicara mengenai ilmu . bukanlah saya orang yang selayaknya untuk berbicara soal ini nak kata ustaz pun tidak , nak kata ulama lagi-lagilah tak patut . namun walaupun tiada kelayakan izinkan saya sekadar menyahut seruan nabi s.a.w "sampaikan apa sahaja yang datang dariku walau sepotong ayat" dan juga "agama itu ialah nasihat".
sungguhpun kita percayai dan yakini bahawa untuk mencapai segala-galanya sudah tentu dengan ilmu dan sememangnya terdapat kata-kata yang menegaskan "sesiapa hendakkan dunia hendaklah berilmu , sesiapa hendakkan akhirat hendaklah berilmu dan sesiapa mahukan kedua-duanya hendaklah berilmu" namun benarkah kita sekarang sedang berada dalam situasi ilmu yang sebenar?kalau benar kita yakin untuk mencapai segala-galanya pasti dengan ilmu mengapa sahaja kita tidak bertungkus lumus mencar ilmu?bukankah keyakinan itu mesti dilahirkan pada tindak tanduk dan gerak geri?.keyakinan yang dibiarkan tanpa ada tindakan adalah keyakinan yang palsu!!!
saya menyeru para sahabat , sidang pembaca dan khusus kepada diri saya semarakkanlah diri kita dengan ilmu . tak rugi pun kita bersengkang mata untuk ilmu , tak kan menyesal kalau berhabis duit untuk ilmu ,percayalah... tak kan binasa kalau kita berilmu .sebagai mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa islam kita sewajarnya menyahut cabaran ilmu dengan menyerahkan seluruh jiwa raga untuk ilmu ,penuhkan aktiviti harian dengan program ilmiah, hidupkan suasana biah ilmu . mulakan segala-gala dari kita jangan diharapkan orang lain kerana "hanya kita yang mampu mengubah diri kita bukan orang lain".
dalam konteks kita bergelar azhari dan azhariah apakah tindakan yang paling wajar dilakukan?saya berpendapat berdasarkan kepada niat dan harapan kita semua sudah tentu untuk membawa sinar ilmu kepada masyarakat nanti , paling kurang kita menjadi ustaz/ustazah dan yang afdal kita menjadi ulama dan tuan guru , kita mesti mengkhatam dan menghadamkan beberapa buah kitab yang asas dan utama :
FEKAH :
1-MATAN SAFINATUL NAJA
2-MATAN GHAYAH WA TAQRIB
3-FATHUL QARIB AL-MUJIB/KIFAYATUL AKHYAR
4-FATHUL MUIN
5-AL-MAHALLI SYARAH MINHAJUL TOLIBIN
TAUHID :
1-MATAN UMMUL BARAHIN
2-KIFAYATUL AWAM/FARIDATUL FARAID/BAKURATUL AMANI
3-SYARAH JAUHARAH TAUHID
TASAUF :
1-BIDAYATUL HIDAYAH
2-MINHAJUL ABIDIN
3-SYARAH HIKAM IBNU ATOILLAH
5-IHYA' ULUMIDDIN/MUKTASARNYA
TAFSIR DAN HADIS
1-TAFSIR JALALAIN
2-MUKHTASAR TAFSIR IBNU KATHIR
3-HADIS ARBA'IN NAWAWI
4-HADIS BULUGHUL MARAM SERTA SYARAHNYA .
5-RIYADUS SOLIHIN
ILMU ALAT
1-MATAN AJURUMIAH
2-MUKHTASAR JIDDAN
3-MUTAMMIMAH SYARAH AJURUMIAH
4-MATAN AL-BINA' WAL ASAS
5-SYARAH MATAN 'IZI(KAILANI)
6-SYARAH QOTRUN NADA/SYUZUR ZAHAB/SYARAH IBNU AQIL
7-HUSNU AL-SIYAGHAH(BALAGHAH)/AL-BALAGHAH AL-WADIHAH
ini adalah senarai kitab-kitab yang wajib kita pelajari dan fahami sejilah-jilahnya . sedarilah ini adalah tahap SEKURANG-KURANGNYA, untuk menjadi ulama besar kalian mesti menambah lagi usul tafsir , ulum hadis ,sunan sittah serta syarahnya , ilmu usul fiqh , qawaid fiqh , mantiq , dan macam-macam lagi ilmu lain . jangan menganggap kalian ulama kalau kitab-kitab diatas tak mampu kalian kuasai , baca , belajar ataupun bermuzakarah .paling tidak , kalau tidak mampu juga biarlah kita khatam sebiji dua kitab dalam semua bidang diatas .
harapannya dengan tulisan ini ianya menjadi pembakar semangat kepada saya sendiri dan kepada sahabat-sahabat yang disayangi sekalian. ayuhla kita hidupkan budaya cintakan ilmu , semarakkan hidup kita dengan cintakan ilmu . hanya kita yang mampu merubah segala-galanya , segala-galanya ditangan kita . wallahua'lam .
jom kuliah!!!
| author: mohd hafizuddin hasanassalamualaikum... rasanya lama sudah tidak mencatit sesuatu diruangan blog ini . kesibukan yang tidak diundang sering menjadi mani' .pun begitu alhamdulillah saya lafazkan setelah kesibukan itu berlalu dengan membawa manfaat-manfaat yang baharu dalam perjalanan hidup saya .
sedar atau tidak , cuti semester yang begitu panjang telahpun melabuhkan tirainya . 4 atau 5 bulan kuliah ditutup rasanya teramat rindu untuk menjejak kaki ke kuliah untuk tahun yang kedua , begitu bergelora rasanya .3.10.2009 merupakan tarikh rasmi kuliah al-azhar dibuka kembali , rasanya dah lebih cukup cuti yang dilalui , tidur pun rasanya dah melebihi limitnya , siang malam asyik tidur jer...
saya terpanggil untuk menyeru sahabat handai serta diri yang hina ini pakat-pakat ke kuliah . jangan kita membiarkan doktor-doktor dan para masyayikh yang menunggu kita . biarlah orang kata buat apa pergi orang tak ramai lagi???buat apa pergi kitab pun tak keluar lagi??? yang penting kita ke kuliah , yang utama kita yang menunggu doktor bukan doktor yang menanti kita , yang lebih utama kita menyambut para masyayihk jangan mereka pula yang menyambut kita .
ingatlah kata-kata hikmah : ilmu itu mesti didatangi dan ilmu itu takkan datang sendiri .maka kefahaman yang boleh diambil melalui kata-kata itu bahawa pelajar , murid atau mahasiswa mesti pergi ,mesti mencari dan menanti guru-guru jangan pula guru-guru datang mencari dan menunggu kita .
sebagai penuntut ilmu teristimewa pula penuntut ilmu agama , sama-samalah kita menjaga adab dengan guru kerana takkan tercapai ilmu sekira kita tak menjaga adab , tak menghormati guru .ilmu takkan datang andai kita tak mengagung dan tak menyanjungnya serta ahli-ahlinya . ingatlah ilmu tanpa keberkatan akan membinasakan kita.
satu perkara yang amat penting ialah kita mentajdid(perbaharui) niat . niatlah kita menuntut ilmu ini lillahi ta'ala . niat yang tulus akan menatijahkan hasil sangat berguna .tekadkanlah azam baru pada tahun ini , yang baik azamlah buat yang lebih baik , yang kurang baik lebih-lebih lagi kalian kena berazam supaya tahun ini adalah tahun yang terbaik buat kalian!!!
salam kuliah untuk semua terutama sahabat-sahabat didumyat...
salam lebaran...
| author: mohd hafizuddin hasanassalamualaikumwarahmatullah . di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut lebaran kepada emak ayah , adik-adik , saudara mara , insan yang disayang dan menyayangi dan kepada seluruh sahabat handai yang dekat mahupun jauh . maaf zahir dan batin dipinta , halalkan segala salah silap diri ini . semoga raya tahun ini sangat bermakna buat kita semua . doakan diri ini sentiasa , jangan lupa ye!!!
salam perantauan...jauh dimata dekat dihati...
Cara merayakan Eidul fitri
| author: mohd hafizuddin hasanAssalamualaikum kepada pembaca yang setia sekalian .Tidak berapa hari lagi umat islam akan menyambut lebaran eidul fitri . masing-masing pasti sedang bersibuk-sibuk dengan persiapan untuk hari raya dengan ketupat rendangnya , kueh muehnya tak kurang juga dengan menghias rumah dan bermacam-macam lagi , hakikatnya hanyalah satu iaitu mereka ingin melahirkan kegembiraan di hari raya itu .
Sungguhpun begitu islam tetap menggariskan bahawa sambutan perayaan ini hendaklah tidak melanggar larangan dan tegahan allah s.w.t .perayaan serta sambutannya ini bukannya rekaan manusia yang boleh kita buat sesuka hati tetapi perayaan serta sambutan eidul fitri ini adalah tuntutan dan ajaran agama maka ianya mesti mengikut garis panduan agama walaupun ianya disyariatkan untuk kita bergembira serta bersuka-ria.
Oleh itu islam telah menetapkan beberapa hukum yang berkait dengan perayaan dan cara kita menyambutnya .
Hukum-hukum berkait dengan hari raya :
1-membayar zakat fitrah .
2-haram berpuasa di hari raya(fitri dan adha) .
3-disyariat agar keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat hari raya .
4-khutbah selepas bersolat hari raya .
5-bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua .
6-sunat membaca surah qof pada rakaat pertama dan surah iqtarobatis sa’ah pada rakaat yang kedua .
7-tiada solat sunat sebelum dan selepas solat raya.
Adab-adab menyambut hari raya :
1-menghidupkan malamnya dengan amal ibadat .
2-mandi sebelum keluar bersolat .
3-makan beberapa biji tamar sebelum keluar bersolat pada raya eidul fitri .adapun eidul adha sunatnya tidak makan apa-apa sebelum solat .
4-bertakbir raya dengan suara yang kuat .
5-ucap tahniah kepada saudara mara dan kaum muslimin .
6-memakai pakaian yang cantik . namun bagi perempuan tidak dibenarkan berhias dan memakai pakaian yang boleh mendatangkan fitnah seperti yang menjolok mata dan sebagainya .
7-ziarah kaum kerabat , sanak saudara dan kaum muslimin .
8-bermaaf-maafan .
Justeru itu demi menghayati syariat islam sebaik-baiknya , hendaklah kita melaksanakan apa yang dianjurkan oleh islam .janganlah kita menyambut perayaan ini dengan nafsu syahwat kita berpesta , berkaraoke dan macam-macam lagi acara yang tidak selari dengan islam . sedarlah eidul fitri ini sambutan untuk menyatakan kita bertaqwa kepada allah s.w.t , maka sambutlah dengan cara orang-orang bertaqwa . jangan kita leburkan amalan kebajikan selama sebulan dengan beraya sehari dalam maksiat kepada allah s.w.t .
Firman allah :
ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدىكم ولعلكم تشكرون
Maksud : dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan hari-hari puasa dan hendaklah kamu membesarkan allah(ucap takbir) diatas hidayahnya dan mudah-mudahan kamu bersyukur .
Wallahua’lam .
pecutan terakhir "lailatul qodr"
| author: mohd hafizuddin hasanalhamdulillah segala puji bagi allah diatas segala pemberian dan anugerahnya yang tak terhingga .sahabat... pejam celim pejam celik rupa-rupanya ramadhan sudahpun nak memasuki fasa , gerbang yang ketiga . 20hari yang lalu bolehlah kita ibaratkan sebagai "pemanas badan" untuk kita berjuang habis-habisan demi merangkul mahkota "lailatul qodr" . siapa yang tak teringin nak merangkul lailatul qodr?sejahil dan sejahat mana pun manusia andai mereka ketahui fadhilat lailatul qodr sudah pasti mereka akan berlumba-lumba merebut mahkota tersebut .kerana tiada manusia yang tak mahu masuk syurga . tanyakan kepada siapa sahaja "kamu nak masuk syurga?" dengan semangat pasti mereka menjawab "ya" kami mahu ke syurga .
lailatul qodr merupakan anugerah allah s.w.t terhadap umat nabi muhammad s.a.w . dikeranakan umur umat ini tidak menjangkau ratusan tahun inikan lagi beribu-ribu tahun lalu allah itu amat pemurah lagi adil , umur yang singkat tetapi ganjaran amalannya setanding dengan hidup ribuan tahun lamanya .itulah hebatnya lailatul qodr , amat beruntung sesiapa yang memperolehinya .
firman allah s.w.t :
إنا أنزلناه في ليلة القدر
para ulama' berbeza pendapat , apakah makna sebenar lailatul qodr pada ayat ini . pendapat ini boleh dikatakan terbahagi kepada tiga ;
1-lailatul taqdir wal hukum . iaitu malam yang allah s.w.t tetapkan padanya segala urusan , susur galur kehidupan didunia ini .
mujahid bin jubair berkata : lailatul qodr itu ialah malam hukum(ketetapan) .
2-lailatul syarof wal 'adhomah . iaitu malam yang penuh dengan kemulian dan keagungan kerana orang-orang yang melalui malam ini pasti menjadi orang-orang yang mulia .
3-lailatul doyyiq . iaitu malam yang sempit , kerana dimalam ini para malaikat dan ruh(jibril) akan memenuhi pelusuk dunia ini untuk melihat siapakah hamba-hamba allah yang berjaya menemui lailatul qodr ini .
soalnya sahabat...kenapakah lailatul qodr begitu istimewa?kenapa malam-malam lain tidak setaraf dengannya?tidak kah semua hari ini milik dan kepunyaan allah tuhan sekalian alam ini?
jawabnya , sudah pasti malam itu mempunyai sebab musabbab yang tersendiri yang menjadikan ia malam yang sangat teristimewa . itulah dia penurunan al-quran al-karim .
firman allah :
إنا أنزلناه في ليلة مباركة
sangat agung sekali al-quran , kerananya lailatul qodr mendapat keistimewaan seribu bulan , kerananya manusia akan mulia dimalam al-qodr , amalan mereka ibarat amalan seribu bulan , masyaallah tabarokallah...
bila lailatul qodr?macam mana nak tahu lailatul qodr?soalan ini sudah pasti menjelma dalam benak minda dan fikiran kita .menjadi kelaziman kita , bila sesuatu itu bernilai , mulia pasti kita akan bertanya soalnya , bagaimana dia , bila dia dan apa-apa sahaja mengenai dia dia dia dan dia .
PETANDA LAILATUL QODR
para ulama' dengan keilmuan mereka yang tidak dipertikaikan lagi telah meletakkan beberapa petanda lailatul qodr beralaskan dalil-dalil dan tajribah serta khibroh mereka . antaranya ;
1-matahari pada hari itu terbit tanpa sinaran .
2-malamnya tenang dan terang .
3 malamnya sederhana tidak panas dan tidak sejuk.
BILAKAH LAILATUL QODR
Pada permasalahan ini terdapat pendapat yang begitu banyak , Cuma saya menyebutkan beberapa sahaja ;
1-sepanjang ramadhan .dalil : daripada ibnu umar katanya : rasulullah s.a.w ditanya mengenai lailatul qodr sedang aku mendengarnya , lalu rasulullah s.a.w menjawab : ianya berada sepanjang ramadhan .hadis ini dikeluarkan oleh abu daud.
2-pada malam pertama ramadhan . dalil ; dari anas bin malik katanya : lailatul qodr itu berlaku pada malam pertama ramadhan .
3-pada 17 ramadhan . dalil ; dari ibnu mas’ud katanya : rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami tuntutlah akan lailatul qodr itu pada malam 17 ramadhan . al-hadis... ini ialah pendapat imam as-syafie .
4-pada malam 19 ramadhan . dalil ; ja’far bin Muhammad meriwayatkan dari ayahnya bahawa saidina ali bin abi talib sentiasa mencari lailatul qodr pada malam 19 ramadhan .
5-pendapat yang kuat ialah yang mengatakan lailatul qodr berlaku pada 10malam terakhir , khususnya pada malam-malam yang ganjil . kerana sabda nabi s.a.w : carilah lailatul qodr itu pada 10 malam terakhir .
KESIMPULAN
Walaupun ulama’ berbeza pendapat dalam masalah ini dan yang kuatnya pendapat yang mengatakan ianya di 10 malam terakhir , janganlah pula kita abaikan ramadhan . yang menjadi tugas dan tanggungjawab kita ialah mengabdikan diri kepada allah s.w.t sepanjang ramadhan ini . janganlah kita terkejar-kejar hanya di 10malam terakhir sahaja kerana boleh jadi lailatul qodr itu silih berganti harinya , boleh jadi pada awal ramadhan , boleh jadi pertengahannya dan boleh jadi pada 10 malam terakhir .
AYUH CARI LAILATUL QODR
Malam ini genaplah malam ke-20 kita berpuasa , maka ramadhan hanya berbaki 10 malam sahaja lagi . mahukah kita melepaskan ramadhan tanpa merangkul anugerah julung-julung kali ini sahaja?rugilah kita sebagai hamba yang penuh dosa dan noda ini andai tidak merebut lailatul qodr . ya , kita masuk syurga dengan rahmat allah tapi macam mana allah nak bagi rahmat andai kita malas untuk mencarinya!!!
Mana lagi kita nak cari malam yang penuh dengan kemulian ini , padanya diturunkan al-quran, padanya para malaikat turun kebumi , padanya dijanjikan kebaikan seribu bulan , padanya terdapat kesejahteraan , dan semua ada padanya .
“ya allah kurniakan kami lailatul qodr , jadikan kami hamba-hambamu yang mulia dengan sebabnya” .
Wallahua’lam.
kekeliruan dan jawapannya
| author: mohd hafizuddin hasanalhamdulillah , kali ini insyaallah saya akan membawa jawapan kepada kekeliruan mengenai solat witir . kekeliruan ini berlaku kepada sesetengah sahabat saya . apakah kekeliruan itu?
soalannya :boleh ke , sah ke kita solat witir 3 rakaat buat satu salam dengan satu tasyahhud(tahiyyat)?
JAWAPAN :
ya , witir ialah salah satu antara solat sunat yang muakkad(sangat digalakkan) . tetapi ia tidaklah termasuk dalam kategori solat-solat sunat yang digalakkan berjamaah . mengenai bilangan rakaatnya pula , sekurang-kurang sunat witir ialah satu rakaat ,berdasar hadis :
KAIFIAT
untuk menunaikan solat witir ini kita dibolehkan untuk mengasingkan 3 rakaat dengan 2 salam ataupun menyambung terus dengan 1 salam . justeru itu saya akan membawa pandangan ulama' mengenai perihal diatas :
1-mengasingkan antara 3 rakaat itu dengan 2 salam . ini yang paling afdal mengikut imam an-nawawi.
2-menyambung 3 rakaat dengan 1 salam . dalam keadaan ini kita diberikan dua pilihan :
1-menyambung 3 rakaat dengan satu tasyahhud .
2-menyambung 3 rakaat dengan dua tasyahhud pada 2 rakaat akhir .
soalannya : mana yang lebih afdal antara dua pilihan tersebut ?
JAWAPAN :
menurut imam al-rofei , al-asoh ialah menyambung 3 rakaat tersebut dengan satu tasyahhud lebih afdal dari menyambungnya dengan dua tasyahhud untuk membezakan antara solat witir dan solat maghrib kerana terdapat hadis yang melarang menyamakan solat witir dengan solat maghrib . hadisnya berbunyi :
setelah melihat kepada pandangan diatas jelaslah bahawa solat witir 3 rakaat dengan 1 tasyahhud dibolehkan , sah bahkan ianya lebih afdal mengikut pandangan imam al-rofei dan juga sebagaimana yang diputuskan oleh imam al-nawawi didalam tahqiq nya . wallahua'lam .
RUJUKAN :
1- mughni al-muhtaj fi makrifat ma'ani alfazil minhaj; syeikh syamsuddin muhammad bin muhammad al-khatib al-syirbini , maktabah darul hadis al-kaherah .
2-al-iqna' fi halli alfaz abi syuja' ; syeikh al-khatib al-syirbini .