Pintu itu terbuka

|

Kehidupan manusia tidak beku,tidak kelu bahkan ianya sering berubah dan bersedia untuk berubah .Namun , dalam merentasi kehidupan ini manusia sering alpa dengan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di dunia bahkan lebih dahsyat bila manusia lupa asal-usul kejadian mereka , manusia adalah hamba .

Nafsu manusia begitu rakus dalam menentukan jalan yang dilalui manusia .yang penting nafsu takkan sekali-kali redha melihat manusia asyik taat kepada Allah . Maka tidak hairan kalau dilihat manusia seakan-akan hilang pertimbangan dalam menentu hala-tuju kembali kepada Allah sang pencipta .

Walaupun kita manusia berkali-kali goyah dengan pujukan manis nafsu , ingatlah jalan taubat itu tersangat luas untuk menerima kita .Sebesar mana pun dosa dan noda yang pernah manusia lakukan maka pengampunan Allah tiada batas untuk menerimanya kembali .Tiada istilah "tiada maaf untukmu" .Allah sangat teruja dengan manusia yang bertaubat dikala tersilap dan terjebak dalam dosa .sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang bertaubat .Selagi mana dosa itu tidak men"dua"kan Allah yang Esa .

Imam Ibnu Atoillah diawal-awal Hikamnya menekankan kepada kita , jangan sekali-kali bergantung dengan situasi keadaan kita , baik maupun buruk , itu menandakan kita lemah pegangan dan harapan dengan Allah . Ketika baik jangan kita syok dengan situasi itu kerana kebaikan bukan untuk dibangga-bangga tapi untuk disyukuri .Ketika buruk jangan merasa pintu taubat itu tertutup kerana mungkin keburukan dan dosa itu akan membawa manusia kedarjat yang lebih tinggi .taubat .

Aku berlindung denganMU Ya Allah dari godaan nafsu dan syaitan...

selawat syifa'

|

assalamualaikum...
Alhamdulillah diatas segala nikmat yang tidak terhitung bilangannya . selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W yang membebaskan manusia daripada awan kejahilan kepada sinar islam .Baru-baru ini ada seorang sahabat memohon penjelasan mengenai selawat syifa' adakah ianya syirik atau tidak?.Dengan rendah hati saya ingin berkongsi dengan saudara sekalian mengenai permasalahan ini .

اللهم صل على محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى اله وصحبه وسلم


HUKUM ADALAH SATU CABANG DARIPADA GAMBARAN SESUATU

Dalam keghairahan untuk mencari kebenaran dan mencegah kebatilan jangan pula kita terlalu gopoh menghukum sesuatu perkara sehingga mensyirikkan dan mengkafirkan seseorang atau sesuatu amalan tanpa kajian yang benar-benar teliti .Sesungguhnya hukum itu mestilah didasari kajian yang amat-amat halus dan berhati-hati .Besar kesalahannya menghukum tanpa asas yang kukuh .

Selawat syifa' adalah satu amalan yang sangat masyhur lebih-lebih lagi ditanah air kita . ianya seakan mendarah daging dalam tubuh alim-ulama serta masyarakat awam , lebih-lebih lagi sekira seseorang itu adalah perawat atau bahasa kampung dipanggil tok bomoh .Mengikut tajribah atau riyadah para pengamal selawat ini mereka mengatakan ianya amat mujarab dalam rawatan menyembuhkan penyakit atau amat berkesan menyejukkan kepanasan yang menimpa seseorang .

BENARKAH SELAWAT SYIFA' SYIRIK?

Sebelum melanjutkan perbincangan ini , sebaiknya kita fahami sebenar-benarnya makna syirik . Syirik adalah suatu perkara yang berlawanan dengan tauhid . Tauhid adalah kita menyembah , meminta dan berdoa hanya semata-mata kepada Allah S.W.T , manakala syirik adalah kita menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripadanya dalam ibadah , doa dan sebagainya .

Justeru apabila kita fahami makna syirik maka jelaslah kepada kita adakah orang yang beramal dengan selawat syifa' ini beriktikad atau memohon selain daripada Allah?jawabnya pasti tidak .Mana mungkin seorang muslim yang waras boleh memohon kepada selain Allah .Tanyalah kepada pengamal selawat ini adakah mereka beriktikad sedemikian rupa? saya yakin tidak seorang pun beriktikad begitu .

TAKWILLAH SESUATU DENGAN HALUS

Selawat syifa' dikatakan syirik kerana salah faham terhadap ayat "طب القلوب" yang dikatakan nabi adalah penyembuh hati-hati . Kalau kita merujuk kepada asal kalimah "طب" kita akan menjumpai maknanya ialah "علاج" dengan makna rawat bukan makna penyembuh .Maka difahami daripada makna ini bahawa selawat adalah satu cara untuk merawat hati . justeru , dimana salahnya jika makna ini digunakan?disudut manakah ianya membawa kepada syirik?.

Kita sering menggunakan ayat "panadol ini ubat yang elok untuk merawat demam" atau "akar kayu ini mujarab untuk penyakit ini".adakah kita akan syirik dengan berkata begitu sedangkan kita beriktikad hanya Allah adalah penyembuh?kalau syirik siapalah yang masih beriman kepada Allah agaknya?

Ada setengah ulama mentakwilkan ayat diatas dengan mengatakan disana terdapat maf'ul mutlak yang dihazaf , maka taqdirnya ialah "اللهم صل على محمد صلاة طب القلوب" . Jika disambung dari awal selawat ianya bermaksud "ya allah cucuri keatas nabi Muhammad selawat yang boleh merawatkan hati-hati dan menjadi ubatnya".ini bermakna selawat adalah satu cara untuk merawat hati-hati bukannya nabi yang menyembuhkan .

Namun bagi saya tidak salah kalau kita tidak mentakwilkan begitu . Apa salahnya kalau kita menganggap nabi juga adalah ubat atau perawat kepada hati-hati manusia?bukankah kedatangan nabi telah merawat hati manusia ketika itu dari segala penyakit jahiliyyah .Namun yang menyembuhkan penyakit itu hanyalah Allah S.W.T jua .Bukankah bahasa itu kaya dengan ayat majaz , kinayah dan sebagainya . Tidak salah kita mengatakan nabi adalah perawat dan penyembuh secara majaz namun yang hakiki adalah Allah jua .


JANGAN BIMBANG UNTUK MENGAMALKAN SELAWAT SYIFA'

Mungkin bila kita mendengar ada orang yang mengatakan selawat syifa' syirik dan satu kekufuran , terdetik dihati untuk meninggalkan amalan ini dan kita juga akan menyebarkan fatwa tersebut .Saya ingin melontar satu soalan , jahilkah ulama kita sehingga soal syirik pun tak mampu dibezakan?apakah mereka yang selama ini berjuang menghapuskan syirik , kurafat dan sebagainya sanggup melakukan perbuatan syirik juga?

Amallah , usah pedulikan mereka yang berkata begitu , najis yang sikit takkan menajiskan air yang banyak , perkataan segelintir manusia takkan menggugat pendapat kebanyakan ulama' .Itulah ibarat yang saya boleh nyatakan .

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan menjadi pencetus yang menyemarakkan lagi rasa cinta kita untuk memperbanyakkan selawat keatas nabi Muhammad S.A.W .wallahua'lam .

360 sedekah yang mesti dilangsai setiap hari

|


Assalamualaikum semua .Puji dan puja itu sememangnya layak hanya bagi Allah tuhan pencipta . Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad s.a.w , keluarganya , sahabatnya sekalian .Kehidupan diatas dunia ini bukanlah kehidupan semata-mata , namun ia menuntut kita membalas budi Allah s.w.t yang menghidupkan kita , memberi makan-minum kepada kita dan sebagainya .Bahkan Allah pernah merakamkan hikmah IA mencipta manusia adalah untuk melihat siapakah antara mereka yang terbaik amalannya .
Itu jika dipandang kepada konteks kita dengan Allah s.w.t . Namun sesungguhnya kita juga mempunyai hutang ataupun sedekah yang mesti ditunaikan setiap hari .Dan sedekah itu nilainya 360 .Dimanakah muncul bilangan sedekah ini?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :

في الإنسان ثلثمائة وستون مفصلا فعليه أن يتصدق عن كل كل مفصل في كل يوم بصدقة

maksudnya : pada setiap manusia itu ada tiga ratus enam puluh sendi , maka wajib keatas setiap manusia untuk bersedekah keatas setiap sendi itu dengan satu sedekah .

Lanjutan dari hadis ini , para sahabat bertanya kepada nabi s.a.w siapakah yang mampu menunaikan 360 sedekah ini?jawab nabi : ludahan yang kamu lihat didalam masjid dan kamu tanamkannya atau sesuatu yang kamu alihkan dari jalan manusia itu sudah memadai . namun jika tidak mampu melakukan perkara itu , dua rakaat dhuha memadai untuk kamu menunaikan sedekah keatas setiap sendi itu .

Wah...lihatlah bagaimana mudahnya ajaran islam .Islam tidak sekali-kali menganjurkan sesuatu diluar kemampuan manusia .Namun ganjarannya berlipat kali ganda .Dua rakaat dhuha menyamai 360 sedekah?subhanallahil 'azim...

Lantaran itu , marilah sama-sama kita memupuk hati sanubari kita untuk melaksanakan solat dhuha walaupun dengan 2 rakaat .Untuk mendapat ganjaran yang lebih , sayugia ditambah kepada 4 , 6 atau 8 rakaat . Itulah bilangan rakaat sunat dhuha , paling kurang 2 paling banyak 8 .
Disana terdapat beberapa faedah yang terdapat dalam solat sunat dhuha . Antaranya :

1-boleh mengawal diri dari godaan syaitan .
2-menghapuskan doda-dosa kecil .
3-berada dalam payungan Allah .
4-murah rezki .
5-melangsai 360 sedekah sendi manusia .

Para ulama' ada mengesyorkan doa solat sunat dhuha yang seeloknya dibaca oleh kita semua :

اللهم إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اللهم إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِي الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَاْمًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ وَبِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِك وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ وَعِصْمَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّا لِحِينَ

Itulah sedikit coretan yang dapat dikongsi bersama mudah-mudahan ia bermanfaat dan menjadi bekalan kita disana nanti insyaallah...wallahua'lam.

LAGAKNYA LAKSANA TUHAN

|


Dunia kini digemparkan lagi dengan serangan komando israel keatas rombongan konvoi gaza yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat palestin .sesungguhnya perbuatan ini diluar tindakan seorang manusia yang berperikemanusian .

Yahudi ataupun Bani Israel telahpun diketahui kedegilan dan kebabilan mereka . Sejak zaman para anbiya' hinggalah sekarang tabiat dan feel mereka tidak berubah . zalim !!!

Inilah punca bila manusia sudah lupa asal-usul mereka . Mereka sudahpun memakai sifat ALLAH . Sedangkan hanya ALLAH yang layak menyarung sifat " KIBRIYA' " pada zatnya yang esa .Namun natijahnya dapat kita lihat bila sifat " KIBRIYA' " ini disarungkan ketubuh badan manusia . zahirlah kekejaman yang luar biasa .Manusia yang berhati perut sudah tentu tidak akan tergamak menghalang konvoi bantuan kemanusian ke gaza ini .Apakah kamu sememangnya binatang?!!!

Kami umat islam punyai ALLAH untuk mengadu . Kami yakin dan percaya ALLAH tidak buta dari kezaliman kamu itu .Buatlah apa yang kamu mahu .Tapi ingat , ALLAH bukan tunggul kayu yang tidak berdaya melakukan apa-apa . DIA lah tuhan sekalian alam . DIA lah yang menaikkan sesiapa yang ia kehendaki dan DIA juga yang menjatuhkan sesiapa sahaja . Mulia dan hina seseorang adalah urusan ALLAH .

Kami juga meyakini bahawa ALLAH itu sangat hampir dengan kami . Pertolongannya pasti hadir jua .Apalah nak dihairankan dengan kuasa yang ada pada kamu jika dibandingkan dengan kuasa sang pencipta .Walau tidak bersenjatakan senjata api , kami mempunyai senjata yang amat bisa menghancurkan kezaliman kamu yang bisa menyembamkan kamu tersungkur kebumi yang hina ini .

YA ALLAH KAMI SERAHKAN MUSUH-MUSUH KAMI KEPADAMU ,KAMI BERLINDUNG DARI KEZALIMAN MEREKA . YA ALLAH HANCURKAN MEREKA , RANAPKAN IKATAN MEREKA , LEBURKANLAH PENJANJIAN MEREKA , GONCANGKAN TAPAK MEREKA , LEPASKANLAH TENTERA-TENTERA MU KEATAS MEREKA . WAHAI TUHAN YANG MAHA PERKASA , YANG MAHA ANGKUH ,YANG MAHA MEMBALAS DENDAM . YA ALLAH TUHAN YANG MENURUNKAN KITAB , YANG MENGERAKKAN AWAN,YANG MENGHANCURKAN PAKATAN AHZAB , ENGKAU HANCURKANLAH YAHUDI DAN SEKUTUNYA DAN BANTULAH KAMI .

misalan imtihan dengan hari bangkit dan balasan

|

1-walau kita tahu tarikh imtihan dah dekat tapi masih buat relaks...begitulah tahu kiamat dah dekat , kata nabi s.a.w tempohnya antara jari telunjuk dengan jari hantu je tapi kita abaikan.

2-dah tahu nak berjaya tak boleh main-main kena muroja'ah betul-betul...samalah dah tahu nak masuk syurga kena buat amal banyak-banyak tapi pergi buat maksiat jugak, malas-malas nak buat amal soleh.

3-pensyarah dah pesan nak lulus madah aku kena buat gitu-gini tapi tak endah...macam jugak Allah kata nak syurga kena islam dan ikhlas tapi tak ikut jugak.

4-nak jawab periksa kena ada isi kalau takda nak jawab apa...nak berat amalan soleh kena lah buat amal soleh.

5-nak mendapat pertolongan orang buatlah apa yang orang tu nak...nak dapat syafaat nabi ikutlah syariat nabi.

macam-macam lagi lah kalau nak tulis...

apa itu mantuq?

|

Dengan nama Allah yang amat pemurah dan amat mengasihani hamba-hambanya yang beriman . selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta sahabat dan ahli keluarganya .sudah lama rasanya tidak mencoret sesuatu diruang ini untuk santapan bersama ,mudah-mudahan kita akan diberkati Allah .

Kali ini saya hanya ingin berkongsi mengenai pengajian usul fiqh . sukatan tahun dua syariah dumyat adalah berkisar tentang tajuk mantuq dan mafhum . maka kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca , apa itu mantuq? ,mengenai mafhum insyaallah akan dijelaskan nanti . sebelum itu ada baiknya saya menerangkan tentang ilmu usul fiqh serba ringkas . ia adalah satu ilmu untuk kita mengkaji tentang lafaz-lafaz al-quran dan hadis nabawi supaya dapat dikeluarkan hukum-hakam syara' daripadanya .

Mantuq ialah satu ayat yang difahami maksudnya dengan dilihat semata-mata kepada lafaz-lafaznya .makanya ia terbahagi kepada empat jenis mengikut pada lafaz-lafaz yang diguna pakai didalam al-quran dan hadis nabawi .

1-Nas .
Nas ialah suatu lafaz yang mengandungi makna dan tidak boleh ditakwilkan . contoh , lafaz
bilangan 1 tidak dikatakan maknanya dua , faras(kuda) tidak dikatakan selainnya .

2-Zahir .
Zahir ialah suatu lafaz yang mengandungi dua makna tetapi makna salah satunya adalah lebih rajih (kuat) dan cepat ditangkap oleh akal .contoh lafaz solat ia mengandungi dua makna pertama disegi bahasa iaitu doa , kedua disegi syara' iaitu sembahyang .maka bila kita menjumpai lafaz solat , kita akan faham solat adalah sembahyang .

3-Muawwal .
Muawwal diambil daripada lafaz takwil .maknanya ialah gunakan lafaz zahir(yang disebut diatas) mengikut makna yang marjuh(lemah) disebabkan wujudnya dalil yang menjadikan makna marjuh tadi sebagai makna yang rajih(kuat) .contoh ayat al-sariqu wa al-sariqotu , maka ia mengandungi dua makna , pertama(yang kuat) mencuri kadar yang sedikit , kedua(yang lemah) mencuri kadar yang banyak .maka makna yang kedua ini pada asalnya adalah makna yang lemah tetapi telah datang dalil yang menguatkannya iaitu hadis yang menyatakan pencuri hanya dipotong tangannya apabila mencuri sesuatu yang sampai nilaian satu perempat dinar .

4-Mujmal .
Mujmal ialah suatu lafaz yang mengandungi dua makna tetapi kedua-dua makna tersebut tiada yang kuat , dan kedua-dua makna tersebut boleh diguna .contoh lafaz "quru'" pada permasalahan suci edah perempuan yang dicerai .kerana ia mempunyai dua makna iaitu masa suci atau masa datang haid .

wallahua'lam ,
al-faqir ilallah
mohd hafizuddin bin hasan

CATATAN MENGENAI SIFAT KALAM

|

alhamdulillah syukur kepada allah diatas segala limpah rahmat dan inayahnya , selawat dan salam diatas penghulu kita nabi muhammad s.a.w ,keluarganya serta para sahabatnya . sudah lama rasanya saya tidak mencoret sesuatu diruangan blog ini , justeru itu ingin saya mencatit sedikit beberapa perkara penting mengenai sifat kalam allah s.w.t yang disampaikan di majlis tafaqquh fiddin dumyat pada pagi tadi 23.2.2010 .

SIFAT KALAM

sifat kalam merupakan salah satu sifat ma'ani yang tujuh , yang mana hanya sifat-sifat ma'ani sahaja yang benar-benar wujud pada zat allah s.w.t , atau dengan bahasa kitab kuning diibaratkan sebagai sifat yang sungguh ada pada zat allah s.w.t , seandai allah s.w.t membuka hijab dari pancaindera kita pasti kita mampu untuk melihat sifat-sifat tersebut .

para ulama' jawi kita telah menterjemahkan sifat kalam ini dengan makna yang berkata-kata , namun syeikh ismail al-fatani atau lebih masyhur dengan gelaran pak do eil mekah telah mengkritik terjemahan tersebut , bahkan dia menterjemahkan sifat kalam didalam kitabnya bakurotul amani sebagai pekata bukannya yang berkata-kata . ini kerana yang berkata-kata adalah makna bagi sifat KAUNUHU TA'ALA MUTAKALLIMAN .terjemahan ini disokong oleh murid-muridnya seperti syeikh abdul qodir sekam didalam kitabnya taqribul ikhwan dan tuan guru haji abdullah lubok tapah didalam kitabnya risalah persediaan bagi sekalian mukallaf.

sifat kalam adalah satu sifat yang qadim , yang ada pada zat allah s.w.t , tidak berhuruf tidak bersuara , tiada dahulu tiada kemudian , tiada i'rab dan bina' .

KALAM LAFZI DAN KALAM NAFSI

didalam perbincangan sifat kalam ini , sayugia kita membuat perbezaan diantara kalam lafzi dan kalam nafsi .kerana kebanyakan kita tidak mampu membezakannya maka terjatuh kedalam fitnah yang besar iaitu mengatakan kalam allah adalah makhluk .

KALAM LAFZI/KALAM HISSI

para ulama' telah membuat definisi kalam lafzi atau kalam hissi :

1-kalam lafzi ialah kalam yang diciptakan oleh allah s.w.t yang diletakkan di luh mahfuz .
2-kalam lafzi ialah kalam yang berhuruf , bersuara . namun makna kalam lafzi ini adalah sebahagian daripada makna kalam nafsi yang qadim yang ada pada zat allah s.w.t .

KALAM NAFSI

kalam nafsi ialah diri sifat kalam allah s.w.t yang qadim .

PERBEZAAN

perbezaan yang mudah untuk kita fahami ialah kalam nafsi ialah sifat kalam yang dengannyalah allah s.w.t mampu untuk berkata-kata .manakala kalam lafzi merupakan takluk ataupun kesan daripada tugas sifat kalam allah s.w.t .

contoh : kita juga mempunyai sifat kalam .maka sifat kalam kita juga tidak berhuruf dan bersuara,itulah dipanggil kalam nafsi .namun apabila kita bercakap itulah dipanggil kalam lafzi .(contoh ini bukan untuk mentasybihkan allah dengan makhluk).

ADAKAH AL-QURAN KALAM ALLAH ATAU MAKHLUK?

persoalan ini telah menjadi suatu fitnah yang amat dahsyat pada suatu ketika dahulu .dimana imam ahmad bin hanbal telah dipenjarakan semata-mata mengatakan al-quran adalah kalam allah yang qadim bukan baharu .imam al-bukhari mengikut satu riwayat dikatakan telah lari daripada pemerintah ketika itu lalu berdoa kepada allah : wahai tuhanku ambillah nyawaku ini dalam keadaan tidak ditimpa fitnah ini(fitnah mengatakan al-quran itu makhluk) .

jawapan : ya al-quran adalah kalam allah dengan makna tiada seseorang pun dikalangan makhluk ini yang menyusun ayat-ayat yang ada didalam mashaf sekarang ini , bahkan semua adalah daripada ciptaan allah s.w.t .

ulama' asyairoh pula menghuraikan permasalahan ini dengan mengatakan : al-quran yang berhuruf ,yang dibaca , yang ada surah-surah ,ayat-ayat adalah baharu namun makna ayat-ayat quran tersebut adalah qadim .

namun kata-kata sebegini tidak boleh diucapkan melainkan didalam majlis menuntut ilmu sahaja .

catatan ini diambil daripada ; kitab kifayatul awam serta hasyiah tahqiqul maqam ,hasyiah syeikh ibrahim al-baijuri diatas matan sanusiah , bakurotul amani , taqribul ikhwan , risalah persediaan bagi sekalian mukallaf .

wallahua'lam....


 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB