CATATAN MENGENAI SIFAT KALAM

|

alhamdulillah syukur kepada allah diatas segala limpah rahmat dan inayahnya , selawat dan salam diatas penghulu kita nabi muhammad s.a.w ,keluarganya serta para sahabatnya . sudah lama rasanya saya tidak mencoret sesuatu diruangan blog ini , justeru itu ingin saya mencatit sedikit beberapa perkara penting mengenai sifat kalam allah s.w.t yang disampaikan di majlis tafaqquh fiddin dumyat pada pagi tadi 23.2.2010 .

SIFAT KALAM

sifat kalam merupakan salah satu sifat ma'ani yang tujuh , yang mana hanya sifat-sifat ma'ani sahaja yang benar-benar wujud pada zat allah s.w.t , atau dengan bahasa kitab kuning diibaratkan sebagai sifat yang sungguh ada pada zat allah s.w.t , seandai allah s.w.t membuka hijab dari pancaindera kita pasti kita mampu untuk melihat sifat-sifat tersebut .

para ulama' jawi kita telah menterjemahkan sifat kalam ini dengan makna yang berkata-kata , namun syeikh ismail al-fatani atau lebih masyhur dengan gelaran pak do eil mekah telah mengkritik terjemahan tersebut , bahkan dia menterjemahkan sifat kalam didalam kitabnya bakurotul amani sebagai pekata bukannya yang berkata-kata . ini kerana yang berkata-kata adalah makna bagi sifat KAUNUHU TA'ALA MUTAKALLIMAN .terjemahan ini disokong oleh murid-muridnya seperti syeikh abdul qodir sekam didalam kitabnya taqribul ikhwan dan tuan guru haji abdullah lubok tapah didalam kitabnya risalah persediaan bagi sekalian mukallaf.

sifat kalam adalah satu sifat yang qadim , yang ada pada zat allah s.w.t , tidak berhuruf tidak bersuara , tiada dahulu tiada kemudian , tiada i'rab dan bina' .

KALAM LAFZI DAN KALAM NAFSI

didalam perbincangan sifat kalam ini , sayugia kita membuat perbezaan diantara kalam lafzi dan kalam nafsi .kerana kebanyakan kita tidak mampu membezakannya maka terjatuh kedalam fitnah yang besar iaitu mengatakan kalam allah adalah makhluk .

KALAM LAFZI/KALAM HISSI

para ulama' telah membuat definisi kalam lafzi atau kalam hissi :

1-kalam lafzi ialah kalam yang diciptakan oleh allah s.w.t yang diletakkan di luh mahfuz .
2-kalam lafzi ialah kalam yang berhuruf , bersuara . namun makna kalam lafzi ini adalah sebahagian daripada makna kalam nafsi yang qadim yang ada pada zat allah s.w.t .

KALAM NAFSI

kalam nafsi ialah diri sifat kalam allah s.w.t yang qadim .

PERBEZAAN

perbezaan yang mudah untuk kita fahami ialah kalam nafsi ialah sifat kalam yang dengannyalah allah s.w.t mampu untuk berkata-kata .manakala kalam lafzi merupakan takluk ataupun kesan daripada tugas sifat kalam allah s.w.t .

contoh : kita juga mempunyai sifat kalam .maka sifat kalam kita juga tidak berhuruf dan bersuara,itulah dipanggil kalam nafsi .namun apabila kita bercakap itulah dipanggil kalam lafzi .(contoh ini bukan untuk mentasybihkan allah dengan makhluk).

ADAKAH AL-QURAN KALAM ALLAH ATAU MAKHLUK?

persoalan ini telah menjadi suatu fitnah yang amat dahsyat pada suatu ketika dahulu .dimana imam ahmad bin hanbal telah dipenjarakan semata-mata mengatakan al-quran adalah kalam allah yang qadim bukan baharu .imam al-bukhari mengikut satu riwayat dikatakan telah lari daripada pemerintah ketika itu lalu berdoa kepada allah : wahai tuhanku ambillah nyawaku ini dalam keadaan tidak ditimpa fitnah ini(fitnah mengatakan al-quran itu makhluk) .

jawapan : ya al-quran adalah kalam allah dengan makna tiada seseorang pun dikalangan makhluk ini yang menyusun ayat-ayat yang ada didalam mashaf sekarang ini , bahkan semua adalah daripada ciptaan allah s.w.t .

ulama' asyairoh pula menghuraikan permasalahan ini dengan mengatakan : al-quran yang berhuruf ,yang dibaca , yang ada surah-surah ,ayat-ayat adalah baharu namun makna ayat-ayat quran tersebut adalah qadim .

namun kata-kata sebegini tidak boleh diucapkan melainkan didalam majlis menuntut ilmu sahaja .

catatan ini diambil daripada ; kitab kifayatul awam serta hasyiah tahqiqul maqam ,hasyiah syeikh ibrahim al-baijuri diatas matan sanusiah , bakurotul amani , taqribul ikhwan , risalah persediaan bagi sekalian mukallaf .

wallahua'lam....


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB