hikmah solat

|

semua kita meyakini bahawa setiap perkara yang diperintah oleh ALLAH dan setiap perkara yang dilarangNYA mesti ada hikmahnya yang tersendiri, walaupun kita tidak mengetahuinya . begitulah juga masalah solat , ramai yang tertanya-tanya apakah hikmahnya ALLAH fardukan solat 5 waktu dan rakaatnya berbeza-beza . kerana itu saya ingin membawa kata-kata ulama' yang mempunyai hikmah yang tinggi sehingga mereka mampu untuk menghuraikan persoalan mengapa solat difardu 5 waktu?mengapa rakaatnya berbeza-beza?.

MENGAPA 5 WAKTU?

disini ada beberapa pandangan hikmah ulama'-ulama' kita , cuma saya hanya mengambil yang terpilih sahaja :

1- difardukan solat sebanyak lima waktu kerana ALLAH ingin memuliakan nabi MUHAMMAD dan umatnya lalu ALLAH menghimpun semua solat nabi-nabi terdahulu kepada kita.

-solat subuh bagi nabi Adam .
-solat zohor bagi nabi Daud .
-solat asar bagi nabi Sulaiman .
-solat maghrib bagi nabi ya'kub .
-solat isya' bagi nabi yunus .

2- difardukan 5 waktu adalah untuk menyatakan kesyukuran kita kepada ALLAH terhadap 5 nikmatnya yang tidak mampu dikurniakan oleh orang selain ALLAH .

1-solat subuh : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menerbitkan matahari diwaktu fajar .
2-solat zohor : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menaikkan matahari sehingga tegak atas kepala kita .
3-solat asar : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menurunkan atau mencondongkan matahari pada waktu asar .
4-solat maghrib : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menenggelamkan matahari .
5-solat isya' : kerana mensyukuri nikmat ALLAH menjadikan waktu malam .

MENGAPA RAKAAT BERBEZA-BEZA?

disini juga terdapat banyak pandangan serta kata-kata hikmah ulama' namun saya hanya mengambil yang berkenan dihati sahaja :

1-kita dikurniakan 5 pancaindera dan setiap pancaindera ini ada fungsinya sendiri .

1-sentuhan ada dua fungsi iaitu merasai sesuatu benda samada ia kasar atau lembut maka difardukan solat subuh sebanyak 2rakaat adalah untuk mensyukuri nikmat tersebut .
2-bau ada empat fungsi iaitu kita mampu menghidu sesuatu dari empat sudut yang berada dikiri kanan dan juga yang berada depan dan belakang kita maka difardukan solat zohor sebanyak 4rakaat .
3-mendengar ada empat fungsi juga iaitu kita mampu mendengar dari empat sudut depan belakang , kiri kanan , maka solat asar difardukan 4rakaat .
4-melihat ada tiga fungsi yakni kita hanya mampu melihat sesuatu yang berada didepan , kiri dan kanan kita maka solat maghrib difardukan sebanyak 3rakaat .
5-rasa ada empat fungsi yakni apabila kita merasai sesuatu maka rasa itu tidak lari dari empat rasa iaitu panas , sejuk , manis dan pahit(masin dll).

2-para malaikat mempunyai bermacam-macam jenis sayap ada dua , ada tiga dan ada empat . justeru solat yang 2rakaat itu adalah tanda kita bersyukur kepada malaikat yang bersayap dua kerana mereka sentiasa meminta ampun untuk kita . yang 3rakaat dan 4rakaat juga adalah untuk kita mensyukuri para malaikat yang bersayap tiga dan empat .

ini semua adalah pandangan para ulama' bukannya nas dari Al-quran maupun hadis . andaikata ada yang tak setuju itu adalah hak masing-masing kerana kita bebas untuk menerima atau menolak apa sahaja selain Al-quran , sunnah nabi dan ijmak ulama' . saya hanya membawa hikmah solat ini sekadar penambahan maklumat kepada kita semua . bagi yang mahu menambah ilmu secara terperinci bolehla merujuk kitab al-majalis al-saniyyah syarah kepada hadis empat puluh karangan syeikh ahmad bin syeikh hijazi. wallahua'lam...

JOM SOLAT

|

Bulan rejab semakin hampir menutup tirainya membawa bersamanya segala peristiwa yang menakjubkan umat manusia . Namun apakah kita mahu membiarkan ianya pergi begitu sahaja tanpa mengambil sedikit pun iktibar darinya??? kalau begitu , amat tidak wajar kita bergelar hamba ALLAH...kerna banyak sekali saranan-saranan yang diajukan ALLAH untuk kita berfikir dan mengambil iktibar tetapi kita abaikannya...

Sepatutnya sebagai muslim sayugia kita merenung , berfikir dan mengambil iktibar dari setiap peristiwa yang berlaku keatas batang tubuh nabi kita , lebih-lebih lagi peristiwa isra' mikraj ini . Isra' mikraj adalah satu peristiwa yang sangat mengoncang akidah umat islam waktu itu bahkan ada sesetengah mereka gugur akidahnya akibat peristiwa ini . Maka saya berpendapat peristiwa ini mengandungi beberapa isi penting antaranya ;

1- IMAN

Iman ataupun beriman sangat mudah untuk dituturkan oleh lidah sesiapa pun . Tetapi sebenarnya iman ini bukan sahaja menuntut kita melafazkan keimanan kepada ALLAH dan RASULNYA , bahkan menuntut kita untuk mempercayai dan meyakini apa sahaja perkara yang berlaku kepada batang tubuh nabi kita . Walaupun perkara itu tidak masuk akal sekalipun , kita wajib meyakininya kerana kita percaya ALLAH itu maha berkuasa mampu membuat apa sahaja yang DIA kehendaki...

2- SOLAT

Solat merupakan ibadat yang paling besar fadilatnya sehinggakan ia diibaratkan tiang agama sebagaimana maksud sabda nabi ; solat itu tiang agama sesiapa yang mendirikannya maka dia telah menegakkan agamanya , sesiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya .

Solat sebenarnya mudah dan tak membebankan kita tetapi kenapa sahaja ramai manusia meninggalkannya??? jawapannya anda tidak perlu fikir kerana telah dipaparkan oleh ALLAH ; sesungguhnya solat itu amat berat untuk dilakukan kecuali bagi mereka yang khusyuk pada ALLAH .Ya , itulah jawapan yang paling tepat!!! solat juga adalah satu-satunya ibadat untuk kita menunjukkan rasa bersyukur kepada ALLAH manakala kita meninggalkannya kita dianggap hamba yang tidak pandai mensyukuri nikmat ALLAH . Begitulah yang saya pernah dengari dari tuan guru hj mat baqi...

3- TENANG HATI

Manusia sememangnya memerlukan hati yang tenang , tenteram dan aman . Begitu juga nabi kita kerana dia juga manusia seperti kita , ada suka dan dukanya . Setelah nabi melalui peristiwa-peristiwa yang menyedihkan hatinya , ALLAH telah membawa nabi dimalam isra' mikraj ini kesegenap tempat yang mententeramkan hati baginda sehinggalah membawanya bertemu dengan ZAT yang maha esa dan ALLAH telah mengajar nabi cara menenangkan hati dengan disyariatkan solat 5 waktu.

Justeru itu solat merupakan satu-satunya senjata yang sangat ampuh untuk menenangkan hati manusia . Kalau anda nak tau betul atau tidak JOM PAKAT SOLAT!!!
Didalam solat kita diajar zikir-zikir yang boleh membuat hati kita sayu dan tenang sekira memahami maknanya .

Hati yang tenang sangat penting , kerana hati adalah raja kepada manusia bila baiknya raja baiklah rakyatnya , bila rosaknya raja maka rosaklah sekalian rakyatnya... ubatilah hati dengan SOLAT!!!

KESIMPULAN

Manusia terdiri dari dua unsur iaitu luaran dan dalaman . Maka dengan kebijaksanaan ALLAH , DIA mengajar kita cara untuk menjaga kedua-dua unsur ini supaya kita mampu menjadi khalifahnya dibumi ini iaitu iman dan amal...andai salah satunya tidak mampu dijaga maka kita tidak layak untuk mentadbir dunia ini...banyak kita lihat betapa ramainya manusia yang cerdik pada zahirnya tetapi mereka merosakkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri kerana mereka tidak menjaga dalaman mereka dengan IMAN , bila iman tiada apakah lagi cagaran kita untuk melihat dunia ini ditadbir dengan secara elok...

MIKRAJ NABI

|

Saban kali kita mendengar kisah isra' ia pasti dikaitkan dengan peristiwa mikraj , ini disebabkan kedua-dua peristiwa itu berlaku pada malam yang sama . Yang penting bagi kita ialah mengetahui apakah perbezaan antara isra' dan mikraj . Isra' ialah perjalanan nabi dari mekah ke baitil maqdis di palestin manakala mikraj pula ialah naiknya nabi kealam tinggi bermula dari batu baitil maqdis sampailah ke sidratul muntaha .

Didalam mikraj ini nabi telah melihat banyak keajaipan alam tinggi ini antaranya ialah :

1- penjaga neraka

nabi melihat malaikat ini tidak senyum kepadanya seperti mana para malaikat yang lain . lalu nabi bertanya kepada jibril mengapakah malaikat ini tidak senyum kepadanya? jawab jibril sesungguhnya malaikat ini tidak pernah senyum semenjak dicipta oleh ALLAH , seandainya dia pernah tersenyum pasti dia akan senyum kepada engkau .

2- baitul makmur

baitul makmur berada dilangit yang ketujuh ia diibaratkan seperti kaabah bagi penduduk langit , setiap hari baitul makmur ini dimasuki tujuh puluh ribu malaikat untuk bersembahyang, manakala selesai sembahyang mereka akan keluar dan takkan kembali lagi ke baitil makmur .

3- sidratul muntaha

sidratul muntaha adalah sebatang pokok yang sangat besar , kecantikannya tidak mampu disifatkan oleh sesiapa pun dari makhluk ALLAH . ia sentiasa dikerumuni oleh kelkatu emas , tunjangnya berada dilangit keenam manakala nabi melihat sidratul muntaha ini dilangit ketujuh .

4- syurga

syurga berada diatas langit ketujuh secara berasingan ianya tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun , tidak pernah didengari dan tidak pernah terlintas dihati manusia macam manakah keindahannya .syurga adalah satu tempat yang disediakan ALLAH untuk hamba-hambanya yang bertaqwa sahaja .didalamnya penuh dengan nikmat-nikmat yang tidak terhingga , antaranya bidadari dan al-wildan . al-wildan ialah satu makhluk ciptaan ALLAH bukan dari golongan manusia , malaikat ataupun jin . tetapi ALLAH ciptakan mereka tanpa ibu bapa untuk berkhidmat kepada ahli syurga , mereka diibaratkan permata yang bertaburan . setiap ahli syurga akan mendapat sekurang-kurangnya sepuluh ribu orang al-wildan , setiap sebelah tangan al-wildan ada kertas daripada emas dan sebelah lagi ada kertas daripada perak .

5- arasy

nabi melihat arasy dan dialah makhluk ALLAH yang paling besar ,ia sentiasa dilingkungi para malaikat yang tidak terhitung banyaknya . arasy mempunyai tiang seperti singgahsana ,ia ditanggung oleh empat malaikat yang paling besar manakala dihari kiamat kelak jumlah mereka akan bertambah menjadi lapan .

6- suara qolam

setelah nabi berseorangan naik ke sidratul muntaha , nabi telah sampai disatu tempat yang didengari geseran suara qolam yang diguna para malaikat untuk menulis di luh mahfuz .

7- kalam ALLAH yang zati

sebagaimana yang kita semua iktikadkan bahawa kalam ALLAH tidak bersuara , tidak berhuruf maka begitulah yang berlaku keatas nabi kita . nabi telah mendengar kalam ALLAH yang zati tanpa suara dan huruf tidak juga mendengar dari telinga setelah ALLAH menghilangkan hijab darinya .

apa yang difahami oleh nabi dari kalam zati seperti berikut :

1- kefarduan sembahyang lima waktu
2- diampunkan dosa-dosa besar bagi sesiapa yang dikehendaki ALLAH
3- orang kafir tidak diampunkan dosa mereka sekira mereka terus kekal kufur sehingga mati.
4- amalan baik akan digandakan sepuluh kali ganda , sesiapa yang berniat ingin membuat kebaikan tapi tidak melakukannya diberi satu ganjaran pahala .sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan tidak akan ditulis dosanya sehinggalah mereka melakukannya .

8- zat ALLAH

dimalam mikraj ini nabi telah dikurniakan anugerah yang paling besar iaitu melihat zat ALLAH tanpa kaifiyat dan tanpa diliputi oleh mata .

9- jibril

malam mikraj juga nabi diberi peluang untuk melihat rupa sebenar jibril tanpa apa-apa halangan seperti mana dahulu yakni ketika nabi melihat jibril dengan bentuk asalnya dimekah tetapi malangnya nabi terus pengsan apabila melihatnya waktu itu . adapun pada malam mikraj ini nabi telah dikurniakan kekuatan sehingga mampu melihatnya .

inilah antara keajaipan yang dilihat oleh nabi kita dimalam mikrajnya , mudah-mudahan kita merasa bangga dengan anugerah yang dikurniakan kepada nabi kita ini . wallahua'lam .

TAYANGAN MALAM ISRA'

|

Dalam suasana sambutan isra' mikraj ini saya tertarik untuk mencoret peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam isra' nabi dari masjidil haram ke baitil maqdis . Dengan harapan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua .

PERISTIWA PERTAMA
Peristiwa pertama , nabi melihat hakikat dunia . Dalam perjalanannya itu nabi melihat wajah dunia yang sangat hodoh sekali .

PERISTIWA KEDUA
Peristiwa kedua , nabi melihat seseorang yang berada dihujung jalan memanggilnya . Orang tersebut adalah Iblis laknatullah . Pada awalnya , Iblis tergolong dalam golongan jin-jin yang beriman kemudiannya dia kufur kepada ALLAH tatkala diperintah sujud kepada Adam alaihissalam .

PERISTIWA KETIGA
Peristiwa ketiga , nabi terhidu bau yang wangi daripada kubur masyitah(tukang sikat anak perempuan Firaun). Bauan harum ini terhasil dari kerana Masyitah tetap mempertahankan akidahnya bertuhankan ALLAH yang esa walaupun dia akan dibunuh oleh Firaun .

PERISTIWA KEEMPAT
Peristiwa keempat , nabi melihat satu kaum yang bercucuk tanam dan menuai dalam masa dua hari sahaja . Lalu nabi bertanyakan kepada Jibril siapakah mereka ini? . Jawab jibril ,mereka adalah mujahidin(orang yang berjuang) dijalan ALLAH .

PERISTIWA KELIMA
Peristiwa kelima , nabi melihat satu golongan manusia yang menggunting lidah dan bibir mereka menggunakan gunting dari neraka . Lalu jibril menyatakan kepada nabi mereka adalah orang-orang yang pandai berceramah tetapi mereka mengajak manusia kearah kesesatan melalui ceramah-ceramah mereka .

PERISTIWA KEENAM
Peristiwa keenam , nabi melihat seekor lembu jantan keluar dari tempat yang sempit kemudiannya mahu masuk kembali kedalam lubang itu tetapi tidak berjaya . Lalu jibril berkata mereka ialah orang yang suka menabur fitnah terhadap manusia . ketika mereka berkehendak menarik balik fitnah itu mereka tidak terdaya .

PERISTIWA KETUJUH
Peristiwa ketujuh , nabi melihat satu kumpulan manusia yang mencari makan seumpama binatang , aurat mereka hanya ditutup dengan kain-kain yang kecil .Kata jibril kepada nabi , mereka adalah golongan yang tidak menunaikan zakat .

PERISTIWA KELAPAN
Peristiwa kelapan , nabi melihat satu kumpulan yang menghantuk kepala mereka sampai pecah . Walaupun dikembalikan rupa asal kepala tersebut mereka tetap memecahkannya . Lalu jibril berkata mereka adalah golongan yang berat kepala untuk melaksanakan ibadah solat .

PERISTIWA KESEMBILAN
Peristiwa kesembilan , nabi melihat manusia yang berebut-rebut untuk mendapatkan daging yang busuk dan tidak menghiraukan daging yang elok yang sudah siap dilapah . Kata jibril inilah sekumpulan manusia dari ummat kamu yang meniggalkan yang halal dan mengambil yang haram iaitu golongan yang berzina .

PERISTIWA KESEPULUH
Peristiwa kesepuluh , nabi melihat manusia yang meminum nanah yang keluar dari tubuh badan penzina . Jibril berkata inilah golongan manusia yang gemar minum arak yang diharamkan diatas dunia .

PERISTIWA KESEBELAS
Peristiwa kesebelas , nabi melihat satu golongan manusia yang mencakar muka dan dada mereka menggunakan kuku dari tembaga . Lalu jibril berkata mereka adalah golongan yang suka mengumpat orang .

Itulah beberapa peristiwa yang ditayangkan kepada nabi pada malam isra'nya . Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari peristiwa ini . Wallahua'lam .

REJAB OH REJAB…

|

Setibanya bulan Rejab pasti kita tak lekang dari membicarakan kisah yang amat penting dan amat bermakna buat kita umat Islam . Sudah pasti kisah ini menjadi suatu bualan atau cerita yang disampaikan melalui kuliah , ceramah mahupun kisah ini diceritakan oleh ibu-bapa , guru-guru kepada anak-anak kecil .
Bulan Rejab adalah salah satu dari 12 bulan ALLAH s.w.t . Setibanya Rejab memberi makna bahawa Ramadhan yang penuh dengan keberkatan yang awalnya rahmat , tengahnya pengampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka telahpun semakin hampir untuk mengunjungi kita umat Islam . “YA ALLAH PERTEMUKAN KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN “.
Apa yang ingin saya coretkan di sini tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai mukjizat Nabi yang amat menakjubkan seluruh umat manusia sepanjang zaman iaitu peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi s.a.w . Walaupun ada khilaf dikalangan Ulama’ tentang bila dan pada bulan manakah berlaku peristiwa ini , saya menganggap ianya suatu yang biasa bilamana tiadanya nas atau dalil yang qat’ie (putus) yang menerangkan bilakah dan bulan manakah ianya berlaku .
Pun begitu , umat Islam terutama masyarakat kita khususnya telahpun serasi , kata orang telah mendarah daging mengangap bahawa Isra’ dan Mikraj berlaku di bulan Rejab dan sembahyang juga difardukan didalam bulan ini . Manakan tidak , kerajaan islam di Kelantan juga telah menjadikan bulan Rejab sebagai bulan sembahyang . Mengapa dijadikan bulan sembahyang? Tidak bulan isra’ Mikraj?. Ya , kerana sembahyang merupakan sejumlah perkara yang dikurniakan kepada Nabi kita dan telah difardukan juga kepada kita umat islam di malam isra’ dan Mikraj . Kan Nabi juga menegaskan solat itu tiang seri bagi agama kita?.
Kalau di zaman 50 atau 100 tahun dulu , ulama-ulama kita akan mengadakan majlis menceritakan tentang isra’ dan Mikraj secara terperinci , ada yang membuat tiga hari , ada yang sampai tujuh hari . Begitulah caknanya ulama’ kita terhadap peristiwa ini .
Apa ingin saya tekankan di sini , tentang kepentingan sembahyang atau arabnya berbunyi solat . Memang kita ghairah menyambut isra’ dan Mikraj dengan mendengar cerita-ceritanya tapi jangan pula kita lupa atau tak sempat untuk berfikir atau mengambil iktibar dari peristiwa itu . Alangkah besar maknanya bila ALLAH mewahyukan solat di malam isra’ Mikraj untuk menyatakan secara tersiratnya bahawa solat merupakan suatu yang amat penting kepada kita . Hanya solat sahaja yang difardukan ketika Nabi Mikraj bertemu ALLAH .
Isra’ Mikraj ini secara maklumnya telah diketahui , ianya berlaku untuk mentasliyahkan(menenangkan) hati Nabi kerana kesedihan mengenangkan orang-orang yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan ilahi . Lalu pada Isra’ Mikraj ini jugalah difardukan kepada kita solat lima waktu sehari semalam .
Apakah dengan solat hati akan tenang?. Jawapannya hanya kita yang merasainya . Teringat saya mukaddimah kitab Munyatul Musolli yang menyatakan bahawa solat merupakan syurga dunia bagi orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka . Maka jelaslah sememangnya solat boleh menenangkan hati sanubari kita seandainya kita benar-benar khusyuk pada ALLAH .
Bila hati dah tenang hidup pun akan aman . Maka benarlah firman ALLAH yang bermaksud “ sesungguhnya solat itu boleh mencegah kita dari melakukan perkara fahsya’ dan munkar . Apakah fahsya’? apakah munkar?. Saya amat tertarik dengan syarahan yang dibuat oleh Tuan Guru Hj Mohd Baqi Osman . Dia mengatakan fahsya’ ialah suatu perkara yang buruk atau jahat yang kita buat tetapi hanya kepada diri kita sahaja tidak melibatkan orang lain . Manakala munkar pula ialah suatu perkara buruk atau jahat yang kita buat yang melibatkan orang lain selain diri kita .
Memang benar apa sahaja yang disuruh ALLAH , dan yang dilarangNYA pasti ada hikmatnya . Andai kita semua bersembahyang dengan penuh khusyuk dan tawaduk pada ALLAH , saya yakin hati kita akan tenang setenang air sungai yang mengalir . Bila hati dah tenang pasti tiada lagi manusia yang cuba atau melakukan perkara-perkara yang tidak baik atau jenayah yang boleh membuat hidup di dunia ini ibarat neraka buat kita .
Marilah sahabat-sahabat , sanak saudara dan semua hamba ALLAH semuanya , sama-samalah kita menunaikan solat dengan menyempurnakan segala hak-haknya baik disegi zahir maupun batin . Hak zahirnya dengan kita menunaikan segala rukun-rukun serta sunat-sunatnya , adapun hak batinnya dengan kita menjaga hati kita dari sifat-sifat yang dicela riyak(menunjuk-nunjuk) , ujub(bangga diri) dan lain-lain , dan kita hiasi hati kita dengan sifat-sifat yang terpuji khusyuk(tunduk hati) , tawaduk(tunduk diri) dan tazallul(menghina) diri serta hati hanya kepada ALLAH s.w.t .

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB