hikmah solat

|

semua kita meyakini bahawa setiap perkara yang diperintah oleh ALLAH dan setiap perkara yang dilarangNYA mesti ada hikmahnya yang tersendiri, walaupun kita tidak mengetahuinya . begitulah juga masalah solat , ramai yang tertanya-tanya apakah hikmahnya ALLAH fardukan solat 5 waktu dan rakaatnya berbeza-beza . kerana itu saya ingin membawa kata-kata ulama' yang mempunyai hikmah yang tinggi sehingga mereka mampu untuk menghuraikan persoalan mengapa solat difardu 5 waktu?mengapa rakaatnya berbeza-beza?.

MENGAPA 5 WAKTU?

disini ada beberapa pandangan hikmah ulama'-ulama' kita , cuma saya hanya mengambil yang terpilih sahaja :

1- difardukan solat sebanyak lima waktu kerana ALLAH ingin memuliakan nabi MUHAMMAD dan umatnya lalu ALLAH menghimpun semua solat nabi-nabi terdahulu kepada kita.

-solat subuh bagi nabi Adam .
-solat zohor bagi nabi Daud .
-solat asar bagi nabi Sulaiman .
-solat maghrib bagi nabi ya'kub .
-solat isya' bagi nabi yunus .

2- difardukan 5 waktu adalah untuk menyatakan kesyukuran kita kepada ALLAH terhadap 5 nikmatnya yang tidak mampu dikurniakan oleh orang selain ALLAH .

1-solat subuh : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menerbitkan matahari diwaktu fajar .
2-solat zohor : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menaikkan matahari sehingga tegak atas kepala kita .
3-solat asar : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menurunkan atau mencondongkan matahari pada waktu asar .
4-solat maghrib : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menenggelamkan matahari .
5-solat isya' : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menjadikan waktu malam .

MENGAPA RAKAAT BERBEZA-BEZA?

disini juga terdapat banyak pandangan serta kata-kata hikmah ulama' namun saya hanya mengambil yang berkenan dihati sahaja :

1-kita dikurniakan 5 pancaindera dan setiap pancaindera ini ada fungsinya sendiri .

1-sentuhan ada dua fungsi iaitu merasai sesuatu benda samada ia kasar atau lembut maka difardukan solat subuh sebanyak 2rakaat adalah untuk mensyukuri nikmat tersebut .
2-bau ada empat fungsi iaitu kita mampu menghidu sesuatu dari empat sudut yang berada dikiri kanan dan juga yang berada depan dan belakang kita maka difardukan solat zohor sebanyak 4rakaat .
3-mendengar ada empat fungsi juga iaitu kita mampu mendengar dari empat sudut depan belakang , kiri kanan , maka solat asar difardukan 4rakaat .
4-melihat ada tiga fungsi yakni kita hanya mampu melihat sesuatu yang berada didepan , kiri dan kanan kita maka solat maghrib difardukan sebanyak 3rakaat .
5-rasa ada empat fungsi yakni apabila kita merasai sesuatu maka rasa itu tidak lari dari empat rasa iaitu panas , sejuk , manis dan pahit(masin dll).

2-para malaikat mempunyai bermacam-macam jenis sayap ada dua , ada tiga dan ada empat . justeru solat yang 2rakaat itu adalah tanda kita bersyukur kepada malaikat yang bersayap dua kerana mereka sentiasa meminta ampun untuk kita . yang 3rakaat dan 4rakaat juga adalah untuk kita mensyukuri para malaikat yang bersayap tiga dan empat .

ini semua adalah pandangan para ulama' bukannya nas dari Al-quran maupun hadis . andaikata ada yang tak setuju itu adalah hak masing-masing kerana kita bebas untuk menerima atau menolak apa sahaja selain Al-quran , sunnah nabi dan ijmak ulama' . saya hanya membawa hikmah solat ini sekadar penambahan maklumat kepada kita semua . bagi yang mahu menambah ilmu secara terperinci bolehla merujuk kitab al-majalis al-saniyyah syarah kepada hadis empat puluh karangan syeikh ahmad bin syeikh hijazi. wallahua'lam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB