Saban kali kita mendengar kisah isra' ia pasti dikaitkan dengan peristiwa mikraj , ini disebabkan kedua-dua peristiwa itu berlaku pada malam yang sama . Yang penting bagi kita ialah mengetahui apakah perbezaan antara isra' dan mikraj . Isra' ialah perjalanan nabi dari mekah ke baitil maqdis di palestin manakala mikraj pula ialah naiknya nabi kealam tinggi bermula dari batu baitil maqdis sampailah ke sidratul muntaha .
Didalam mikraj ini nabi telah melihat banyak keajaipan alam tinggi ini antaranya ialah :
1- penjaga neraka
nabi melihat malaikat ini tidak senyum kepadanya seperti mana para malaikat yang lain . lalu nabi bertanya kepada jibril mengapakah malaikat ini tidak senyum kepadanya? jawab jibril sesungguhnya malaikat ini tidak pernah senyum semenjak dicipta oleh ALLAH , seandainya dia pernah tersenyum pasti dia akan senyum kepada engkau .
2- baitul makmur
baitul makmur berada dilangit yang ketujuh ia diibaratkan seperti kaabah bagi penduduk langit , setiap hari baitul makmur ini dimasuki tujuh puluh ribu malaikat untuk bersembahyang, manakala selesai sembahyang mereka akan keluar dan takkan kembali lagi ke baitil makmur .
3- sidratul muntaha
sidratul muntaha adalah sebatang pokok yang sangat besar , kecantikannya tidak mampu disifatkan oleh sesiapa pun dari makhluk ALLAH . ia sentiasa dikerumuni oleh kelkatu emas , tunjangnya berada dilangit keenam manakala nabi melihat sidratul muntaha ini dilangit ketujuh .
4- syurga
syurga berada diatas langit ketujuh secara berasingan ianya tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun , tidak pernah didengari dan tidak pernah terlintas dihati manusia macam manakah keindahannya .syurga adalah satu tempat yang disediakan ALLAH untuk hamba-hambanya yang bertaqwa sahaja .didalamnya penuh dengan nikmat-nikmat yang tidak terhingga , antaranya bidadari dan al-wildan . al-wildan ialah satu makhluk ciptaan ALLAH bukan dari golongan manusia , malaikat ataupun jin . tetapi ALLAH ciptakan mereka tanpa ibu bapa untuk berkhidmat kepada ahli syurga , mereka diibaratkan permata yang bertaburan . setiap ahli syurga akan mendapat sekurang-kurangnya sepuluh ribu orang al-wildan , setiap sebelah tangan al-wildan ada kertas daripada emas dan sebelah lagi ada kertas daripada perak .
5- arasy
nabi melihat arasy dan dialah makhluk ALLAH yang paling besar ,ia sentiasa dilingkungi para malaikat yang tidak terhitung banyaknya . arasy mempunyai tiang seperti singgahsana ,ia ditanggung oleh empat malaikat yang paling besar manakala dihari kiamat kelak jumlah mereka akan bertambah menjadi lapan .
6- suara qolam
setelah nabi berseorangan naik ke sidratul muntaha , nabi telah sampai disatu tempat yang didengari geseran suara qolam yang diguna para malaikat untuk menulis di luh mahfuz .
7- kalam ALLAH yang zati
sebagaimana yang kita semua iktikadkan bahawa kalam ALLAH tidak bersuara , tidak berhuruf maka begitulah yang berlaku keatas nabi kita . nabi telah mendengar kalam ALLAH yang zati tanpa suara dan huruf tidak juga mendengar dari telinga setelah ALLAH menghilangkan hijab darinya .
apa yang difahami oleh nabi dari kalam zati seperti berikut :
1- kefarduan sembahyang lima waktu
2- diampunkan dosa-dosa besar bagi sesiapa yang dikehendaki ALLAH
3- orang kafir tidak diampunkan dosa mereka sekira mereka terus kekal kufur sehingga mati.
4- amalan baik akan digandakan sepuluh kali ganda , sesiapa yang berniat ingin membuat kebaikan tapi tidak melakukannya diberi satu ganjaran pahala .sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan tidak akan ditulis dosanya sehinggalah mereka melakukannya .
8- zat ALLAH
dimalam mikraj ini nabi telah dikurniakan anugerah yang paling besar iaitu melihat zat ALLAH tanpa kaifiyat dan tanpa diliputi oleh mata .
9- jibril
malam mikraj juga nabi diberi peluang untuk melihat rupa sebenar jibril tanpa apa-apa halangan seperti mana dahulu yakni ketika nabi melihat jibril dengan bentuk asalnya dimekah tetapi malangnya nabi terus pengsan apabila melihatnya waktu itu . adapun pada malam mikraj ini nabi telah dikurniakan kekuatan sehingga mampu melihatnya .
inilah antara keajaipan yang dilihat oleh nabi kita dimalam mikrajnya , mudah-mudahan kita merasa bangga dengan anugerah yang dikurniakan kepada nabi kita ini . wallahua'lam .
MIKRAJ NABI
| author: mohd hafizuddin hasanPosts Relacionados:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan