sahutan ramadhan...

|


Ramadhan yang dinanti-nantikan selama ini sudah pun tiba , lambaian salamnya sudahpun kita sahut . semua pencintanya sedang berbulan madu , berkasih sayang dengan ramadhan yang amat dicintainya . ternyata ramadhan sememangnya bulan yang pemurah datangnya membawa hadiah-hadiah yang pelbagai kepada pencintanya .

1
-bertadarus
al-quran kalamullah . turunnya pada bulan ramadhan , penurunan al-quran ini melalui dua peringkat pertama dari luh mahfuz ke baitil izzah(langit dunia) pada malam lailatul qodar . kedua dari baitil izzah terus kedalam dada nabi s.a.w melalui wasilah saidina jibril selama 23tahun .
namun begitu saidina jibril sentiasa berkunjung setiap malam menemui kekasih dan utusan allah dibulan ramadhan untuk bertadarus al-quran .
tadarus ini berlangsung dengan saidina jibril mendengar bacaan nabi muhammad s.a.w untuk muroja'ah ayat-ayat al-quran maka ketika itulah jibril akan menyatakan manakah ayat yang dinasakhkan(yang dibuang) dan manakah yang masih kekal .
berdasarkan kisah tersebut para ulama' menyatakan bahawa
sayugia dikhatamkan al-quran dalam bulan ramadhan . maka sunat hukumnya keatas setiap individu muslim mengkhatamkan al-quran dalam bulan ramadhan sekurang-kurangnya sekali , seandainya kita mempunyai kemampuan maka disunat khatam al-quran seminggu sekali atau tiga hari sekali khatam .

2-
menyediakan juadah berbuka .

dimesir misalnya kita dapat melihat bagaimana masyarakat mereka sangat pemurah dibulan ramadhan . setiap hari mereka akan membuat maidah(juadah) dan memanggil wafidin(kita lah...) untuk berbuka puasa .sesungguhnya amalan sebegini akan mendapat ganjaran yang besar disisi allah nanti . sabda nabi :
من فطّر صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار
maksudnya : sesiapa yang memberi juadah berbuka untuk orang berpuasa maka amalan itu akan menjadi asbab diampun dosanya dan asbab mendapat kelepasan dari api neraka .

3-
berteraweh .
dinamakan solat teraweh kerana selepas melaksanakan empat rakaat kita akan berehat sebentar samada dengan mendengar tazkirah ataupun dengan berzikir . berteraweh amat besar fadhilatnya sehinggakan dosa-dosa kita yang telah lalu akan diampunkan oleh allah dengan kita melaksanakan solat teraweh..masya allah tabarokallah.. sabda nabi :
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
maksudnya : sesiapa yang mendirikan ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan diampun baginya dosa-dosa yang telah lampau .

namun begitu berlaku khilaf dikalangan ahli ilmu mengenai bilangan rakaatnya , ada kata 11 termasuk witir ada kata 21 ada kata 23 sehinggakan ada pendapat mengatakan 49 rakaat . namun saya lebih cenderung untuk mengatakan semua khilaf ini berdasar dalil masing-masing janganlah kita asyik bergaduh sana sini mengenai bilangan rakaat ini , yang buat 11 rakaat janganlah anda membid'ahkan yang buat 21 , 23 rakaat , yang buat 21 ,23 jangan pula anda bermegah-megah dengan bilangan yang banyak itu takut-takut nanti sia-sia amalan anda .

4-
bersedekah .
sedekah adalah satu amalan yang sangat mulia disisi allah . kerana islam selama-lamanya menganjur umatnya untuk saling tolong menolong sesama islam . istimewanya dibulan ramadhan ini ganjaran bersedekah itu digandakan oleh allah taala .dibulan ramadhan ini juga islam telah mewajibkan penganutnya untuk membayar zakat fitrah tujuannya untuk membantu fakir miskin dalam menyambut perayaan aidil fitri serta membersihkan hati orang-orang berpuasa .firman allah :
قد أفلح من تزكّى
maksudnya : sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menunaikan zakat .

sama-samalah kita mengisi bulan ramadhan ini dengan amalan-amalan tersebut mudah-mudahan kita akan menjadi hamba allah yang bertaqwa .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB