pecutan terakhir "lailatul qodr"

|

alhamdulillah segala puji bagi allah diatas segala pemberian dan anugerahnya yang tak terhingga .sahabat... pejam celim pejam celik rupa-rupanya ramadhan sudahpun nak memasuki fasa , gerbang yang ketiga . 20hari yang lalu bolehlah kita ibaratkan sebagai "pemanas badan" untuk kita berjuang habis-habisan demi merangkul mahkota "lailatul qodr" . siapa yang tak teringin nak merangkul lailatul qodr?sejahil dan sejahat mana pun manusia andai mereka ketahui fadhilat lailatul qodr sudah pasti mereka akan berlumba-lumba merebut mahkota tersebut .kerana tiada manusia yang tak mahu masuk syurga . tanyakan kepada siapa sahaja "kamu nak masuk syurga?" dengan semangat pasti mereka menjawab "ya" kami mahu ke syurga .

lailatul qodr merupakan anugerah allah s.w.t terhadap umat nabi muhammad s.a.w . dikeranakan umur umat ini tidak menjangkau ratusan tahun inikan lagi beribu-ribu tahun lalu allah itu amat pemurah lagi adil , umur yang singkat tetapi ganjaran amalannya setanding dengan hidup ribuan tahun lamanya .itulah hebatnya lailatul qodr , amat beruntung sesiapa yang memperolehinya .

firman allah s.w.t :
إنا أنزلناه في ليلة القدر

para ulama' berbeza pendapat , apakah makna sebenar lailatul qodr pada ayat ini . pendapat ini boleh dikatakan terbahagi kepada tiga ;

1-lailatul taqdir wal hukum . iaitu malam yang allah s.w.t tetapkan padanya segala urusan , susur galur kehidupan didunia ini .
mujahid bin jubair berkata : lailatul qodr itu ialah malam hukum(ketetapan) .

2-lailatul syarof wal 'adhomah . iaitu malam yang penuh dengan kemulian dan keagungan kerana orang-orang yang melalui malam ini pasti menjadi orang-orang yang mulia .

3-lailatul doyyiq . iaitu malam yang sempit , kerana dimalam ini para malaikat dan ruh(jibril) akan memenuhi pelusuk dunia ini untuk melihat siapakah hamba-hamba allah yang berjaya menemui lailatul qodr ini .

soalnya sahabat...kenapakah lailatul qodr begitu istimewa?kenapa malam-malam lain tidak setaraf dengannya?tidak kah semua hari ini milik dan kepunyaan allah tuhan sekalian alam ini?
jawabnya , sudah pasti malam itu mempunyai sebab musabbab yang tersendiri yang menjadikan ia malam yang sangat teristimewa . itulah dia penurunan al-quran al-karim .
firman allah :
إنا أنزلناه في ليلة مباركة

sangat agung sekali al-quran , kerananya lailatul qodr mendapat keistimewaan seribu bulan , kerananya manusia akan mulia dimalam al-qodr , amalan mereka ibarat amalan seribu bulan , masyaallah tabarokallah...

bila lailatul qodr?macam mana nak tahu lailatul qodr?soalan ini sudah pasti menjelma dalam benak minda dan fikiran kita .menjadi kelaziman kita , bila sesuatu itu bernilai , mulia pasti kita akan bertanya soalnya , bagaimana dia , bila dia dan apa-apa sahaja mengenai dia dia dia dan dia .

PETANDA LAILATUL QODR

para ulama' dengan keilmuan mereka yang tidak dipertikaikan lagi telah meletakkan beberapa petanda lailatul qodr beralaskan dalil-dalil dan tajribah serta khibroh mereka . antaranya ;

1-matahari pada hari itu terbit tanpa sinaran .

2-malamnya tenang dan terang .

3 malamnya sederhana tidak panas dan tidak sejuk.

BILAKAH LAILATUL QODR

Pada permasalahan ini terdapat pendapat yang begitu banyak , Cuma saya menyebutkan beberapa sahaja ;

1-sepanjang ramadhan .dalil : daripada ibnu umar katanya : rasulullah s.a.w ditanya mengenai lailatul qodr sedang aku mendengarnya , lalu rasulullah s.a.w menjawab : ianya berada sepanjang ramadhan .hadis ini dikeluarkan oleh abu daud.

2-pada malam pertama ramadhan . dalil ; dari anas bin malik katanya : lailatul qodr itu berlaku pada malam pertama ramadhan .

3-pada 17 ramadhan . dalil ; dari ibnu mas’ud katanya : rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami tuntutlah akan lailatul qodr itu pada malam 17 ramadhan . al-hadis... ini ialah pendapat imam as-syafie .

4-pada malam 19 ramadhan . dalil ; ja’far bin Muhammad meriwayatkan dari ayahnya bahawa saidina ali bin abi talib sentiasa mencari lailatul qodr pada malam 19 ramadhan .

5-pendapat yang kuat ialah yang mengatakan lailatul qodr berlaku pada 10malam terakhir , khususnya pada malam-malam yang ganjil . kerana sabda nabi s.a.w : carilah lailatul qodr itu pada 10 malam terakhir .

KESIMPULAN

Walaupun ulama’ berbeza pendapat dalam masalah ini dan yang kuatnya pendapat yang mengatakan ianya di 10 malam terakhir , janganlah pula kita abaikan ramadhan . yang menjadi tugas dan tanggungjawab kita ialah mengabdikan diri kepada allah s.w.t sepanjang ramadhan ini . janganlah kita terkejar-kejar hanya di 10malam terakhir sahaja kerana boleh jadi lailatul qodr itu silih berganti harinya , boleh jadi pada awal ramadhan , boleh jadi pertengahannya dan boleh jadi pada 10 malam terakhir .

AYUH CARI LAILATUL QODR

Malam ini genaplah malam ke-20 kita berpuasa , maka ramadhan hanya berbaki 10 malam sahaja lagi . mahukah kita melepaskan ramadhan tanpa merangkul anugerah julung-julung kali ini sahaja?rugilah kita sebagai hamba yang penuh dosa dan noda ini andai tidak merebut lailatul qodr . ya , kita masuk syurga dengan rahmat allah tapi macam mana allah nak bagi rahmat andai kita malas untuk mencarinya!!!
Mana lagi kita nak cari malam yang penuh dengan kemulian ini , padanya diturunkan al-quran, padanya para malaikat turun kebumi , padanya dijanjikan kebaikan seribu bulan , padanya terdapat kesejahteraan , dan semua ada padanya .
“ya allah kurniakan kami lailatul qodr , jadikan kami hamba-hambamu yang mulia dengan sebabnya” .
Wallahua’lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB