apa itu mantuq?

|

Dengan nama Allah yang amat pemurah dan amat mengasihani hamba-hambanya yang beriman . selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta sahabat dan ahli keluarganya .sudah lama rasanya tidak mencoret sesuatu diruang ini untuk santapan bersama ,mudah-mudahan kita akan diberkati Allah .

Kali ini saya hanya ingin berkongsi mengenai pengajian usul fiqh . sukatan tahun dua syariah dumyat adalah berkisar tentang tajuk mantuq dan mafhum . maka kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca , apa itu mantuq? ,mengenai mafhum insyaallah akan dijelaskan nanti . sebelum itu ada baiknya saya menerangkan tentang ilmu usul fiqh serba ringkas . ia adalah satu ilmu untuk kita mengkaji tentang lafaz-lafaz al-quran dan hadis nabawi supaya dapat dikeluarkan hukum-hakam syara' daripadanya .

Mantuq ialah satu ayat yang difahami maksudnya dengan dilihat semata-mata kepada lafaz-lafaznya .makanya ia terbahagi kepada empat jenis mengikut pada lafaz-lafaz yang diguna pakai didalam al-quran dan hadis nabawi .

1-Nas .
Nas ialah suatu lafaz yang mengandungi makna dan tidak boleh ditakwilkan . contoh , lafaz
bilangan 1 tidak dikatakan maknanya dua , faras(kuda) tidak dikatakan selainnya .

2-Zahir .
Zahir ialah suatu lafaz yang mengandungi dua makna tetapi makna salah satunya adalah lebih rajih (kuat) dan cepat ditangkap oleh akal .contoh lafaz solat ia mengandungi dua makna pertama disegi bahasa iaitu doa , kedua disegi syara' iaitu sembahyang .maka bila kita menjumpai lafaz solat , kita akan faham solat adalah sembahyang .

3-Muawwal .
Muawwal diambil daripada lafaz takwil .maknanya ialah gunakan lafaz zahir(yang disebut diatas) mengikut makna yang marjuh(lemah) disebabkan wujudnya dalil yang menjadikan makna marjuh tadi sebagai makna yang rajih(kuat) .contoh ayat al-sariqu wa al-sariqotu , maka ia mengandungi dua makna , pertama(yang kuat) mencuri kadar yang sedikit , kedua(yang lemah) mencuri kadar yang banyak .maka makna yang kedua ini pada asalnya adalah makna yang lemah tetapi telah datang dalil yang menguatkannya iaitu hadis yang menyatakan pencuri hanya dipotong tangannya apabila mencuri sesuatu yang sampai nilaian satu perempat dinar .

4-Mujmal .
Mujmal ialah suatu lafaz yang mengandungi dua makna tetapi kedua-dua makna tersebut tiada yang kuat , dan kedua-dua makna tersebut boleh diguna .contoh lafaz "quru'" pada permasalahan suci edah perempuan yang dicerai .kerana ia mempunyai dua makna iaitu masa suci atau masa datang haid .

wallahua'lam ,
al-faqir ilallah
mohd hafizuddin bin hasan

0 ulasan:

Catat Komen

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB