kemulian hanya dengan ilmu,sedarlah!!!

|

syukur yang tak terhingga kepada allah s.w.t diatas segala kurniannya , selawat dan salam diatas junjungan nabi muhammad s.a.w .setelah sekian lama universiti al-azhar bercuti ,sekarang ianya kembali kelam-kabut geger-gegok dengan mahasisiwa yang datang untuk mencari ilmu .

alhamdulillah , hari ini baru saya berkesempatan masuk kuliah walaupun ia telah bermula lebih kurang 2 minggu lalu . minggu pertama hanya kita sahaja yang menunggu , pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan arab masih tak datang ,minggu kedua ada program kutub sittah dan hal-hal yang perlu diselesaikan . syukur yang tak terkira rasanya bila dapat masuk muhadarah doktor...

ILMU DAN GURU...

sesungguhnya ilmu bukanlah suatu yang terlalu sukar dan bukan juga terlalu senang .namun kalau kita tersilap langkah ilmu itu takkan masuk ke lubuk hati kita .justeru itu saya menekankan bahawa wasilah yang paling penting dalam menuntut ilmu ialah berguru . untuk menjamin kesahihan ilmu mestilah kita berguru seperti kata hukamak "sesiapa yang belajar tanpa guru maka syaitanlah gurunya".

dalam fatrah pengajian kita di al-azhar ini guru kita ialah para pensyarah dan juga doktor-doktor . maka sudah tentu bila mereka adalah guru kita , sewajarnya penghormatan mesti kita tunjukkan kepada mereka .caranya ialah dengan kita menghadirkan diri ke kuliah dan mendengar muhadarah yang disampaikan mereka .ingatlah ilmu takkan datang kepada orang-orang yang tidak menghormatinya dan ahli-ahlinya . syair arab ada menegaskkan "ilmu sangat bermusuh dengan pemuda yang angkuh , seperti air banjir bermusuh dengan tempat yang tinggi".

JANGAN ANGKUH!!!

namun saya pernah terdengar suara-suara sumbang yang berbunyi "ahh tak masuk kuliah pun tak per , baca sendiri jer kitab kuliah tu bukan susah sangat , janji najah imtihan" .sekali dengar suara begini sedap juga tetapi persoalannya beginikah cara menuntut ilmu?.janganlah kalian tertipu dengan bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan kata-kata sedemikian .

satu lagi suara sumbang yang pernah saya dengar ialah" kitab-kitab doktor ni tak payah belajar tak pe , asal kita bertalaqqi kitab-kitab turath". ya , tidak dinafikan kitab turath adalah sumber asli kepada ilmu islam namun kita perlu sedar ilmu turath ini mesti digabungkan dengan ilmu-ilmu moden . saya masih teringat kata-kata guru saya "antum kena sambung ke mesir , gabungkan ilmu pondok dan ilmu disana , tengok tuan guru nik abdul aziz dia hebat kerana mampu mengabungkan kedua-dua ilmu tersebut".itulah kata-kata yang penuh tawaduk yang lahir dari guru saya walaupun beliau mampu menguasai kitab-kitab turath namun beliau mengakui kurangnya beliau dalam ilmu-ilmu muasorah .

KITA???

sekarang saya ingin menyedarkan sahabat semua , usirkanlah bisik-bisikan syaitan itu .sudah-sudahlah berpada dengan bacaan kalian . yang hairannya orang yang lebih alim daripada kita pun pergi kuliah kenapa pula kita yang serba kekurangan ini boleh senang hati meninggalkan kuliah dan muhadarah .

ulama' bukan semestinya yang berjubah , berserban dan yang berkopiah merah . sedarlah para pensyarah dan doktor di kuliah juga ulama' .janganlah kalian menyempitkan minda dengan menganggap ulama' dan masyaikh hanyalah yang berserban , berjubah dan berkopiah merah!!!

ayuhlah ke kuliah , buangkan segala khowatir-khowatir syaitoniyyah itu . ingatlah syaitan sentiasa membisik-bisik sesuatu yang disukai oleh nafsu kita .andai kalian suka tinggal kuliah dengan kata-kata seumpama diatas yakinlah kalian telah termakan bisikan syaitan....sudah pasti syaitan bergelak ketawa melihat kalian begitu...ingin saya meninggalkan sahabat-sahabat dengan kata-kata dibawah :

انما العلم بالتعلم


semarakkan ilmu

|

terasa kerdilnya diri ini bila berbicara mengenai ilmu . bukanlah saya orang yang selayaknya untuk berbicara soal ini nak kata ustaz pun tidak , nak kata ulama lagi-lagilah tak patut . namun walaupun tiada kelayakan izinkan saya sekadar menyahut seruan nabi s.a.w "sampaikan apa sahaja yang datang dariku walau sepotong ayat" dan juga "agama itu ialah nasihat".

sungguhpun kita percayai dan yakini bahawa untuk mencapai segala-galanya sudah tentu dengan ilmu dan sememangnya terdapat kata-kata yang menegaskan "sesiapa hendakkan dunia hendaklah berilmu , sesiapa hendakkan akhirat hendaklah berilmu dan sesiapa mahukan kedua-duanya hendaklah berilmu" namun benarkah kita sekarang sedang berada dalam situasi ilmu yang sebenar?kalau benar kita yakin untuk mencapai segala-galanya pasti dengan ilmu mengapa sahaja kita tidak bertungkus lumus mencar ilmu?bukankah keyakinan itu mesti dilahirkan pada tindak tanduk dan gerak geri?.keyakinan yang dibiarkan tanpa ada tindakan adalah keyakinan yang palsu!!!

saya menyeru para sahabat , sidang pembaca dan khusus kepada diri saya semarakkanlah diri kita dengan ilmu . tak rugi pun kita bersengkang mata untuk ilmu , tak kan menyesal kalau berhabis duit untuk ilmu ,percayalah... tak kan binasa kalau kita berilmu .sebagai mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa islam kita sewajarnya menyahut cabaran ilmu dengan menyerahkan seluruh jiwa raga untuk ilmu ,penuhkan aktiviti harian dengan program ilmiah, hidupkan suasana biah ilmu . mulakan segala-gala dari kita jangan diharapkan orang lain kerana "hanya kita yang mampu mengubah diri kita bukan orang lain".

dalam konteks kita bergelar azhari dan azhariah apakah tindakan yang paling wajar dilakukan?saya berpendapat berdasarkan kepada niat dan harapan kita semua sudah tentu untuk membawa sinar ilmu kepada masyarakat nanti , paling kurang kita menjadi ustaz/ustazah dan yang afdal kita menjadi ulama dan tuan guru , kita mesti mengkhatam dan menghadamkan beberapa buah kitab yang asas dan utama :

FEKAH :
1-MATAN SAFINATUL NAJA
2-MATAN GHAYAH WA TAQRIB
3-FATHUL QARIB AL-MUJIB/KIFAYATUL AKHYAR
4-FATHUL MUIN
5-AL-MAHALLI SYARAH MINHAJUL TOLIBIN

TAUHID :
1-MATAN UMMUL BARAHIN
2-KIFAYATUL AWAM/FARIDATUL FARAID/BAKURATUL AMANI
3-SYARAH JAUHARAH TAUHID

TASAUF :
1-BIDAYATUL HIDAYAH
2-MINHAJUL ABIDIN
3-SYARAH HIKAM IBNU ATOILLAH
5-IHYA' ULUMIDDIN/MUKTASARNYA

TAFSIR DAN HADIS
1-TAFSIR JALALAIN
2-MUKHTASAR TAFSIR IBNU KATHIR
3-HADIS ARBA'IN NAWAWI
4-HADIS BULUGHUL MARAM SERTA SYARAHNYA .
5-RIYADUS SOLIHIN

ILMU ALAT
1-MATAN AJURUMIAH
2-MUKHTASAR JIDDAN
3-MUTAMMIMAH SYARAH AJURUMIAH
4-MATAN AL-BINA' WAL ASAS
5-SYARAH MATAN 'IZI(KAILANI)
6-SYARAH QOTRUN NADA/SYUZUR ZAHAB/SYARAH IBNU AQIL
7-HUSNU AL-SIYAGHAH(BALAGHAH)/AL-BALAGHAH AL-WADIHAH

ini adalah senarai kitab-kitab yang wajib kita pelajari dan fahami sejilah-jilahnya . sedarilah ini adalah tahap SEKURANG-KURANGNYA, untuk menjadi ulama besar kalian mesti menambah lagi usul tafsir , ulum hadis ,sunan sittah serta syarahnya , ilmu usul fiqh , qawaid fiqh , mantiq , dan macam-macam lagi ilmu lain . jangan menganggap kalian ulama kalau kitab-kitab diatas tak mampu kalian kuasai , baca , belajar ataupun bermuzakarah .paling tidak , kalau tidak mampu juga biarlah kita khatam sebiji dua kitab dalam semua bidang diatas .

harapannya dengan tulisan ini ianya menjadi pembakar semangat kepada saya sendiri dan kepada sahabat-sahabat yang disayangi sekalian. ayuhla kita hidupkan budaya cintakan ilmu , semarakkan hidup kita dengan cintakan ilmu . hanya kita yang mampu merubah segala-galanya , segala-galanya ditangan kita . wallahua'lam .

jom kuliah!!!

|

assalamualaikum... rasanya lama sudah tidak mencatit sesuatu diruangan blog ini . kesibukan yang tidak diundang sering menjadi mani' .pun begitu alhamdulillah saya lafazkan setelah kesibukan itu berlalu dengan membawa manfaat-manfaat yang baharu dalam perjalanan hidup saya .

sedar atau tidak , cuti semester yang begitu panjang telahpun melabuhkan tirainya . 4 atau 5 bulan kuliah ditutup rasanya teramat rindu untuk menjejak kaki ke kuliah untuk tahun yang kedua , begitu bergelora rasanya .3.10.2009 merupakan tarikh rasmi kuliah al-azhar dibuka kembali , rasanya dah lebih cukup cuti yang dilalui , tidur pun rasanya dah melebihi limitnya , siang malam asyik tidur jer...

saya terpanggil untuk menyeru sahabat handai serta diri yang hina ini pakat-pakat ke kuliah . jangan kita membiarkan doktor-doktor dan para masyayikh yang menunggu kita . biarlah orang kata buat apa pergi orang tak ramai lagi???buat apa pergi kitab pun tak keluar lagi??? yang penting kita ke kuliah , yang utama kita yang menunggu doktor bukan doktor yang menanti kita , yang lebih utama kita menyambut para masyayihk jangan mereka pula yang menyambut kita .

ingatlah kata-kata hikmah : ilmu itu mesti didatangi dan ilmu itu takkan datang sendiri .maka kefahaman yang boleh diambil melalui kata-kata itu bahawa pelajar , murid atau mahasiswa mesti pergi ,mesti mencari dan menanti guru-guru jangan pula guru-guru datang mencari dan menunggu kita .

sebagai penuntut ilmu teristimewa pula penuntut ilmu agama , sama-samalah kita menjaga adab dengan guru kerana takkan tercapai ilmu sekira kita tak menjaga adab , tak menghormati guru .ilmu takkan datang andai kita tak mengagung dan tak menyanjungnya serta ahli-ahlinya . ingatlah ilmu tanpa keberkatan akan membinasakan kita.

satu perkara yang amat penting ialah kita mentajdid(perbaharui) niat . niatlah kita menuntut ilmu ini lillahi ta'ala . niat yang tulus akan menatijahkan hasil sangat berguna .tekadkanlah azam baru pada tahun ini , yang baik azamlah buat yang lebih baik , yang kurang baik lebih-lebih lagi kalian kena berazam supaya tahun ini adalah tahun yang terbaik buat kalian!!!
salam kuliah untuk semua terutama sahabat-sahabat didumyat...

salam lebaran...

|

assalamualaikumwarahmatullah . di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut lebaran kepada emak ayah , adik-adik , saudara mara , insan yang disayang dan menyayangi dan kepada seluruh sahabat handai yang dekat mahupun jauh . maaf zahir dan batin dipinta , halalkan segala salah silap diri ini . semoga raya tahun ini sangat bermakna buat kita semua . doakan diri ini sentiasa , jangan lupa ye!!!
salam perantauan...jauh dimata dekat dihati...

Cara merayakan Eidul fitri

|

Assalamualaikum kepada pembaca yang setia sekalian .Tidak berapa hari lagi umat islam akan menyambut lebaran eidul fitri . masing-masing pasti sedang bersibuk-sibuk dengan persiapan untuk hari raya dengan ketupat rendangnya , kueh muehnya tak kurang juga dengan menghias rumah dan bermacam-macam lagi , hakikatnya hanyalah satu iaitu mereka ingin melahirkan kegembiraan di hari raya itu .

Sungguhpun begitu islam tetap menggariskan bahawa sambutan perayaan ini hendaklah tidak melanggar larangan dan tegahan allah s.w.t .perayaan serta sambutannya ini bukannya rekaan manusia yang boleh kita buat sesuka hati tetapi perayaan serta sambutan eidul fitri ini adalah tuntutan dan ajaran agama maka ianya mesti mengikut garis panduan agama walaupun ianya disyariatkan untuk kita bergembira serta bersuka-ria.

Oleh itu islam telah menetapkan beberapa hukum yang berkait dengan perayaan dan cara kita menyambutnya .

Hukum-hukum berkait dengan hari raya :

1-membayar zakat fitrah .
2-haram berpuasa di hari raya(fitri dan adha) .
3-disyariat agar keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat hari raya .
4-khutbah selepas bersolat hari raya .
5-bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua .
6-sunat membaca surah qof pada rakaat pertama dan surah iqtarobatis sa’ah pada rakaat yang kedua .
7-tiada solat sunat sebelum dan selepas solat raya.

Adab-adab menyambut hari raya :

1-menghidupkan malamnya dengan amal ibadat .
2-mandi sebelum keluar bersolat .
3-makan beberapa biji tamar sebelum keluar bersolat pada raya eidul fitri .adapun eidul adha sunatnya tidak makan apa-apa sebelum solat .
4-bertakbir raya dengan suara yang kuat .
5-ucap tahniah kepada saudara mara dan kaum muslimin .
6-memakai pakaian yang cantik . namun bagi perempuan tidak dibenarkan berhias dan memakai pakaian yang boleh mendatangkan fitnah seperti yang menjolok mata dan sebagainya .
7-ziarah kaum kerabat , sanak saudara dan kaum muslimin .
8-bermaaf-maafan .

Justeru itu demi menghayati syariat islam sebaik-baiknya , hendaklah kita melaksanakan apa yang dianjurkan oleh islam .janganlah kita menyambut perayaan ini dengan nafsu syahwat kita berpesta , berkaraoke dan macam-macam lagi acara yang tidak selari dengan islam . sedarlah eidul fitri ini sambutan untuk menyatakan kita bertaqwa kepada allah s.w.t , maka sambutlah dengan cara orang-orang bertaqwa . jangan kita leburkan amalan kebajikan selama sebulan dengan beraya sehari dalam maksiat kepada allah s.w.t .

Firman allah :

ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدىكم ولعلكم تشكرون

Maksud : dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan hari-hari puasa dan hendaklah kamu membesarkan allah(ucap takbir) diatas hidayahnya dan mudah-mudahan kamu bersyukur .
Wallahua’lam .

pecutan terakhir "lailatul qodr"

|

alhamdulillah segala puji bagi allah diatas segala pemberian dan anugerahnya yang tak terhingga .sahabat... pejam celim pejam celik rupa-rupanya ramadhan sudahpun nak memasuki fasa , gerbang yang ketiga . 20hari yang lalu bolehlah kita ibaratkan sebagai "pemanas badan" untuk kita berjuang habis-habisan demi merangkul mahkota "lailatul qodr" . siapa yang tak teringin nak merangkul lailatul qodr?sejahil dan sejahat mana pun manusia andai mereka ketahui fadhilat lailatul qodr sudah pasti mereka akan berlumba-lumba merebut mahkota tersebut .kerana tiada manusia yang tak mahu masuk syurga . tanyakan kepada siapa sahaja "kamu nak masuk syurga?" dengan semangat pasti mereka menjawab "ya" kami mahu ke syurga .

lailatul qodr merupakan anugerah allah s.w.t terhadap umat nabi muhammad s.a.w . dikeranakan umur umat ini tidak menjangkau ratusan tahun inikan lagi beribu-ribu tahun lalu allah itu amat pemurah lagi adil , umur yang singkat tetapi ganjaran amalannya setanding dengan hidup ribuan tahun lamanya .itulah hebatnya lailatul qodr , amat beruntung sesiapa yang memperolehinya .

firman allah s.w.t :
إنا أنزلناه في ليلة القدر

para ulama' berbeza pendapat , apakah makna sebenar lailatul qodr pada ayat ini . pendapat ini boleh dikatakan terbahagi kepada tiga ;

1-lailatul taqdir wal hukum . iaitu malam yang allah s.w.t tetapkan padanya segala urusan , susur galur kehidupan didunia ini .
mujahid bin jubair berkata : lailatul qodr itu ialah malam hukum(ketetapan) .

2-lailatul syarof wal 'adhomah . iaitu malam yang penuh dengan kemulian dan keagungan kerana orang-orang yang melalui malam ini pasti menjadi orang-orang yang mulia .

3-lailatul doyyiq . iaitu malam yang sempit , kerana dimalam ini para malaikat dan ruh(jibril) akan memenuhi pelusuk dunia ini untuk melihat siapakah hamba-hamba allah yang berjaya menemui lailatul qodr ini .

soalnya sahabat...kenapakah lailatul qodr begitu istimewa?kenapa malam-malam lain tidak setaraf dengannya?tidak kah semua hari ini milik dan kepunyaan allah tuhan sekalian alam ini?
jawabnya , sudah pasti malam itu mempunyai sebab musabbab yang tersendiri yang menjadikan ia malam yang sangat teristimewa . itulah dia penurunan al-quran al-karim .
firman allah :
إنا أنزلناه في ليلة مباركة

sangat agung sekali al-quran , kerananya lailatul qodr mendapat keistimewaan seribu bulan , kerananya manusia akan mulia dimalam al-qodr , amalan mereka ibarat amalan seribu bulan , masyaallah tabarokallah...

bila lailatul qodr?macam mana nak tahu lailatul qodr?soalan ini sudah pasti menjelma dalam benak minda dan fikiran kita .menjadi kelaziman kita , bila sesuatu itu bernilai , mulia pasti kita akan bertanya soalnya , bagaimana dia , bila dia dan apa-apa sahaja mengenai dia dia dia dan dia .

PETANDA LAILATUL QODR

para ulama' dengan keilmuan mereka yang tidak dipertikaikan lagi telah meletakkan beberapa petanda lailatul qodr beralaskan dalil-dalil dan tajribah serta khibroh mereka . antaranya ;

1-matahari pada hari itu terbit tanpa sinaran .

2-malamnya tenang dan terang .

3 malamnya sederhana tidak panas dan tidak sejuk.

BILAKAH LAILATUL QODR

Pada permasalahan ini terdapat pendapat yang begitu banyak , Cuma saya menyebutkan beberapa sahaja ;

1-sepanjang ramadhan .dalil : daripada ibnu umar katanya : rasulullah s.a.w ditanya mengenai lailatul qodr sedang aku mendengarnya , lalu rasulullah s.a.w menjawab : ianya berada sepanjang ramadhan .hadis ini dikeluarkan oleh abu daud.

2-pada malam pertama ramadhan . dalil ; dari anas bin malik katanya : lailatul qodr itu berlaku pada malam pertama ramadhan .

3-pada 17 ramadhan . dalil ; dari ibnu mas’ud katanya : rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami tuntutlah akan lailatul qodr itu pada malam 17 ramadhan . al-hadis... ini ialah pendapat imam as-syafie .

4-pada malam 19 ramadhan . dalil ; ja’far bin Muhammad meriwayatkan dari ayahnya bahawa saidina ali bin abi talib sentiasa mencari lailatul qodr pada malam 19 ramadhan .

5-pendapat yang kuat ialah yang mengatakan lailatul qodr berlaku pada 10malam terakhir , khususnya pada malam-malam yang ganjil . kerana sabda nabi s.a.w : carilah lailatul qodr itu pada 10 malam terakhir .

KESIMPULAN

Walaupun ulama’ berbeza pendapat dalam masalah ini dan yang kuatnya pendapat yang mengatakan ianya di 10 malam terakhir , janganlah pula kita abaikan ramadhan . yang menjadi tugas dan tanggungjawab kita ialah mengabdikan diri kepada allah s.w.t sepanjang ramadhan ini . janganlah kita terkejar-kejar hanya di 10malam terakhir sahaja kerana boleh jadi lailatul qodr itu silih berganti harinya , boleh jadi pada awal ramadhan , boleh jadi pertengahannya dan boleh jadi pada 10 malam terakhir .

AYUH CARI LAILATUL QODR

Malam ini genaplah malam ke-20 kita berpuasa , maka ramadhan hanya berbaki 10 malam sahaja lagi . mahukah kita melepaskan ramadhan tanpa merangkul anugerah julung-julung kali ini sahaja?rugilah kita sebagai hamba yang penuh dosa dan noda ini andai tidak merebut lailatul qodr . ya , kita masuk syurga dengan rahmat allah tapi macam mana allah nak bagi rahmat andai kita malas untuk mencarinya!!!
Mana lagi kita nak cari malam yang penuh dengan kemulian ini , padanya diturunkan al-quran, padanya para malaikat turun kebumi , padanya dijanjikan kebaikan seribu bulan , padanya terdapat kesejahteraan , dan semua ada padanya .
“ya allah kurniakan kami lailatul qodr , jadikan kami hamba-hambamu yang mulia dengan sebabnya” .
Wallahua’lam.

kekeliruan dan jawapannya

|

alhamdulillah , kali ini insyaallah saya akan membawa jawapan kepada kekeliruan mengenai solat witir . kekeliruan ini berlaku kepada sesetengah sahabat saya . apakah kekeliruan itu?

soalannya :boleh ke , sah ke kita solat witir 3 rakaat buat satu salam dengan satu tasyahhud(tahiyyat)?

JAWAPAN :

ya , witir ialah salah satu antara solat sunat yang muakkad(sangat digalakkan) . tetapi ia tidaklah termasuk dalam kategori solat-solat sunat yang digalakkan berjamaah . mengenai bilangan rakaatnya pula , sekurang-kurang sunat witir ialah satu rakaat ,berdasar hadis :

الوتر ركعة من اخر الليل

maksud : witir ialah satu rakaat dari akhir malam .

namun serendah-rendah afdalnya ialah tiga rakaat dan afdal itu akan bertambah mengikut pertambahan bilangan rakaatnya . manakala rakaat witir yang paling banyak ialah sebelas rakaat , makanya tidak boleh dan tidak sah hukumnya seandainya kita memandai-mandai untuk menambahkan bilangan rakaat melebihi sebelas . ini bersandarkan hadis aishah radiyallahu'anha:

ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة

maksud : rasulullah s.a.w tidak pernah menambahkan bilangan rakaat solat sunatnya samada dibulan ramadhan dan lainnya melebihi sebelas rakaat .

KAIFIAT

untuk menunaikan solat witir ini kita dibolehkan untuk mengasingkan 3 rakaat dengan 2 salam ataupun menyambung terus dengan 1 salam . justeru itu saya akan membawa pandangan ulama' mengenai perihal diatas :

1-mengasingkan antara 3 rakaat itu dengan 2 salam . ini yang paling afdal mengikut imam an-nawawi.
2-menyambung 3 rakaat dengan 1 salam . dalam keadaan ini kita diberikan dua pilihan :

1-menyambung 3 rakaat dengan satu tasyahhud .
2-menyambung 3 rakaat dengan dua tasyahhud pada 2 rakaat akhir .

soalannya : mana yang lebih afdal antara dua pilihan tersebut ?

JAWAPAN :

menurut imam al-rofei , al-asoh ialah menyambung 3 rakaat tersebut dengan satu tasyahhud lebih afdal dari menyambungnya dengan dua tasyahhud untuk membezakan antara solat witir dan solat maghrib kerana terdapat hadis yang melarang menyamakan solat witir dengan solat maghrib . hadisnya berbunyi :

لا توتروا بثلاث ولا تشبهوا الوتر بصلاة المغرب

KESIMPULAN :

setelah melihat kepada pandangan diatas jelaslah bahawa solat witir 3 rakaat dengan 1 tasyahhud dibolehkan , sah bahkan ianya lebih afdal mengikut pandangan imam al-rofei dan juga sebagaimana yang diputuskan oleh imam al-nawawi didalam tahqiq nya . wallahua'lam .

RUJUKAN :

1- mughni al-muhtaj fi makrifat ma'ani alfazil minhaj; syeikh syamsuddin muhammad bin muhammad al-khatib al-syirbini , maktabah darul hadis al-kaherah .

2-al-iqna' fi halli alfaz abi syuja' ; syeikh al-khatib al-syirbini .



 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB