JOM SOLAT

|

Bulan rejab semakin hampir menutup tirainya membawa bersamanya segala peristiwa yang menakjubkan umat manusia . Namun apakah kita mahu membiarkan ianya pergi begitu sahaja tanpa mengambil sedikit pun iktibar darinya??? kalau begitu , amat tidak wajar kita bergelar hamba ALLAH...kerna banyak sekali saranan-saranan yang diajukan ALLAH untuk kita berfikir dan mengambil iktibar tetapi kita abaikannya...

Sepatutnya sebagai muslim sayugia kita merenung , berfikir dan mengambil iktibar dari setiap peristiwa yang berlaku keatas batang tubuh nabi kita , lebih-lebih lagi peristiwa isra' mikraj ini . Isra' mikraj adalah satu peristiwa yang sangat mengoncang akidah umat islam waktu itu bahkan ada sesetengah mereka gugur akidahnya akibat peristiwa ini . Maka saya berpendapat peristiwa ini mengandungi beberapa isi penting antaranya ;

1- IMAN

Iman ataupun beriman sangat mudah untuk dituturkan oleh lidah sesiapa pun . Tetapi sebenarnya iman ini bukan sahaja menuntut kita melafazkan keimanan kepada ALLAH dan RASULNYA , bahkan menuntut kita untuk mempercayai dan meyakini apa sahaja perkara yang berlaku kepada batang tubuh nabi kita . Walaupun perkara itu tidak masuk akal sekalipun , kita wajib meyakininya kerana kita percaya ALLAH itu maha berkuasa mampu membuat apa sahaja yang DIA kehendaki...

2- SOLAT

Solat merupakan ibadat yang paling besar fadilatnya sehinggakan ia diibaratkan tiang agama sebagaimana maksud sabda nabi ; solat itu tiang agama sesiapa yang mendirikannya maka dia telah menegakkan agamanya , sesiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya .

Solat sebenarnya mudah dan tak membebankan kita tetapi kenapa sahaja ramai manusia meninggalkannya??? jawapannya anda tidak perlu fikir kerana telah dipaparkan oleh ALLAH ; sesungguhnya solat itu amat berat untuk dilakukan kecuali bagi mereka yang khusyuk pada ALLAH .Ya , itulah jawapan yang paling tepat!!! solat juga adalah satu-satunya ibadat untuk kita menunjukkan rasa bersyukur kepada ALLAH manakala kita meninggalkannya kita dianggap hamba yang tidak pandai mensyukuri nikmat ALLAH . Begitulah yang saya pernah dengari dari tuan guru hj mat baqi...

3- TENANG HATI

Manusia sememangnya memerlukan hati yang tenang , tenteram dan aman . Begitu juga nabi kita kerana dia juga manusia seperti kita , ada suka dan dukanya . Setelah nabi melalui peristiwa-peristiwa yang menyedihkan hatinya , ALLAH telah membawa nabi dimalam isra' mikraj ini kesegenap tempat yang mententeramkan hati baginda sehinggalah membawanya bertemu dengan ZAT yang maha esa dan ALLAH telah mengajar nabi cara menenangkan hati dengan disyariatkan solat 5 waktu.

Justeru itu solat merupakan satu-satunya senjata yang sangat ampuh untuk menenangkan hati manusia . Kalau anda nak tau betul atau tidak JOM PAKAT SOLAT!!!
Didalam solat kita diajar zikir-zikir yang boleh membuat hati kita sayu dan tenang sekira memahami maknanya .

Hati yang tenang sangat penting , kerana hati adalah raja kepada manusia bila baiknya raja baiklah rakyatnya , bila rosaknya raja maka rosaklah sekalian rakyatnya... ubatilah hati dengan SOLAT!!!

KESIMPULAN

Manusia terdiri dari dua unsur iaitu luaran dan dalaman . Maka dengan kebijaksanaan ALLAH , DIA mengajar kita cara untuk menjaga kedua-dua unsur ini supaya kita mampu menjadi khalifahnya dibumi ini iaitu iman dan amal...andai salah satunya tidak mampu dijaga maka kita tidak layak untuk mentadbir dunia ini...banyak kita lihat betapa ramainya manusia yang cerdik pada zahirnya tetapi mereka merosakkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri kerana mereka tidak menjaga dalaman mereka dengan IMAN , bila iman tiada apakah lagi cagaran kita untuk melihat dunia ini ditadbir dengan secara elok...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB