HARI 'ASYURA'

|

bismillahir rahmanir rahim...
alhamdulillah selaut kesyukuran saya panjatkan , selawat dan salam keatas junjungan besar nabi muhammad s.a.w , sahabat-sahabat serta ahli keluarganya . sesungguhnya diciptakan jin dan manusia agar mereka menjadi hamba kepadaNYA .amma ba'du...

hari 'asyura merupakan salah satu hari yang agung didalam kalendar hijriyyah , pada harinya terdapat fadhilat-fadhilat yang istimewa dan juga terdapat beberapa iktibar yang dapat kita renung-renungkan bersama .

APA ITU HARI 'ASYURA

1-ia merupakan hari kesepuluh bulan muharram .

2-ia merupakan hari dimana allah s.w.t melepaskan nabi musa alaihissalam dan pengikutnya dan ditenggelamkan firaun dan tenteranya didalam laut .
dari ibnu abbas radiyallahu anhu berkata : tatakala rasulullah s.a.w tiba di madinah ia mendapati kaum yahudi berpuasa pada hari 'asyura lalu ia bertanya kepada mereka , kamu berpuasa pada hari ini sempena apa? jawab mereka : ini adalah hari yang agung yang mana allah s.w.t telah melepaskan nabi musa dan pengikutnya serta menenggelamkan firaun dan tenteranya . lalu nabi musa telah berpuasa pada hari ini('asyura') kerana bersyukur pada allah dan kami berpuasa kerana menta'zim(mengagungkannya) . lalu rasulullah s.a.w menjawab : maka kami lebih layak dan utama untuk mengikut nabi musa berbanding kamu , lalu nabi berpuasa dan mengesyorkan supaya berpuasa pada hari tersebut .

3-ia juga merupakan hari diselamatkan bahtera nabi nuh alaihissalam . pada satu riwayat hadis diatas ada menambahkan : dan ini adalah hari berlabuhnya bahtera nabi nuh diatas bukit judi maka nabi nuh dan musa alaihimassalam berpuasa kerana bersyukur pada allah s.w.t .

JAHILIYYAH QURAISY DAN 'ASYURA'

jahiliyyah quraisy juga berpuasa pada hari 'asyura' . ini diceritakan oleh saidatina aisyah : hari 'asyura' merupakan hari orang-orang quraisy berpuasa pada zaman jahiliyyah dahulu .dan adalah nabi berpuasa pada hari itu . setibanya nabi dikota madinah ia juga berpuasa pada hari asyura' dan memerintahkan para sahabatnya agar berpuasa . namun apabila diturunkan ayat mengenai wajib puasa dibulan ramadhan lalu baginda meninggalkan puasa pada hari asyura' dan bersabda barang sesiapa yang ingin berpuasa silakan dan sesiapa yang tak mahu berpuasa silakan .

'ikrimah pernah ditanya apakah sebab jahiliyyah quraisy berpuasa pada hari tersebut , jawabnya : orang-orang quraisy pernah melakukan satu dosa dizaman jahiliyyah maka mereka rasa amat bersalah , lalu mereka bertanya bagaimana cara untuk bertaubat ? dijawabnya : agar berpuasa pada hari kesepuluh bulan muharram .

HUKUM PUASA HARI 'ASYURA

puasa pada hari kesepuluh muharram termasuk dalam puasa-puasa sunat . kerana tiada puasa yang wajib melainkan puasa dibulan ramdhan ataupun kerana sebab-sebab tertentu seperti nazar , kaffarah atau sebagainya .

1-dari ibni abbas radiyallahu anhu berkata :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه
maksudnya : bahawa rasulullah s.a.w berpuasa pada hari 'asyura dan memerintahkan dengan berpuasa pada hari tersebut .

2-dari abi qatadah berkata :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال يكفر السنة الماضية
maksudnya : bahawa rasulullah s.a.w ditanya mengenai puasa hari 'asyura , jawabnya : ia menghapuskan dosa setahun lepas .

SUNAT PUASA HARI TASUA'

disunatkan bagi mereka yang ingin berpuasa pada hari 'asyura agar berpuasa pada hari tasua' iaitu hari kesembilan muharram
.

1-dari ibni abbas katanya :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع
maksudnya : rasulullah s.a.w bersabda jika aku hidup lagi pada tahun hadapan pasti aku akan berpuasa pada hari kesembilan .

2-ibnu abbas berkata : puasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh dan janganlah kamu menyamai yahudi .

wallahua'lam....

pelajaran serta iktibar

|

alhamdulillah , selawat dan salam keatas junjungan kita nabi muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabatnya sekalian .semalam saya sempat membelek-belek kitab "al-sirah al-nabawiyyah durus wa ibar" . makanya saya tertarik dengan beberapa kalam nasihat yang dilontarkan oleh syeikh mustafa al-siba'ei kepada para pemuda pemudi yang bergelora jiwa mereka untuk menyampaikan dakwah islam serta mengislahkan masyarakat . antaranya :

1-seorang da'ei yang berketurunan mulia mampu merubah masyarakatnya , kerana sudah lumrah manusia ianya akan tertarik dan menerima apa sahaja yang disampai dan diseru oleh orang yang mulia .inilah juga yang berlaku keatas batang tubuh nabi s.a.w . raja hirqal pernah menyoal abu sufyan , bagaimanakah nasab keturunan baginda? jawab abu sufyan walaupun masih syirik ketika itu : nasabnya adalah semulia-mulia nasab dikalangan kami .dengan itu raja hirqal berkata : memang aku menyangka ianya dari keturunan mulia kerana allah tidak memilih seorang nabi melainkan dari kaum yang mulia dan keturunan yang mulia .

2-seorang da'ei mesti menjiwai kehidupan anak yatim , golongan fakir miskin dan sebagainya .dengan ini para da'ei akan sentiasa memikirkan masalah masyarakat dengan perasaan kasih dan sayang serta mampu membuahkan dakwah yang berkesan .

3-para da'ei tidak dapat tidak , mesti menjalani susah payah bermusafir , bergaul dengan masyarakat serta mengetahui selok belok kehidupan mereka .kata syeikh mustafa al-siba'ei : para pendakwah yang hanya mengenali manusia melalui kitab dan pembacaan tanpa bergaul dengan kehidupan mereka adalah pendakwah yang gagal dalam mengislahkan masyarakat . katanya lagi : sesiapa yang ingin mengislahkan orang-orang beragama wajib ia bergaul dengan mereka di masjid , majlis ilmu dan segala perhimpunan ilmu . sesiapa yang ingin mengislahkan pekerja dan petani wajib keatasnya membiasakan diri dengan golongan tersebut samada turun bersama mereka , makan bersama mereka ataupun mendengar luahan isi hati mereka .
sungguh benar satu kata-kata yang ma'thur : bercakaplah dengan manusia mengikut kemampuan akal mereka .

4-yang paling penting , para da'ei mesti menetapkan satu masa untuk ia bermunajat , bermuhasabah dengan sang penciptanya . dengannya para da'ei mampu membuang segala sifat-sifat yang tercela dari dirinya .

berkata ibrahim bin adham sejurus tahajjudnya : kami berada dalam satu kelazatan yang mana jikalau raja-raja mengetahuinya pasti mereka memerangi kami untuk mendapatkan kelazatan ini .

wallahua'lam...

perumpamaan orang munafiq

|

alhamdulillah selaut kesyukuran kepada allah s.w.t . selawat dan salam diatas junjungan nabi muhammad s.a.w .sesungguhnya allah s.w.t menurunkan al-quran bukanlah semata-mata untuk tatapan , bacaan ,ambil berkat dan sebagainya, namun disana ada tujuan yang tersangat besar daripada semua itu iaitu untuk mengeluarkan manusia daripada kehambaan sesama makhluk seterusnya menyerahkan jiwa raga mereka hanya kepada sang pencipta .

PERUMPAMAAN ORANG-ORANG MUNAFIQ

didalam al-quran allah s.w.t banyak menceritakan sifat-sifat orang mukminin , kuffar dan juga munafiq . sejumlah enam ribu enam ratus lebih itu terdapat ayat yang menyebut tentang perumpamaan orang-orang munafiq .antaranya :

1-seperti orang yang menyalakan api .

ini jelas disebut didalam surah al-baqarah ayat ke-17 yang bermaksud :
perumpamaan mereka(orang-orang munafiq) samalah seperti orang yang menyalakan api , tatakala api tersebut menerangi sekelilingnya allah s.w.t memadamkan cahaya mereka itu dan dibiarkan mereka dalam kegelapan tanpa dapat melihat apa-apa disekitarnya .

maksud disini ialah allah s.w.t. ingin menegaskan bahawa al-quran ataupun agama islam itu diibaratkan seperti obor bercahaya yang mampu menerangi dunia bahkan diakhirat nanti . dengan islam maka allah akan menghilangkan segala zulumat(kegelapan) samada gelap kekufuran , nifaq dan sebagainya . namun apabila orang-orang munafiq hanya mengambil islam tanpa disertai keluhuran hati lalu allah s.w.t memadamkan obor islam itu diakhirat kelak , tinggallah mereka dalam kegelapan , ketakutan serta di azab oleh allah 'azza wa jalla .

2-pekak , bisu dan buta .

firman allah surah al-baqarah ayat ke-18 yang bermaksud :
mereka adalah orang yang pekak , bisu dan buta dan mereka tidak mampu kembali kepada jalan yang benar .

walau disegi zahir mereka bukanlah orang yang cacat pancaindera , justeru menolak obor islam mereka dianggap pekak , bisu dan buta .pekak untuk menerima kebenaran islam , bisu daripada mengakui benarnya islam dan buta untuk melihat cahaya islam .

3-seperti orang ditimpa hujan .

firman allah didalam surah al-baqarah ayat ke-19yang bermaksud :
ataupun mereka ini umpama orang-orang yang ditimpa hujan yang turun dari langit , padanya ada kegelapan , guruh petir dan kilat lalu mereka memasukkan anak-anak jari mereka ke dalam telinga agar dapat menghindari dentuman petir itu kerana khuatir akan mati disebabkannya .

pada ayat ini allah s.w.t memberikan tamsilan bahawa al-quran merupakan hujan pembawa rahmat kepada manusia . didalam al-quran terdapat ayat yang menyebut tentang kekufuran ,ancaman bagi mereka yang kufur serta dalil bukti diatas kebenaran islam . ketiga-tiga perkara itulah maksud kepada kegelapan , guruh petir dan kilat didalam ayat diatas .apabila al-quran diturunkan para munafiqin akan berasa gementar dan takut untuk mendengarnya lalu mereka memekakkan telinga mereka , membisukan mulut mereka serta membutakan mata mereka mengenai islam .ini semua berlaku kerana mereka tidak mampu untuk melawan kebenaran islam .

KEBENARAN ISLAM TIDAK DAPAT DITANGKIS

sebenarnya hakikat kebenaran islam ini akan di akui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akal yang waras .begitulah juga para munafiqin , mereka tertarik dengan islam namun dek kerana ada ajaran-ajaran yang tidak selari dengan jiwa raga seperti berjihad , menunaikan zakat dan sebagainya mereka meninggalkan islam dan menerimanya kembali ketika bersesuaian dengan kehendak naluri mereka .

wallahua'lam...

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB