renungan...

|

sahabat...
sebagai manusia kita mengakui bahawa setiap yang datang pasti akan berlalu pergi , setiap yang hidup pasti akan mati . kerana apa?sebabnya kita adalah ciptaan allah yang hadis(baru) , dan pasti setiap sesuatu selain allah itu tiada yang kekal abadi , itulah keyakinan dan pegangan kita .

sahabat...
sebelum terlambat..marilah kita sedarkan diri kita yang lalai , yang masih asyik dibuai mimpi yang indah , yang sentiasa mendamba keindahan berupa khayalan, bahawa kehidupan ini bukanlah suatu yang kekal bahkan ianya hanyalah bersifat sementara . renungilah hikmah saidina ali k.r.m yang bermaksud : manusia itu lalai diulit tidurnya sesudah mati barulah mereka terjaga .

kita sering mendengar ,membaca hadis nabi :

اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك ، وصحتك قبل سقمك ، وفراغك قبل شغلك ، وغناك قبل فقرك ، وحياتك قبل موتك

maksudnya : rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara : muda engkau sebelum tua , sihat engkau sebelum sakit , kelapangan engkau sebelum sibuk , kaya engkau sebelum miskin dan hidup engkau sebelum mati .

sahabat....
kalau benar kita yakini kita akan mati , kita akan dimamah usia mengapa tidak kita rebut masa muda kita , masa sihat kita , masa senang kita dan semua masa yang ada sekarang ini untuk mencari bekalan kesana nanti , mengisi seluas lautan ilmu didada...mahukah kita menjadi orang yang hanya sedar ketika sudahpun mati?yang menyesal sesudah mati?mahukah?

sahabat...
adakah permainan , lepak sana lepak sini tanpa faedah , berbual tak kira masa , layan drama itu yang akan kita bawa kesana nanti?kalau tidak , mengapa kita sangat sayang untuk meninggalkannya?mengapa itulah yang kita kejarkan?


sahabat...
apakah matlamat kita dibumi anbiya' ini?bermain atau belajar?kalau belajar mengapa asyik sangat bermain?kalau belajar kenapa sunyi sepi kelas tafaqquh?kalau belajar berapa ayat berapa matan yang kita hafal?berapa kitab yang sudah kita khatam serta fahami?berapa pula game , cerita , novel yang kita layan?kalau game , cerita dan novel mengatasi segala-galanya layakkah kita katakan aku datang untuk belajar?layak?

sahabat...
rebutlah peluang yang ada dihadapan mata kita sekarang ini , jangan biarkan ia berlalu pergi tanpa sempat kita menyapanya...jangan biarkan diri kita kosong tak berisi...jangan tinggalkan bumi anbiya' ini tanpa mengaut mutiara ilmunya...jangan.. jangan.. jangan sia-siakannya wahai sahabat....

sekadar renungan...wallahua'lam.

sahutan ramadhan...

|


Ramadhan yang dinanti-nantikan selama ini sudah pun tiba , lambaian salamnya sudahpun kita sahut . semua pencintanya sedang berbulan madu , berkasih sayang dengan ramadhan yang amat dicintainya . ternyata ramadhan sememangnya bulan yang pemurah datangnya membawa hadiah-hadiah yang pelbagai kepada pencintanya .

1
-bertadarus
al-quran kalamullah . turunnya pada bulan ramadhan , penurunan al-quran ini melalui dua peringkat pertama dari luh mahfuz ke baitil izzah(langit dunia) pada malam lailatul qodar . kedua dari baitil izzah terus kedalam dada nabi s.a.w melalui wasilah saidina jibril selama 23tahun .
namun begitu saidina jibril sentiasa berkunjung setiap malam menemui kekasih dan utusan allah dibulan ramadhan untuk bertadarus al-quran .
tadarus ini berlangsung dengan saidina jibril mendengar bacaan nabi muhammad s.a.w untuk muroja'ah ayat-ayat al-quran maka ketika itulah jibril akan menyatakan manakah ayat yang dinasakhkan(yang dibuang) dan manakah yang masih kekal .
berdasarkan kisah tersebut para ulama' menyatakan bahawa
sayugia dikhatamkan al-quran dalam bulan ramadhan . maka sunat hukumnya keatas setiap individu muslim mengkhatamkan al-quran dalam bulan ramadhan sekurang-kurangnya sekali , seandainya kita mempunyai kemampuan maka disunat khatam al-quran seminggu sekali atau tiga hari sekali khatam .

2-
menyediakan juadah berbuka .

dimesir misalnya kita dapat melihat bagaimana masyarakat mereka sangat pemurah dibulan ramadhan . setiap hari mereka akan membuat maidah(juadah) dan memanggil wafidin(kita lah...) untuk berbuka puasa .sesungguhnya amalan sebegini akan mendapat ganjaran yang besar disisi allah nanti . sabda nabi :
من فطّر صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار
maksudnya : sesiapa yang memberi juadah berbuka untuk orang berpuasa maka amalan itu akan menjadi asbab diampun dosanya dan asbab mendapat kelepasan dari api neraka .

3-
berteraweh .
dinamakan solat teraweh kerana selepas melaksanakan empat rakaat kita akan berehat sebentar samada dengan mendengar tazkirah ataupun dengan berzikir . berteraweh amat besar fadhilatnya sehinggakan dosa-dosa kita yang telah lalu akan diampunkan oleh allah dengan kita melaksanakan solat teraweh..masya allah tabarokallah.. sabda nabi :
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
maksudnya : sesiapa yang mendirikan ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan diampun baginya dosa-dosa yang telah lampau .

namun begitu berlaku khilaf dikalangan ahli ilmu mengenai bilangan rakaatnya , ada kata 11 termasuk witir ada kata 21 ada kata 23 sehinggakan ada pendapat mengatakan 49 rakaat . namun saya lebih cenderung untuk mengatakan semua khilaf ini berdasar dalil masing-masing janganlah kita asyik bergaduh sana sini mengenai bilangan rakaat ini , yang buat 11 rakaat janganlah anda membid'ahkan yang buat 21 , 23 rakaat , yang buat 21 ,23 jangan pula anda bermegah-megah dengan bilangan yang banyak itu takut-takut nanti sia-sia amalan anda .

4-
bersedekah .
sedekah adalah satu amalan yang sangat mulia disisi allah . kerana islam selama-lamanya menganjur umatnya untuk saling tolong menolong sesama islam . istimewanya dibulan ramadhan ini ganjaran bersedekah itu digandakan oleh allah taala .dibulan ramadhan ini juga islam telah mewajibkan penganutnya untuk membayar zakat fitrah tujuannya untuk membantu fakir miskin dalam menyambut perayaan aidil fitri serta membersihkan hati orang-orang berpuasa .firman allah :
قد أفلح من تزكّى
maksudnya : sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menunaikan zakat .

sama-samalah kita mengisi bulan ramadhan ini dengan amalan-amalan tersebut mudah-mudahan kita akan menjadi hamba allah yang bertaqwa .

lambaian salam ramadhan...

|

assalamualaikum semua...ramadhan sedang melambai-lambai tangannya dengan membawa pelbagai juadah ibadah kepada kita , bagi para solehin kedatangan ramadhan sangat dinanti-nantikan padanyalah mereka akan bertemu lailatul qodar , padanyalah amalan akan dilipat-gandakan dan bermacam-macam lagi pesta ramadhan akan berlangsung . manakala bagi orang awam macam kita semua ni bermacam-macam perasaan timbul , kadang-kadang suka dengan ramadhan kadang-kadang tidak , suka sebab banyak makanan yang dijamu waktu berbuka , tak suka sebab kena berlapar disiang harinya berterawih dimalam harinya itu pun kalau kita berpuasa dan berterawih .

sebelum pergi lebih jauh ingin saya nyatakan disini tujuan berpuasa bukanlah untuk mendera kita , bukan untuk mengISAkan perut kita tetapi tujuannya sangatlah besar iaitu untuk melahirkan insan yang muttaqin yang bertaqwa pada ALLAH .firman ALLAH :


يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون


sebelum kita masuk gerbang ramadhan ada baiknya kita mengetahui serba sedikit bagaimana cara berpuasa yang sebenarnya kadang-kadang kita main puasa sahaja tanpa mengetahui disana ada syarat wajib puasa , ada fardunya/rukunnya , ada sunat-sunatnya , ada makruh dan ada juga perkara-perkara yang membatalkan puasa .

SYARAT WAJIB PUASA :

1- ISLAM
2- BALIGH
3- BERAKAL
4- MAMPU BERPUASA

sesiapa sahaja yang mempunyai keempat-empat syarat diatas justeru itu wajiblah keatasnya berpuasa penuh dibulan ramadhan , kalau tinggal tanpa uzur syarei , malas ke apa ke maka wajib ganti(qodo') hari-hari yang dia tinggalkan itu dan
wajib dia menahan diri dari makan disiang hari walaupun dia tak berpuasa pada hari tersebut .

FARDU/RUKUN PUASA 3 :

1 -NIAT
-niat puasa mestilah dilakukan diwaktu malam setiap hari(mula terbenam matahari sehingga terbit fajar sodiq yakni subuh) . lafaz niatnya :
sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu ramadhan tahun ini kerana ALLAH . tetapi disunatkan kita niat pada malam pertama ramadhan : sahaja aku berpuasa ramadhan sekaliannya kerana ALLAH , kerana dikhuatiri seandai kita terlupa niat maka sahlah puasa kita mengikut mazhab imam malik .

2- MENAHAN DIRI DARI PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA
-diantara perkara-perkara yang mesti dijauhi ketika berpuasa ialah makan minum , memasukkan sesuatu kedalam rongga yang terbuka , muntah dengan sengaja dan bersetubuh disiang harinya .

3-ORANG BERPUASA
-rukun ini hanya dinyatakan dalam sesetengah kitab sahaja . kebiasaannya rukun puasa hanya dua iaitu niat dan menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa .

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA :

1-MEMASUKKAN SESUATU KEDALAM RONGGA DENGAN SENGAJA .
2-MUNTAH SECARA SENGAJA .
3-BERSETUBUH SAMADA MELALUI FARAJ ATAU DUBUR .
4-MENGELUARKAN MANI.
5-HAID .
6-NIFAS .
7-GILA .
8-MURTAD .
9-BERSALIN .
10- GILA , MABUK DAN PENGSAN .
-khilaf ulama' mengenai pengsan dan mabuk , kata setengah mereka batal puasa sekira pengsan dan mabuk sepanjang hari , kata setengah yang lain batal walaupun sekejap sahaja , pendapat lain pula mengatakan batal sekira sengaja dan berterusan sepanjang hari.

SUNAT-SUNAT BERPUASA :

1-MELEWATKAN SAHUR .
2-MENYEGERAKAN BERBUKA .
3-TINGGALKAN PERKATAAN KEJI .
4-BERBUKA DENGAN RUTOB .
5-BERDOA KETIKA BERBUKA .

اللهم لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ذَهَبَ الظَمْأُ وَابْتَلَّتْ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إن شاء الله يَا وَاسِعَ الفَضْلِ اِغْفِرْ لِي الحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي هَدَانِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ

6-MEMBANYAKKAN TILAWAH DAN BERTADARUS .
7-BERIKTIKAF LEBIH-LEBIH LAGI PADA 10MALAM TERAKHIR .
8-PERBANYAKKAN SEDEKAH .
9-BERTERAWEH .
10- MENJAGA DIRI DARI SEBARANG MAKSIAT .

PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH :

1-BERSIWAK SELEPAS GELINCIR MATAHARI .
2-MELEWATKAN BERBUKA PUASA .
3- BERBEKAM .
4-BERGADUH .
5-BERCUMBU DENGAN ISTERI .
6-MENGHIDU BAUAN YANG ENAK .
7-MERASAI MAKANAN TANPA HAJAT .

dengan kita mengetahui serba sedikit mengenai puasa ini sama-samalah kita amalkannya insyaallah mudah-mudahan segala amalan kita dibulan ramadhan nanti tidak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja bahkan amalan kita akan dilipatgandakan ganjarannya disisi ALLAH .

sabda nabi s.a.w :
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
maksudnya : barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampun segala dosanya yang terdahulu .

sabda nabi s.a.w :
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
maksudnya : apabila datangnya ramadhan dibuka sekalian pintu syurga , dikunci sekalian pintu neraka dan dibelenggu sekalian syaitan-syaitan .

selamat menjalani ibadah puasa

rujukan :
1-fathul qorib almujib .
2-fathul muin.
3-nihayatul zin .
4-almatjar al-robih .





keajaipan mesir...

|


Puji-pujian itu segalanya milik Allah , rahmat sejahtera keatas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta sahabat dan ahli keluarganya sekalian . sesungguhnya ujian itu amat banyak untuk kita tempuhi dan bentuk ujian itu pula berbagai-bagai , itulah sunnatullah yang ditetapkan kepada kita sebagai hambanya bukanlah ujian itu tanda kita dibenci Allah akan tetapi ujian itu semata-mata untuk menguji tahap kesabaran atau syukur kita padaNYA .

Kali ini tulisan ini diajukan khusus pada diri sendiri dan umumnya pada sahabat-sahabat semua . setelah natijah imtihan sudah pun keluar maka berbagai-bagailah keajaipan bumi mesir menzahirkan dirinya . semua yang kita jangka yang kita yakin dan sebagainya sangat meleset dan tersasar , yang kita rasa mumtaz tiba-tiba dhoif jiddan , yang kita rasa dhoif jiddan tiba-tiba najah bahkan mumtaz , pelik mesir nih... justeru itu ramailah yang kecewa dan bersedih atas keajaipan bumi mesir ini , yang tak merasai anda tidak layak untuk berkata-kata lebih-lebih lagi untuk merendah=rendahkan sahabat-sahabat yang tersasar dari jangkaannya silap-silap haribulan anda yang kena nanti na'uzubillah...

Pada yang najah sudah pasti anda gembira , happy , istareh dan sebagainya tetapi jangan anda lupa bahawa kejayaan atau najah juga merupakan ujian dari Allah . betul ke najah pun ujian? ya , najah juga ujian Allah kerana apa sahaja aturan hidup kita ini adalah ujian testing dari Allah pada hambanya samada kita melakukan yang terbaik atau sebaliknya . bagi yang najah menjadi kewajipan anda BERSYUKUR pada Allah , firman Allah yang bermaksud : jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah-nambahkan nikmat kepada kamu tetapi andai kamu kufur tidak bersyukur ingatlah azabku amat dahsyat!!!jangan kejayaan ini menjadi istidraj pada anda , jangan sekali-kali anda berbangga-bangga sampai tak sedar itu adalah kurnian Allah janganlah anggap semua itu hasil kecerdikan anda sahaja , sedarlah semua itu kurnian Allah sahaja!!!

Pada yang tak najah pasti anda bersedih , kecewa dan macam-macam lagi yang anda rasai , itu adalah fitrah manusia tetapi yakinlah semua itu ada hikmah yang tak mampu kita jangkau dengan otak serahkan sahaja pada yang esa . tak najah bukan bermakna anda akan gagal selama-lamanya , bukan juga bermakna anda perlu berasa putus asa dalam belajar tetapi anggaplah kegagalan anda itu sebagai titik permulaan anda untuk terus berusaha dan berjaya pada tahun-tahun akan datang . yakinlah kesabaran anda akan membawa tuah pada suatu hari nanti dengan syarat anda tidak berputus asa dari RAHMAT ALLAH!!!

الصبر كالسبر # مرّ مذاقته
لكن عواقبه # أحلى من العسل

maksudnya : sabar itu ibarat jadam , pahit rasanya , tetapi natijahnya nanti , lebih manis dari manisan madu

Akhirnya sama-samalah kita nekad , buat azam baru untuk tahun yang akan kita hadapi , yang najah mabruk untuk anda , tekadkan usaha anda jangan berpada dengan yang ada yang tak najah lipat gandakan usaha anda tabahkan hati ingat kejayaan itu akan datang jua pada anda ia bukan sesuatu yang mustahil!!!

ZALIM JANGAN SEKALI!!!

|


1 OGOS pasti menjadi satu sejarah untuk negara kita malaysia yang dicintai . ribuan manusia berarakan semata-mata untuk menunjukkan perasaan mereka BAHAWA KAMI TIDAK SUKA KERJA-KERJA ZALIM . antara kerja zalim adalah menangkap orang tanpa dibicarakan dan disabitkan kesalahannya terlebih dahulu iaitu (ISA).

saya sangat bersetuju dengan demontrasi (GMI) yang dianjurkan pada 1 ogos lepas kerana menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kezaliman . agama kita melarang sama sekali untuk berlaku zalim terhadap sesama manusia walaupun mereka berlainan agama dengan kita , inikan lagi yang dizalimi itu adalah saudara seagama .

saya ingin nasihatkan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin , jangan sekali-kali kamu berlaku zalim kepada rakyat ataupun orang bawahan kamu!!! saya bawakan satu rangkap syair sebagai ingatan untuk kita bersama :

لا تظلمن إذا ما كنت مقتدرا # فالظلم مصدره يفضي إلى الندم
تنام عيناك والمظلوم منتبه # يدعو عليك وعين الله لم تنم

maksudnya : jangan sekali-kali kamu berlaku zalim bila kamu menjadi pemimpin , kerana zalim itu akan membawa kepada penyesalan , pada waktu kamu lena melayan tidurmu orang-orang yang dizalimi sentiasa berdoa laknat keatas kamu , ingatlah mata ALLAH sekali-kali tidak pernah leka!!!

syair diatas telah disebut oleh syeikh daud al-fatani didalam kitabnya munyatul musolli . begitulah tugas para ulama'yang meneruskan kerja nabi-nabi senentiasa menasihati dan mengingatkan kita agar jangan sekali-kali berlaku zalim bila sahaja kita berkuasa .

satu lagi syair yang saya ingin sebut disini untuk menjadi renungan kita bersama :

لا تظلمن الصغر # فإن الجبال تبنى على الحصى

maksudnya : jangan kamu berlaku zalim terhadap rakyat , kerna gunung-ganang yang besar itupun ditegakkan dengan anak-anak batu yang kecil!!!

sama-samalah kita berdoa agar kezaliman dapat dihapuskan , yang dizalimi dapat pembelaan , yang zalim agar mendapat balasan , mudah-mudahan ALLAH membuka pintu hati mereka...

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB