KALIMAH ALLAH DIGUNA BUKAN KERANA KEPERCAYAAN BAHKAN KETERPAKSAAN

|

assalamualikum...

kini negara kita bingit dan kelam-kabut dilanda isu penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan bukan islam .ramai hamba-hamba allah yang memberi komentar . ada yang bersetuju dan ada yang tidak .yang bersetuju ada hujjah begitu juga yang tidak .

bagi saya kalimah ALLAH ini hanya milik kita ummat islam .tidak layak sama sekali lidah-lidah orang bernajis kufur untuk membasahkan lidah mereka dengan kalimah ALLAH ini .kerana maksud ALLAH ialah nama bagi zat yang wajib ada , yang tidak berhajat kepada sesuatu selainNYA dan berhajat semua perkara kepadaNYA ,yang bersifat dengan segala kesempurnaan dan suci ia dari segala kekurangan .

sayugia kita fahami bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan kuffar sebenarnya bukanlah akibat kepercayaan mereka tetapi kerana keterpaksaan dengan kata lain kerana kehabisan modal untuk menjawab soalan bertubi-tubi yang datang dari pihak islam .

kalau kita melihat kepada ayat-ayat quran jelas sekali jawapan mereka ini terbit selepas islam membawakan hujjah allah yang mencipta langit dan bumi , allah lah yang menghidup dan mematikan makhluk ini .oleh kerana kuffar tidak menemui jawapan yang boleh diterima golongan islam maka terpaksalah mereka mengatakan ALLAH adalah pencipta alam semesta ini .

pun begitu jawapan mereka ini bukanlah menunjukkan keimanan mereka kepada allah tapi semata-mata jawapan kosong yang lahir tanpa keimanan sedikit pun .As-sayyed Muhammad 'alawi al-maliki al-hasani didalam kitabnya "HUWA ALLAH" menegaskan sekiranya mereka benar-benar mengucapkan kalimah ALLAH dengan keimanan terhadap allah pasti mereka akan beriman , menyembah semata-mata kepada allah .tetapi dalam masa mereka TERPAKSA menutur kalimah ALLAH mereka tetap mempersenda-sendakan ALLAH . ini jelas menunjukkan mereka bukanlah menutur kalimah ALLAH dengan kepercayaan dan tulus ikhlas .ini juga menunjukkan sebenarnya tiada konsep dan tidak betul kiranya kita mengatakan golongan kuffar ber" TAUHID RUBUBIYYAH" iaitu beriman dengan bahawa ALLAH adalah pencipta .sekali lagi saya ulang tidak betul kita mengatakan mereka berTAUHID RUBUBIYYAH kerana mereka bukan menjawab ALLAH dengan rela hati tetapi terpaksa .

saya merujuk "TAFSIR AL-QURTUBI" dan "TAFSIR AL-FUTUHAT AL-ILAHIYYAH" didalam mentafsirkan ayat 25 surah luqman , dan melihat bahawa penggunaan kalimah allah ini menunjukkan kepada kita bahawa golongan kuffar sebenarnya kalah hujjah dengan islam dan mereka menuturkan ALLAH bukan kerana keimanan .kerana itu selepas jawapan kuffar ليقولن الله itu kita mendapati allah menyebut قل الحمد لله memerintahkan kepada nabi muhammad dan ummat islam agar memuji allah kerana kebenaran adalah dipihak islam .

saya memohon kemaafan kerana menulis dalam kekalutan persiapan imtihan .doakan kami agar sentiasa mendapat taufiq dan inayah allah .wallahua'lam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB