kekeliruan dan jawapannya

|

alhamdulillah , kali ini insyaallah saya akan membawa jawapan kepada kekeliruan mengenai solat witir . kekeliruan ini berlaku kepada sesetengah sahabat saya . apakah kekeliruan itu?

soalannya :boleh ke , sah ke kita solat witir 3 rakaat buat satu salam dengan satu tasyahhud(tahiyyat)?

JAWAPAN :

ya , witir ialah salah satu antara solat sunat yang muakkad(sangat digalakkan) . tetapi ia tidaklah termasuk dalam kategori solat-solat sunat yang digalakkan berjamaah . mengenai bilangan rakaatnya pula , sekurang-kurang sunat witir ialah satu rakaat ,berdasar hadis :

الوتر ركعة من اخر الليل

maksud : witir ialah satu rakaat dari akhir malam .

namun serendah-rendah afdalnya ialah tiga rakaat dan afdal itu akan bertambah mengikut pertambahan bilangan rakaatnya . manakala rakaat witir yang paling banyak ialah sebelas rakaat , makanya tidak boleh dan tidak sah hukumnya seandainya kita memandai-mandai untuk menambahkan bilangan rakaat melebihi sebelas . ini bersandarkan hadis aishah radiyallahu'anha:

ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة

maksud : rasulullah s.a.w tidak pernah menambahkan bilangan rakaat solat sunatnya samada dibulan ramadhan dan lainnya melebihi sebelas rakaat .

KAIFIAT

untuk menunaikan solat witir ini kita dibolehkan untuk mengasingkan 3 rakaat dengan 2 salam ataupun menyambung terus dengan 1 salam . justeru itu saya akan membawa pandangan ulama' mengenai perihal diatas :

1-mengasingkan antara 3 rakaat itu dengan 2 salam . ini yang paling afdal mengikut imam an-nawawi.
2-menyambung 3 rakaat dengan 1 salam . dalam keadaan ini kita diberikan dua pilihan :

1-menyambung 3 rakaat dengan satu tasyahhud .
2-menyambung 3 rakaat dengan dua tasyahhud pada 2 rakaat akhir .

soalannya : mana yang lebih afdal antara dua pilihan tersebut ?

JAWAPAN :

menurut imam al-rofei , al-asoh ialah menyambung 3 rakaat tersebut dengan satu tasyahhud lebih afdal dari menyambungnya dengan dua tasyahhud untuk membezakan antara solat witir dan solat maghrib kerana terdapat hadis yang melarang menyamakan solat witir dengan solat maghrib . hadisnya berbunyi :

لا توتروا بثلاث ولا تشبهوا الوتر بصلاة المغرب

KESIMPULAN :

setelah melihat kepada pandangan diatas jelaslah bahawa solat witir 3 rakaat dengan 1 tasyahhud dibolehkan , sah bahkan ianya lebih afdal mengikut pandangan imam al-rofei dan juga sebagaimana yang diputuskan oleh imam al-nawawi didalam tahqiq nya . wallahua'lam .

RUJUKAN :

1- mughni al-muhtaj fi makrifat ma'ani alfazil minhaj; syeikh syamsuddin muhammad bin muhammad al-khatib al-syirbini , maktabah darul hadis al-kaherah .

2-al-iqna' fi halli alfaz abi syuja' ; syeikh al-khatib al-syirbini .



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB