semarakkan ilmu

|

terasa kerdilnya diri ini bila berbicara mengenai ilmu . bukanlah saya orang yang selayaknya untuk berbicara soal ini nak kata ustaz pun tidak , nak kata ulama lagi-lagilah tak patut . namun walaupun tiada kelayakan izinkan saya sekadar menyahut seruan nabi s.a.w "sampaikan apa sahaja yang datang dariku walau sepotong ayat" dan juga "agama itu ialah nasihat".

sungguhpun kita percayai dan yakini bahawa untuk mencapai segala-galanya sudah tentu dengan ilmu dan sememangnya terdapat kata-kata yang menegaskan "sesiapa hendakkan dunia hendaklah berilmu , sesiapa hendakkan akhirat hendaklah berilmu dan sesiapa mahukan kedua-duanya hendaklah berilmu" namun benarkah kita sekarang sedang berada dalam situasi ilmu yang sebenar?kalau benar kita yakin untuk mencapai segala-galanya pasti dengan ilmu mengapa sahaja kita tidak bertungkus lumus mencar ilmu?bukankah keyakinan itu mesti dilahirkan pada tindak tanduk dan gerak geri?.keyakinan yang dibiarkan tanpa ada tindakan adalah keyakinan yang palsu!!!

saya menyeru para sahabat , sidang pembaca dan khusus kepada diri saya semarakkanlah diri kita dengan ilmu . tak rugi pun kita bersengkang mata untuk ilmu , tak kan menyesal kalau berhabis duit untuk ilmu ,percayalah... tak kan binasa kalau kita berilmu .sebagai mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa islam kita sewajarnya menyahut cabaran ilmu dengan menyerahkan seluruh jiwa raga untuk ilmu ,penuhkan aktiviti harian dengan program ilmiah, hidupkan suasana biah ilmu . mulakan segala-gala dari kita jangan diharapkan orang lain kerana "hanya kita yang mampu mengubah diri kita bukan orang lain".

dalam konteks kita bergelar azhari dan azhariah apakah tindakan yang paling wajar dilakukan?saya berpendapat berdasarkan kepada niat dan harapan kita semua sudah tentu untuk membawa sinar ilmu kepada masyarakat nanti , paling kurang kita menjadi ustaz/ustazah dan yang afdal kita menjadi ulama dan tuan guru , kita mesti mengkhatam dan menghadamkan beberapa buah kitab yang asas dan utama :

FEKAH :
1-MATAN SAFINATUL NAJA
2-MATAN GHAYAH WA TAQRIB
3-FATHUL QARIB AL-MUJIB/KIFAYATUL AKHYAR
4-FATHUL MUIN
5-AL-MAHALLI SYARAH MINHAJUL TOLIBIN

TAUHID :
1-MATAN UMMUL BARAHIN
2-KIFAYATUL AWAM/FARIDATUL FARAID/BAKURATUL AMANI
3-SYARAH JAUHARAH TAUHID

TASAUF :
1-BIDAYATUL HIDAYAH
2-MINHAJUL ABIDIN
3-SYARAH HIKAM IBNU ATOILLAH
5-IHYA' ULUMIDDIN/MUKTASARNYA

TAFSIR DAN HADIS
1-TAFSIR JALALAIN
2-MUKHTASAR TAFSIR IBNU KATHIR
3-HADIS ARBA'IN NAWAWI
4-HADIS BULUGHUL MARAM SERTA SYARAHNYA .
5-RIYADUS SOLIHIN

ILMU ALAT
1-MATAN AJURUMIAH
2-MUKHTASAR JIDDAN
3-MUTAMMIMAH SYARAH AJURUMIAH
4-MATAN AL-BINA' WAL ASAS
5-SYARAH MATAN 'IZI(KAILANI)
6-SYARAH QOTRUN NADA/SYUZUR ZAHAB/SYARAH IBNU AQIL
7-HUSNU AL-SIYAGHAH(BALAGHAH)/AL-BALAGHAH AL-WADIHAH

ini adalah senarai kitab-kitab yang wajib kita pelajari dan fahami sejilah-jilahnya . sedarilah ini adalah tahap SEKURANG-KURANGNYA, untuk menjadi ulama besar kalian mesti menambah lagi usul tafsir , ulum hadis ,sunan sittah serta syarahnya , ilmu usul fiqh , qawaid fiqh , mantiq , dan macam-macam lagi ilmu lain . jangan menganggap kalian ulama kalau kitab-kitab diatas tak mampu kalian kuasai , baca , belajar ataupun bermuzakarah .paling tidak , kalau tidak mampu juga biarlah kita khatam sebiji dua kitab dalam semua bidang diatas .

harapannya dengan tulisan ini ianya menjadi pembakar semangat kepada saya sendiri dan kepada sahabat-sahabat yang disayangi sekalian. ayuhla kita hidupkan budaya cintakan ilmu , semarakkan hidup kita dengan cintakan ilmu . hanya kita yang mampu merubah segala-galanya , segala-galanya ditangan kita . wallahua'lam .

0 ulasan:

Catat Komen

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB