alhamdulillah selaut kesyukuran kepada allah s.w.t . selawat dan salam diatas junjungan nabi muhammad s.a.w .sesungguhnya allah s.w.t menurunkan al-quran bukanlah semata-mata untuk tatapan , bacaan ,ambil berkat dan sebagainya, namun disana ada tujuan yang tersangat besar daripada semua itu iaitu untuk mengeluarkan manusia daripada kehambaan sesama makhluk seterusnya menyerahkan jiwa raga mereka hanya kepada sang pencipta .
PERUMPAMAAN ORANG-ORANG MUNAFIQ
didalam al-quran allah s.w.t banyak menceritakan sifat-sifat orang mukminin , kuffar dan juga munafiq . sejumlah enam ribu enam ratus lebih itu terdapat ayat yang menyebut tentang perumpamaan orang-orang munafiq .antaranya :
1-seperti orang yang menyalakan api .
ini jelas disebut didalam surah al-baqarah ayat ke-17 yang bermaksud :
perumpamaan mereka(orang-orang munafiq) samalah seperti orang yang menyalakan api , tatakala api tersebut menerangi sekelilingnya allah s.w.t memadamkan cahaya mereka itu dan dibiarkan mereka dalam kegelapan tanpa dapat melihat apa-apa disekitarnya .
maksud disini ialah allah s.w.t. ingin menegaskan bahawa al-quran ataupun agama islam itu diibaratkan seperti obor bercahaya yang mampu menerangi dunia bahkan diakhirat nanti . dengan islam maka allah akan menghilangkan segala zulumat(kegelapan) samada gelap kekufuran , nifaq dan sebagainya . namun apabila orang-orang munafiq hanya mengambil islam tanpa disertai keluhuran hati lalu allah s.w.t memadamkan obor islam itu diakhirat kelak , tinggallah mereka dalam kegelapan , ketakutan serta di azab oleh allah 'azza wa jalla .
2-pekak , bisu dan buta .
firman allah surah al-baqarah ayat ke-18 yang bermaksud :
mereka adalah orang yang pekak , bisu dan buta dan mereka tidak mampu kembali kepada jalan yang benar .
walau disegi zahir mereka bukanlah orang yang cacat pancaindera , justeru menolak obor islam mereka dianggap pekak , bisu dan buta .pekak untuk menerima kebenaran islam , bisu daripada mengakui benarnya islam dan buta untuk melihat cahaya islam .
3-seperti orang ditimpa hujan .
firman allah didalam surah al-baqarah ayat ke-19yang bermaksud :
ataupun mereka ini umpama orang-orang yang ditimpa hujan yang turun dari langit , padanya ada kegelapan , guruh petir dan kilat lalu mereka memasukkan anak-anak jari mereka ke dalam telinga agar dapat menghindari dentuman petir itu kerana khuatir akan mati disebabkannya .
pada ayat ini allah s.w.t memberikan tamsilan bahawa al-quran merupakan hujan pembawa rahmat kepada manusia . didalam al-quran terdapat ayat yang menyebut tentang kekufuran ,ancaman bagi mereka yang kufur serta dalil bukti diatas kebenaran islam . ketiga-tiga perkara itulah maksud kepada kegelapan , guruh petir dan kilat didalam ayat diatas .apabila al-quran diturunkan para munafiqin akan berasa gementar dan takut untuk mendengarnya lalu mereka memekakkan telinga mereka , membisukan mulut mereka serta membutakan mata mereka mengenai islam .ini semua berlaku kerana mereka tidak mampu untuk melawan kebenaran islam .
KEBENARAN ISLAM TIDAK DAPAT DITANGKIS
sebenarnya hakikat kebenaran islam ini akan di akui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akal yang waras .begitulah juga para munafiqin , mereka tertarik dengan islam namun dek kerana ada ajaran-ajaran yang tidak selari dengan jiwa raga seperti berjihad , menunaikan zakat dan sebagainya mereka meninggalkan islam dan menerimanya kembali ketika bersesuaian dengan kehendak naluri mereka .
wallahua'lam...
perumpamaan orang munafiq
| author: mohd hafizuddin hasanPosts Relacionados:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan