HARI 'ASYURA'

|

bismillahir rahmanir rahim...
alhamdulillah selaut kesyukuran saya panjatkan , selawat dan salam keatas junjungan besar nabi muhammad s.a.w , sahabat-sahabat serta ahli keluarganya . sesungguhnya diciptakan jin dan manusia agar mereka menjadi hamba kepadaNYA .amma ba'du...

hari 'asyura merupakan salah satu hari yang agung didalam kalendar hijriyyah , pada harinya terdapat fadhilat-fadhilat yang istimewa dan juga terdapat beberapa iktibar yang dapat kita renung-renungkan bersama .

APA ITU HARI 'ASYURA

1-ia merupakan hari kesepuluh bulan muharram .

2-ia merupakan hari dimana allah s.w.t melepaskan nabi musa alaihissalam dan pengikutnya dan ditenggelamkan firaun dan tenteranya didalam laut .
dari ibnu abbas radiyallahu anhu berkata : tatakala rasulullah s.a.w tiba di madinah ia mendapati kaum yahudi berpuasa pada hari 'asyura lalu ia bertanya kepada mereka , kamu berpuasa pada hari ini sempena apa? jawab mereka : ini adalah hari yang agung yang mana allah s.w.t telah melepaskan nabi musa dan pengikutnya serta menenggelamkan firaun dan tenteranya . lalu nabi musa telah berpuasa pada hari ini('asyura') kerana bersyukur pada allah dan kami berpuasa kerana menta'zim(mengagungkannya) . lalu rasulullah s.a.w menjawab : maka kami lebih layak dan utama untuk mengikut nabi musa berbanding kamu , lalu nabi berpuasa dan mengesyorkan supaya berpuasa pada hari tersebut .

3-ia juga merupakan hari diselamatkan bahtera nabi nuh alaihissalam . pada satu riwayat hadis diatas ada menambahkan : dan ini adalah hari berlabuhnya bahtera nabi nuh diatas bukit judi maka nabi nuh dan musa alaihimassalam berpuasa kerana bersyukur pada allah s.w.t .

JAHILIYYAH QURAISY DAN 'ASYURA'

jahiliyyah quraisy juga berpuasa pada hari 'asyura' . ini diceritakan oleh saidatina aisyah : hari 'asyura' merupakan hari orang-orang quraisy berpuasa pada zaman jahiliyyah dahulu .dan adalah nabi berpuasa pada hari itu . setibanya nabi dikota madinah ia juga berpuasa pada hari asyura' dan memerintahkan para sahabatnya agar berpuasa . namun apabila diturunkan ayat mengenai wajib puasa dibulan ramadhan lalu baginda meninggalkan puasa pada hari asyura' dan bersabda barang sesiapa yang ingin berpuasa silakan dan sesiapa yang tak mahu berpuasa silakan .

'ikrimah pernah ditanya apakah sebab jahiliyyah quraisy berpuasa pada hari tersebut , jawabnya : orang-orang quraisy pernah melakukan satu dosa dizaman jahiliyyah maka mereka rasa amat bersalah , lalu mereka bertanya bagaimana cara untuk bertaubat ? dijawabnya : agar berpuasa pada hari kesepuluh bulan muharram .

HUKUM PUASA HARI 'ASYURA

puasa pada hari kesepuluh muharram termasuk dalam puasa-puasa sunat . kerana tiada puasa yang wajib melainkan puasa dibulan ramdhan ataupun kerana sebab-sebab tertentu seperti nazar , kaffarah atau sebagainya .

1-dari ibni abbas radiyallahu anhu berkata :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه
maksudnya : bahawa rasulullah s.a.w berpuasa pada hari 'asyura dan memerintahkan dengan berpuasa pada hari tersebut .

2-dari abi qatadah berkata :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال يكفر السنة الماضية
maksudnya : bahawa rasulullah s.a.w ditanya mengenai puasa hari 'asyura , jawabnya : ia menghapuskan dosa setahun lepas .

SUNAT PUASA HARI TASUA'

disunatkan bagi mereka yang ingin berpuasa pada hari 'asyura agar berpuasa pada hari tasua' iaitu hari kesembilan muharram
.

1-dari ibni abbas katanya :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع
maksudnya : rasulullah s.a.w bersabda jika aku hidup lagi pada tahun hadapan pasti aku akan berpuasa pada hari kesembilan .

2-ibnu abbas berkata : puasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh dan janganlah kamu menyamai yahudi .

wallahua'lam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::ilahi anta maqsudi::. | Template Blue by TNB