assalamualaikum semua...ramadhan sedang melambai-lambai tangannya dengan membawa pelbagai juadah ibadah kepada kita , bagi para solehin kedatangan ramadhan sangat dinanti-nantikan padanyalah mereka akan bertemu lailatul qodar , padanyalah amalan akan dilipat-gandakan dan bermacam-macam lagi pesta ramadhan akan berlangsung . manakala bagi orang awam macam kita semua ni bermacam-macam perasaan timbul , kadang-kadang suka dengan ramadhan kadang-kadang tidak , suka sebab banyak makanan yang dijamu waktu berbuka , tak suka sebab kena berlapar disiang harinya berterawih dimalam harinya itu pun kalau kita berpuasa dan berterawih .
sebelum pergi lebih jauh ingin saya nyatakan disini tujuan berpuasa bukanlah untuk mendera kita , bukan untuk mengISAkan perut kita tetapi tujuannya sangatlah besar iaitu untuk melahirkan insan yang muttaqin yang bertaqwa pada ALLAH .firman ALLAH :
يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
SYARAT WAJIB PUASA :
1- ISLAM
2- BALIGH
3- BERAKAL
4- MAMPU BERPUASA
sesiapa sahaja yang mempunyai keempat-empat syarat diatas justeru itu wajiblah keatasnya berpuasa penuh dibulan ramadhan , kalau tinggal tanpa uzur syarei , malas ke apa ke maka wajib ganti(qodo') hari-hari yang dia tinggalkan itu dan wajib dia menahan diri dari makan disiang hari walaupun dia tak berpuasa pada hari tersebut .
FARDU/RUKUN PUASA 3 :
1 -NIAT
-niat puasa mestilah dilakukan diwaktu malam setiap hari(mula terbenam matahari sehingga terbit fajar sodiq yakni subuh) . lafaz niatnya : sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu ramadhan tahun ini kerana ALLAH . tetapi disunatkan kita niat pada malam pertama ramadhan : sahaja aku berpuasa ramadhan sekaliannya kerana ALLAH , kerana dikhuatiri seandai kita terlupa niat maka sahlah puasa kita mengikut mazhab imam malik .
2- MENAHAN DIRI DARI PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA
-diantara perkara-perkara yang mesti dijauhi ketika berpuasa ialah makan minum , memasukkan sesuatu kedalam rongga yang terbuka , muntah dengan sengaja dan bersetubuh disiang harinya .
3-ORANG BERPUASA
-rukun ini hanya dinyatakan dalam sesetengah kitab sahaja . kebiasaannya rukun puasa hanya dua iaitu niat dan menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa .
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA :
1-MEMASUKKAN SESUATU KEDALAM RONGGA DENGAN SENGAJA .
2-MUNTAH SECARA SENGAJA .
3-BERSETUBUH SAMADA MELALUI FARAJ ATAU DUBUR .
4-MENGELUARKAN MANI.
5-HAID .
6-NIFAS .
7-GILA .
8-MURTAD .
9-BERSALIN .
10- GILA , MABUK DAN PENGSAN .
-khilaf ulama' mengenai pengsan dan mabuk , kata setengah mereka batal puasa sekira pengsan dan mabuk sepanjang hari , kata setengah yang lain batal walaupun sekejap sahaja , pendapat lain pula mengatakan batal sekira sengaja dan berterusan sepanjang hari.
SUNAT-SUNAT BERPUASA :
1-MELEWATKAN SAHUR .
2-MENYEGERAKAN BERBUKA .
3-TINGGALKAN PERKATAAN KEJI .
4-BERBUKA DENGAN RUTOB .
5-BERDOA KETIKA BERBUKA .
7-BERIKTIKAF LEBIH-LEBIH LAGI PADA 10MALAM TERAKHIR .
8-PERBANYAKKAN SEDEKAH .
9-BERTERAWEH .
10- MENJAGA DIRI DARI SEBARANG MAKSIAT .
PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH :
1-BERSIWAK SELEPAS GELINCIR MATAHARI .
2-MELEWATKAN BERBUKA PUASA .
3- BERBEKAM .
4-BERGADUH .
5-BERCUMBU DENGAN ISTERI .
6-MENGHIDU BAUAN YANG ENAK .
7-MERASAI MAKANAN TANPA HAJAT .
dengan kita mengetahui serba sedikit mengenai puasa ini sama-samalah kita amalkannya insyaallah mudah-mudahan segala amalan kita dibulan ramadhan nanti tidak hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja bahkan amalan kita akan dilipatgandakan ganjarannya disisi ALLAH .
sabda nabi s.a.w :
sabda nabi s.a.w :
1-fathul qorib almujib .
2-fathul muin.
3-nihayatul zin .
4-almatjar al-robih .
0 ulasan:
Catat Ulasan