Cara merayakan Eidul fitri

|

Assalamualaikum kepada pembaca yang setia sekalian .Tidak berapa hari lagi umat islam akan menyambut lebaran eidul fitri . masing-masing pasti sedang bersibuk-sibuk dengan persiapan untuk hari raya dengan ketupat rendangnya , kueh muehnya tak kurang juga dengan menghias rumah dan bermacam-macam lagi , hakikatnya hanyalah satu iaitu mereka ingin melahirkan kegembiraan di hari raya itu .

Sungguhpun begitu islam tetap menggariskan bahawa sambutan perayaan ini hendaklah tidak melanggar larangan dan tegahan allah s.w.t .perayaan serta sambutannya ini bukannya rekaan manusia yang boleh kita buat sesuka hati tetapi perayaan serta sambutan eidul fitri ini adalah tuntutan dan ajaran agama maka ianya mesti mengikut garis panduan agama walaupun ianya disyariatkan untuk kita bergembira serta bersuka-ria.

Oleh itu islam telah menetapkan beberapa hukum yang berkait dengan perayaan dan cara kita menyambutnya .

Hukum-hukum berkait dengan hari raya :

1-membayar zakat fitrah .
2-haram berpuasa di hari raya(fitri dan adha) .
3-disyariat agar keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat hari raya .
4-khutbah selepas bersolat hari raya .
5-bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua .
6-sunat membaca surah qof pada rakaat pertama dan surah iqtarobatis sa’ah pada rakaat yang kedua .
7-tiada solat sunat sebelum dan selepas solat raya.

Adab-adab menyambut hari raya :

1-menghidupkan malamnya dengan amal ibadat .
2-mandi sebelum keluar bersolat .
3-makan beberapa biji tamar sebelum keluar bersolat pada raya eidul fitri .adapun eidul adha sunatnya tidak makan apa-apa sebelum solat .
4-bertakbir raya dengan suara yang kuat .
5-ucap tahniah kepada saudara mara dan kaum muslimin .
6-memakai pakaian yang cantik . namun bagi perempuan tidak dibenarkan berhias dan memakai pakaian yang boleh mendatangkan fitnah seperti yang menjolok mata dan sebagainya .
7-ziarah kaum kerabat , sanak saudara dan kaum muslimin .
8-bermaaf-maafan .

Justeru itu demi menghayati syariat islam sebaik-baiknya , hendaklah kita melaksanakan apa yang dianjurkan oleh islam .janganlah kita menyambut perayaan ini dengan nafsu syahwat kita berpesta , berkaraoke dan macam-macam lagi acara yang tidak selari dengan islam . sedarlah eidul fitri ini sambutan untuk menyatakan kita bertaqwa kepada allah s.w.t , maka sambutlah dengan cara orang-orang bertaqwa . jangan kita leburkan amalan kebajikan selama sebulan dengan beraya sehari dalam maksiat kepada allah s.w.t .

Firman allah :

ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدىكم ولعلكم تشكرون

Maksud : dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan hari-hari puasa dan hendaklah kamu membesarkan allah(ucap takbir) diatas hidayahnya dan mudah-mudahan kamu bersyukur .
Wallahua’lam .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB