dihalalkan segala yang baik untuk kamu...

|

alhamdulillah segala puji bagi allah diatas segala-gala nikmat yang dikurniakan ini . kali ini rasanya nak kongsi sedikit ilmu yang ditimba di kuliah hari ini . bendanya bukanlah suatu yang baru tetapi rasanya ada baiknya saya coretkan benda ini agar ianya senantiasa melekat dibenak fikiran kita .

firman allah di dalam surah al-maidah ayat ke-4 , maksudnya :

mereka(orang-orang beriman) akan bertanya kepada engkau(wahai muhammad) apakah yang dihalalkan kepada mereka?maka katakanlah wahai muhammad dihalalkan kepada kamu segala toyyibat(segala perkara yang baik) , dan buruan yang ditangkap oleh anjing-anjing yang diajar oleh kamu dengan sesuatu ajaran daripada allah , makanlah kamu daripada buruan yang ditangkap oleh anjing-anjing itu dan ucapkanlah nama allah ketika melepaskannya, bertaqwalah kamu kepada allah, sesungguhnya allah amat pantas menghitung perbuatan manusia .

SEBAB NUZUL

sebab nuzul ayat ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu abi hatim daripada said bin jabir menyatakan bahawa 'adi bin hatim dan zaid muhalhil yang kedua-duanya dari qabilah thoiyi' bertanya kepada rasulullah s.a.w : wahai rasulullah sesungguhnya allah s.w.t telah mengharamkan bangkai , maka apakah makanan yang halal kepada kami?lalu turunlah ayat tersebut .

NABI BERTUTUR BERPANDUKAN WAHYU

di dalam ayat ini jelas kepada mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi nur iman bahawa nabi tidak bercakap , tidak menjawab apa-apa soalan dengan sesuka hati sekiranya soalan tersebut diluar pengetahuannya . ini jelas jika kita perhatikan rangkap "
mereka(orang-orang beriman) akan bertanya kepada engkau(wahai muhammad) apakah yang dihalalkan kepada mereka?" ianya dikemukakan oleh orang-orang mukmin .manakala rangkap "maka katakanlah wahai muhammad" merupakan jawapan daripada allah s.w.t yang menyuruh agar nabi muhammad s.a.w menjelaskan kepada golongan orang-orang beriman mengenai makanan yang halal kepada mereka.jelaslah kepada kita bahawa nabi tidak sekali-kali bertutur mengikut hawa nafsunya tetapi ia bertutur mengikut wahyu allah s.a.w .inilah yang menakjubkan saya ketika mendengar syarahan doktor muhsin semasa muhadharah hari ini,amat jarang sekali saya mendengar syarahan seperti ini .

MAKNA TOYYIBAT

toyyibat disegi bahasa bermaksud sesuatu yang baik . justeru itu lafaz toyyibat ini digunakan kepada dua makna :

pertama : setiap perkara yang disukai oleh manusia yang normal tabiat mereka dan tidak memudharatkan manusia samada di dunia mahupun akhirat .

kedua: setiap perkara yang dihalalkan oleh allah s.w.t walaupun ianya tidak digemari oleh sesetengah manusia .

ANJING YANG DIAJAR

di dalam ayat di atas menyatakan bahawa buruan yang ditangkap oleh anjing-anjing yang diajar boleh dimakan . justeru fahamlah kita bahawa allah s.w.t telah meletakkan syarat anjing-anjing tersebut mestilah terpelajar .maka ulama' menjelaskan kepada kita apakah tanda ataupun alamat untuk kita mengenali bahawa anjing-anjing itu sudah terpelajar , katanya anjing-anjing ini dianggap terpelajar apabila tuannya melepaskannya ia akan pergi memburu , apabila tuannya memanggil ia akan kembali , apabila ia menerkam buruan ia akan membawa atau menahan untuk diberikan kepada tuannya tanpa ia memakan buruan tersebut .dan para fuqaha' meletakkan syarat bahawa keadaan itu mesti diuji beberapa kali untuk memastikan bahawa anjing-anjing itu benar-benar terpelajar .

UCAPLAH NAMA ALLAH

pun begitu , bukanlah setiap buruan yang ditangkap dan dibunuh anjing-anjing tersebut halal begitu sahaja .namun di sana allah s.w.t meletakkan syarat yang amat penting untuk memastikan buruan tersebut halal mahupun tidak . syarat tersebut ialah mengucapkan lafaz bismillah ketika melepaskan anjing-anjing tersebut.dengan ini bermakna sekiranya buruan telahpun ditangkap oleh anjing dan dibunuhnya tanpa diucapkan lafaz bismillah ketika melepaskannya maka buruan itu tidak halal bahkan haram untuk memakannya .

TAQWALAH KEPADA ALLAH

mengapakah allah s.w.t mengingatkan kita dihujung ayat ini agar kita bertaqwa kepadanya?kerana di sana terdapat manusia yang membunuh binatang sesuka hati ataupun dengan kata lain membunuh tanpa ada sebab dan juga terdapat golongan yang amat leka ketika berburu sehingga meninggalkan kewajipan mereka kepada allah dan keluarganya .dengan sebab itulah allah mengingatkan orang-orang beriman agar buatlah sesuatu dengan berpandukan batasan yang telah ditetapkan olehnya jangan sesekali melampauinya kerana allah amat pantas untuk menghitung segala perbuatan kita .

semoga kita dapat mengambil istifadah daripada tulisan yang serba kekurangan ini .wallahua'lam.

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB